Laut Merah kini di Kuantan! - Cerita Ita                                                             Laut Merah kini di Kuantan! Langkau ke kandungan utama

Laut Merah kini di Kuantan!

assalamualaikum semua,

ada satu fenomena terjadi setelah hujan berterusan dua hari di kuantan ni... sebenarnya lebih kepada pemandangan yang menyedihkan bagi penduduk Kuantan... yang mana sangat membuktikan nyawa dan kesihatan orang ramai umpama tiada nilai di mata orang tertentu... sedih..

banyak saluran mereka telah gunakan... media massa mana yang mereka belum terjah untuk menegakkan hak? tapi adakah hak bagi sekelumit umat yang sangat kerdil ini?

kalau dulu kita cuma tau Laut Merah atau Red Sea berada di negara Arab...sangat terkenal sebagai pusat perlancongan bertaraf dunia... adakah lepas ni Kuantan akan jadi seperti itu? hmmmm.... entahlah...

aku cuma nak kongsikan kesedihan sebahagian besar dari kami warga Kuantan dengan gambar-gambar yang telah ramai kongsikan di laman sosial... di dada akhbar tempatan juga...

kuantan


laut merah




langit pun ikut bersedih dengan kerosakan yang dibuat oleh manusia

dan inilah puncanya....

sumber NST

dan ini......









sampai bila?.....






tetiba terfikir semasa menulis entri ni... adakah aku menyesal memilih Kuantan sebagai destinasi persaraan kami suatu masa nanti? adakah aku menyesal membeli rumah di daerah yang satu ketika dulu mengamit hati ini untuk terus menginap di sini? adakah Kuantan akan kembali sebagai destinasi percutian yang menyajikan semua pakej dalam satu.... mana nak cari daerah yang ada pelbagai air terjun cantik, pantai yang indah... sungai yang memikat kalbu... padang yang luas terbentang dengan aktiviti kekeluargaan.. bandar yang aman tanpa kesesakan yang serius? bila lagi kami nak rasa memandu kereta ke Perlabuhan Kuantan sambil menikmati permandangan pantai yang indah tanpa merahnya bauksit?

jawapannya..... entahlah.... yang pasti...

AKU RINDU KUANTAN TANPA BAUKSIT!

kepada semua pembaca...tolong doakan kami... doakan masa depan anak-anak bumi Kuantan supaya jadi lebih baik dari sekarang...

anda sanggup hidup begini?


ada sesuatu perlu dibuat dan dimeterai supaya kehidupan semua orang lebih sejahtera...

Allah dah sebut dalam al-quran pun....




ada jugak sumber-sumber dari akhbar tempatan untuk bacaan... di SINAR, BERITA HARIAN dan NST...

sumber gambar dari fb Kuantan, fb Drone Pahang dan ramai lagi...


p/s sekarang ni bila hujan je hati orang Kuantan gundah gulana... bila tak hujan pun hati masih gundah gulana...

Ulasan

  1. Bagaikan tangisan darah rakyat yg tak didengari mereka yg rakus. Allah dah tunjuk pun depan mata tapi masih mereka nak tutup mata dan hati-hati mereka. Sedih sebab yg jadi mangsa adalah rakyat marhaen.

    Kalau laut Merah di sana tu Ita kakak dah pergi walau kelihatan merah tapi bila kita cedok tak ada pun merah - bersih. Yg ini usah kata nak cuci kaki nak buat siram pokok bunga pun pokok tak mahu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan kak....tangisan yang tak didengari...

      meh la melancong ke laut merah kuantan lak kak..hehehe...

      Padam
  2. Salam simpati dan empati dari Che Mid. Dengar khabar orang di atas tahta empunya angkara, kalau benar bagai dikata, meranalah rakyat jelata. Rakyat menyedut udara kuning dan meminum air kuning.. Allah jua tempat dirayu..Lahawlawala quwatailla billah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih che mid... kami cuma mampu doa.. doa.. dan terus berdoa agar ianya berakhir...

      Padam
  3. Semakin lama, semakin sesak nafas dek dihimpit si kuku besi...

    BalasPadam
  4. shawal datang singgah + follow sini ye.. ^^

    jemput join GA Shawal.. :)

    http://akubukaninnocent.blogspot.com/2016/01/GiveawayWelcome2016.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah kalau sempat ye shawal.. terima kasih atas undangan..

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat