Logo KBBA

Jumaat, 21 Ogos 2015

Tazkirah Jumaat # 1 : Surah Al-Zalzalah

assalamualaikum semua,




Surah Al-Zalzala
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, (1) Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, (2) Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? (3) Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: (4) Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). (5) Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. (6) Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! / (8)


semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindunganNya..

p/s esok macam nak bawak anak-anak bekelah tepi pantai sambil makan nasi lemak... best kan...

Rabu, 19 Ogos 2015

Selasa, 18 Ogos 2015

WOW! Cerita Ita Dalam Blog Terkenal..

assalamualaikum semua,

walau sebenarnya belum ada masa free nak tulis blog tapi disebabkan blog Cerita Ita muncul di dalam entry blog ternama dan terkenal maka aku gagahkan juga menulis...walaupun sebenarnya sudah terlambat...

sebelum ni ada blogger Hasrul Hassan request gambar dan ucapan untuk dipaparkan di salah satu entrynya.. aku pun sibuk ambik kesempatan dan letak gambar raya kami sekeluarga...

hasilnya HH tunaikan janji dan dan keluar dalam entry Blogger Malaysia Ucap Selamat Hari Raya Part 2... huhuhu... terima kasih ye HH..jasamu dikenang...

ada yang tak kenal lagi blogger Hasrul Hassan atau HH ni? beliau sebenarnya idola bagi ramai blogger...terkenal dengan masa yang agak singkat tapi memang terkenal kerana usaha gigih beliau yang memang rajin menulis serta berkongsi tips berblog dan cara buat duit dengan blog... tahniah HH! siapa nak kenal lanjut sila singgah blog beliau ye...

jom sambung kerja!

p/s rindunya la dengan gaji..... ehem.... ;)

Jumaat, 7 Ogos 2015

Sayaiday dan Ayueidris Giveaway August 2015

assalamualaikum semua,

lama tak join contest...nak cuba nasib la...




Jom ramai-ramai join giveaway yang dianjurkan di blog Sayaiday.com dan Ayueidris.com
Antara hadiah yang ditawarkan adalah :




+ 1 x Penginapan 2 hari 1 malam di The Kabin,Jeram Selangor *

+ 2 keping tiket Aquaria KLCC

+ Sebuah buku karya Dr. Anwar Fazal, Tribulasi 365

+ RM30 Voucher Parkamaya

+ RM150 Voucher Parkamaya

+ RM50 Voucher Pak John Steamboat

+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 6 Mangkuk Boat Noodle)

+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 10 Mangkuk Boat Noodle)

+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 12 Mangkuk Boat Noodle)

+ Outdoor Photoshoot by Islam (Website)
+ 5 set Chrochet Heart (5 pemenang)

Seramain 15 Pemenang Bertuah dan Contest berakhir pada 19 August 2015.


Anjuran blog : www.sayaiday.com, www.ayueidris.com, akumohdfakhrulislam.blogspot.com

Klik Link ini untuk join contest : http://goo.gl/H0lgNa


p/s aku makan bekal nasi lemak hari ni..korang makan apa?