Logo KBBA

Ahad, 27 September 2015

Selamat Hari Raya Aidiladha 1436H

assalamualaikum semua,

lamanya tak update blog ni...
kami balik beraya di johor kali ni...alhamdulillah meriah...

dan yang paling best cucu mak abah bertambah lagi dengan kehadiran sorang lagi cucu perempuan...setakat ni mak abah dah ada 5 cucu perempuan dan 7 cucu lelaki...dan keseluruhannya 12 orang..huhuhu..meriah rumah kalau semua berkumpul...

semoga Allah panjangkan umur mak dengan abah serta bagi kesihatan yang baik untuk tengok semua cucu membesar...amin..

cucu terbaru ni lahir pada hari raya kedua..setelah penantian selama 5 tahun..adik aku ni kawen tahun yang sama dengan abg ngah lahir..alhamdulillah...semoga Allah beri lebih kebahagiaan buat mereka..

hari ni masih ada umat islam yang menjalankan ibadah korban..dalam kegembiraan menyambut hari raya terselit jugak duka dengan bermacam insiden berlaku di sana sini..tragedi kren jatuh di Mekah dan rempuhan di Mina sedikit menganggu emosi kita sebagai umat Islam..tapi yang patut kita ambil iktibar ialah peringatan apakah yang hendak disampaikan olehNya...

di kampung aku sendiri..tiga hari berturut-turut ada yang meninggal sejak dari hari raya pertama..kampung makin sunyi...terasa makin dekat dengan mati...

p/s hari ni sarap lempeng cicah kuah asam pedas kerisi bagi kelangsungan hidup...korang makan apa?

Rabu, 16 September 2015

Wordless Wednesday # 89 : Panduan menghadapi jerebu

assalamualaikum semua,

jom ikut panduan ketika musim jerebu ni...

petua hadapi jerebu
panduan menghadapi jerebu
nak kongsi tips yang pensyarah saya share di fb... makan satu labu bawang putih sehari dan juga habbatusaudah...

p/s hari ni cuti-cuti malaysia tapi kena duduk rumah...Selamat Hari Malaysia!

Selasa, 15 September 2015

Jerebu makin teruk!

assalamualaikum semua,

jerebu makin teruk hari ni di kuantan ni...

semasa
bacaan IPU pada 3 petang tadi.. kami di kawasan yang bertanda biru tu..

ni gambar pagi tadi...

jerebu kuantan 2015
gambar jam 7 pagi... 
tengok bot tu...ada ala-ala cerita Pirates of Caribbean tak? huhuhu..

dah tak nampak dah masjid negeri...

dan ini pulak gambar dari fb kuantan tadi....

jerebu jam 11.30 pagi tadi

dah tak nampak jambatan yang selalu kami lalu dari rumah untuk ke bandar....
mujur lah esok cuti... jadi kita duduk je kat rumah diam-diam sambil pastikan bekalan makanan cukup ye...

p/s rasa macam nak buat pizza la... ke roti butterscott...errr...

Isnin, 14 September 2015

Jerebu makin teruk..

assalamualaikum semua,

sihat hari ni?
macamana keadaan jerebu di tempat korang?

di kuantan hari ni makin teruk nampaknya...walaupun malam semalam hujan tapi nampaknya macam masih tak berkurangan...

dan banyak tempat pun baca IPU semakin meningkat... yang terbaru paling tinggi direkod adalah di Banting, Selangor yang mana bacaan IPU pada pukul 11 pagi tadi menjangkau ke 175.. Kuantan juga buat masa ni dah termasuk dalam senarai bacaan IPU tidak sihat..

ini senarai bacaan IPU sehingga pukul 11 pagi tadi...

penunjuk tahap IPU 


jerebu 2015





sumber dari DOE..

kalau ikut trend semakin meningkat... risau dengan anak-anak di sekolah..kalau abg ngah dan husna elok duduk dalam bangunan tertutup sebab sekolah dia ada aircond... tapi abg long...dah la tepi pantai yang kuat anginnya... lupa pulak tadi nak bekalkan penutup hidung... semoga anak-anak semua dalam lindungan Allah la hendaknya...

dengar khabar sekolah akan ditutup jika IPU melebih 200 yang mana memasuki fasa sangat tidak sihat...
TUTUP JIKA LEBIH 200..

dan rasanya keadaan ini akan berpanjangan disebabkan kebakaran hutan di Kalimantan yang masih berlaku...baca API MASIH MEMBAKAR...

2015
SUMBER


semoga Allah lindungi kita semua dari mara bahaya...amin...


p/s salam takziah buat semua jemaah haji yang terlibat dalam bencana kren jatuh baru-baru ni..

Jumaat, 11 September 2015

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

assalamualaikum semua,

ni cerita seminggu lepas... aku teringin buat pau sardin... selalunya kalau beli mesti inti dia tak kick..kadang-kadang sardin sikit.. jarang-jarang jumpa yang inti sedap dengan penuh rasa sardin...selalunya yang jumpa tu intinya cuma bawang...alahai...

pau sedap
pau gebu


memula aku cari resepi untuk dohnya dulu... selalu jugak buat pau tapi selalunya bila dah sejuk mesti pau jadi keras dan tak best..kalau kukus balik pun tentu rasa dia dah tak sama macam mula-mula buat...

tapi kali ni hasilnya memang sangat cantik... dan semua orang walau malas nak menguli pun patut cuba...

aku cuba resepi dari Yatie Memories... tenkiu kak yatie...

meh aku share ye...

Resepi Pau Gebu

sumber : Yatie Memories

Bahan-bahan

# 1 kg tepung gandum
# 1 sudu teh baking powder
* 2 1/4 cawan air
* 11 gram yis segera (aku guna sepaket mauripan)
* 1 sudu besar gula pasir (aku kurangkan jadi 1/2 sudu besar je)
* 2 sudu besar susu pekat manis
* 1/2 cawan minyak masak
* 1 sudu teh garam (aku letak cuma 1/2 sudu teh garam)
* 1 biji telur ayam
pewarna hijau dan merah (yang ni aku tambah untuk warnakan kat atas dia
inti secukupnya (aku sediakan 2 inti - inti kelapa dan sardin kentang)






Cara-cara

1. Ayak bahan bertanda # ke dalam mangkuk besar dan ketepikan.

2. Campurkan semua bahan yang bertanda * dan kacau perlahan sehingga gula larut (aku guna sudu je)

3. Letakkan bahan yang dilarutkan dalam langkah 2 tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung yang diayak tadi.

4. Uli tepung sehingga boleh dibentuk.(aku tambah air sikit dalam 1/4 cawan lagi untuk dapatkan bentuk doh yang cantik).Pastikan doh korang dalam rupa boleh dicanai (agak kenyal).

5. Rehatkan doh selama 5 minit (aku letak doh dalam oven, tapi jangan hidupkan pulak ovennya) kalau takde oven boleh jugak guna kaedah tutup dengan kain lembap.

6. Mula bentukkan doh dan isikan inti ke dalam doh. Alas pau dengan plastik atau kertas sebelum meletakkan pau dalam loyang kukus. Rehatkan pau sehingga doh naik sekali ganda. (petua aku guna bila pau dah naik cantik licin gebu maknanya dah boleh dikukus)

7. Sementara tu panaskan kukus sehingga air betul-betul mendidih.

8. Kukuskan pau selama 7-10 minit dengan api sederhana kuat.

9. Pau sedia dihidangkan panas-panas..

pau gebu

ada yang tak reti cara nak buat inti sardin kentang tu?

pau inti sardin
meh aku ajarkan...ini cara aku la..yang senang dan mudah..tapi pada aku ok la rasanya... sebab anak-anak tak berapa minat lauk sardin tapi bila dijadikan inti macam ni laju je masing-masing makan...inti kelapa jadi tak laku la pulak..

Resepi Inti Sardin Kentang


Bahan-bahan

3 biji kentang (dikupas dan dipotong dadu)
1 tin besar ikan sardin (cuma ambil ikannya)
1 biji bawang besar (didadu)
2 biji bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk kari
sedikit air secukupnya
garam secukup rasa
gula secukup rasa
ajinomoto secukup rasa

Cara-cara

1. Tumis bawang merah sampai naik bau. Kemudian masukkan bawang putih, halia, cili kisar dan serbuk kari. Tumis sehingga agak kering sedikit.

2. Masukkan kentang yang didadu. Masukkan sedikit air. Kacau rata dan tutup sekejap dalam 2-3 minit untuk bagi kentang empuk.

3. Lepas tu masukkan ikan sardin dan hancurkan dalam kuali. Kacau rata dengan semua bahan yang ada.

4. Masukkan garam, gula, ajinomoto dan tutup sekejap dalam 1-2 minit.

5. Buka penutup dan pastikan inti agak kering sedikit dan kentang sudah empuk. Rasa dulu sebelum tutup api.

6. Sejukkan dan sedia digunakan sebagai inti.

ok...sekarang kita tengok budak gebu pulak makan pau gebu.... hahaha....



baby comel makan pau ;)

semalam terasa nak buat sekali tengok-tengok mauripan dah abis...tangguh hari ni la jawabnya...


p/s baru senang hati tengok semalam dah cerah.. tapi hari ni tengok matahari menyeramkan la....merah menyala...Allahuakhbar!

Khamis, 10 September 2015

Nak tengok wayang free?

assalamualaikum semua,

aku ada cerita yang aku tengok wayang free kat SINI aritu kan? sebenarnya agenda tengok wayang bukanlah agenda wajib bagi keluarga kami... tapi kami start tengok wayang bila dah mula berkahwin..

shah pun belajar tengok wayang dari aku...huhuhu...

tapi selalunya kami akan tengok cerita yang ok je la... dan bila dah ada anak ni lagilah asyik la tengok kartun je manjang... tapi buat masa sekarang ni ekonomi tak stabil makanya pembelian tiket wayang hanya dibuat 2 kali setahun... itu pun disebabkan kami dapat tiket percuma... nak tau macamana aku dapat tiket free ni? haaa... tunggu ok..baca sampai abis...jangan ngelat...

sebenarnya kat kuantan ni tak banyak panggung wayang... dulu ada 2 je...satu kat Komplek Teruntum (kami tak pernah pegi yang ni)...dan satu lagi kat Berjaya Megamall Kuantan... yang kat Berjaya ni cawangan Golden Screen Cinema (GSC) (kami rajin pegi sini pasa tiket dia lagi murah)... pastu sekarang dah tambah lagi satu kat East Coast Mall ...yang ni pun cawangan GSC....

ok aku nak cerita macamana aku boleh dapat tiket percuma pulak...

memula kami jadi ahli dulu kat laman web Golden Screen Cinemas ...percuma je pun... cuma klik dan daftar je... pastu ada ruangan kat dalam tu... kejap aku tunjuk...

korang gi kat website dia dan klik login kat belah kanan atas tu...untuk daftar baru klik join...


tiket percuma
GSC website







lepas tu korang masuk akan ada ruangan kat belah nak korang tu pilihan...macam kat bawah ni...

nampak tak yang ada pin biru tu...haaaa klik kat situ
korang klik kat member rewards yang ada aku letak pin biru tu...

terus dia akan keluar macam ni....

klik kat birthday movie coupon

klik kat pilihan untuk birthday voucher....

dia akan keluar benda macam ni pulak...borang untuk korang isi dan tunjukkan bersama kad pengenalan kat kaunter masa nak tuntut tiket nanti....

tiket wayang percuma
Borang tiket wayang percuma


tapi pastikan tiket yang nak dituntut adalah dalam bulan kelahiran korang... contoh korang lahir macam aku 3 Januari..jadi korang boleh tuntut dari tarikh 1 Januari sampai la ke 31 Januari sahaja ok...lebih dari tu dah tak laku...

dan satu lagi korang kena tuntut movie yang ada tanda * je kat movie tu... kalau korang tengok website GSC tu memang nampak jelas la movie apa je yang boleh tuntut...yang pastinya movie baru memang tak boleh la....

dan disebabkan bulan ni adalah bulan kelahiran shah...maka kami tuntut 2 tiket free tu dan kami tambah sikit duit untuk 3 tiket kanak-kanak yang mana harganya RM6.50 satu di GCS East Coast Mall...jumlah bayaran untuk tiket tambahan adalah RM19.50... itu belum masuk lagi Popcorn combo lagi tu...hukhukhuk....cuba bayangkan kalau takde tiket free...kopaklah poket...

alhamdulillah rezeki kami jugak... sekarang ni GSC tengah buat promosi Combo F & N macam ni....

promosi F & N

dan tetiba pulak ternampak ada promosi lagi tadi... huhuhu....

menarik kan?


nak tau cerita apa kami tengok? tarra....







susah betul nak dapat gambar diorang duduk elok-elok...hehehe...

yang penting dapat tengok senyuman di muka anak-anak...walau hakikatnya anak-anak tak pernah tau ummi dan ayah cuma dapat tengok wayang bila ada tiket free....hukhukhuk....

korang nak dapatkan jugak tiket percuma ni? jom klik Golden Screen Cinemas..

ada promosi lain jugak tau!




p/s hari ni jerebu dah ok sikit kan....lega tengok matahari....


Rabu, 9 September 2015

Wordless Wednesday # 88 : Pageview

assalamualaikum semua,

saja nak kongsikan pageview yang cantik je hari ni...jauh sangat nak jadi blooger terkenal..hehehe..layan...


pageviews 777666

pageviews 810810



p/s hati meronta2 rasa nak buat macam2 tapi bila balik rumah je dah letih.. acaner tu?

Selasa, 8 September 2015

Resepi Kek Span Pandan

assalamualaikum semua,

lama dah tak tulis resepi kan... kalau nak tau aku selalu update apa aku masak dan buat kat instagram je sekarang ni.. lebih laju... huhuhu...tapi kali ni nak jugak share dengan korang cara buat kek span pandan yang meletup sedapnya ni...

aku ambik resepi dari Patyskitchen ni.. tq kak paty... tapi aku ambik resepi kek span basic dia pastu aku olah jadi kek pandan yang sedap gila... eh terpuji diri sendiri pulak..hehehe...

kek span pandan simple
kek span pandan simple


ok mari tengok resepi dia....

Resepi Kek Span Pandan Simple

resepi asal : Patyskitchen

bahan-bahan



125 gram tepung gandum
125 gram gula kastor
5 biji telur
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar ovelet 
70 gram butter (cairkan)
40 ml air@air pandan
1 sudu kecik esen vanilla@esen pandan
1 sudu kecik pewarna hijau (utk pandan..plain tak perlu)

cara-cara



1.panaskan oven 180-200°C 

2. putar semua bahan kecuali pewarna dan butter cair sehingga gebu

3. tambah butter cair dan pewarna dalam adunan menggunakan kaedah kaupbalik.

4. curah semua adunan dlm loyang yg dah digris dan dialas dengan baking paper.

5. Bakar 40-45 minit

6. Sejukkan dan siap untuk dipotong




nota: tulisan agak lain sebab aku copy paste dari facebook je.. rajin sangat nak menyalin... huhuhu...

p/s tetiba lak rasa macam nak buat je...lelagi la tengah hari mendung je ni... lapo!

Berakhirnya sebuah perjuangan....

assalamualaikum semua,

semalam ada aku cerita pasal kami dah mula ajar hadi minum susu formula kan? di SINI

inilah cerita sedih yang aku nak ceritakan dalam blog yang pastinya akan memberikan kenangan buat kami...yang pastinya setiap kenangan tu memberikan pengalaman yang berbeza-beza...pahit manis buat kami terus harungi hidup dengan lebih baik di masa akan datang...insyaAllah...

aku dah mula merasakan stok susu hadi makin kritikal sejak sebelum bulan puasa lagi aritu...kalau nak diikutkan memang kami dah lama nak campur susu adik hadi tapi alhamdulillah syukur sangat-sangat bila bualn puasa kekurangan stok bagai tak terasa... Allah permudahkan rezeki adik hadi...susu yang dipam mencurah dan cukup untuk kegunaan adik hadi walaupun cuma setakat pam hari ini untuk esok je....

dan ditakdirkan jugak adik hadi agak kurang menyusu dan banyak makan bila di sekolah... syukur...

tapi kita manusia memang hanya mampu merancang... Allah jualah penentu segalanya... ditakdirkan pada 30hb Ogos yang lepas aku kena demam teruk sampai menggigil seluruh tubuh badan... selimut dua lapis pun tak terasa... sejuk sampai ke tulang sum-sum rasanya....

dan puncanya dikenali pasti..aku demam bengkak susu.... patutlah hadi mula meragam pada malam kami nak gerak balik kampung aritu... dia bagai tak bagi aku lepaskan dia untuk buat keja-keja lain... nak bergayut je kejanya...

rupanya masa tu mungkin dah berlaku sesuatu menyebabkan puting tersumbat...dan malam Sabtu tu kemuncak akhirnya aku demam teruk... dan bermula dari tu jugak hadi pandai menggigit puting sampai luka dan menjadikan pengumpulan susu terus merundum...

aku diberi cuti sakit 3 hari minggu lepas...sakit tak terkata la...jangan kata hadi hisap... tersenggol badan sikit pun boleh rasa nak menangis... lepas jumpa doktor, doktor pesan suruh cari tukang urut... aku buntu jugak... mana nak cari tukang urut yang pandai?

akhirnya Allah beri jalan keluar lagi buat kami...kami terlupa temujanji adik hadi setahun untuk cucuk vaksin.. jadi kami pegi ke klinik untuk tukar tarikh... rezeki lagi bila ada nurse yang tau rumah tukang urut yang bagus... malam tu jugak kami pegi...

dan alhamdulillah... setelah dua kali berurut dengan tukang urut tu nampaknya aku makin pulih...banyak tips yang diberi oleh tukang urut..aku senaraikan ok...


Petua Untuk Mengatasi Bengkak Susu

1. Jumpa Doktor - doktor pastinya tau apa yang terbaik untuk keadaan anda. pastikan juga ianya bukan disebabkan oleh jangkitan.

2. Cari Tukang Urut yang bagus - penting sangat untuk melancarkan lagi susu dan kelenjar yang tersumbat.

3. Tuam dengan betul - mula-mula aku cuma gunakan beg air panas... tapai petua dari tukang urut mengajar aku.. beg air panas je tak cukup..kena demah(tuam) dengan halba. Cara-caranya... goreng 1 sudu halba dengan segenggam pasir (macam masak buat berangan) dalam kuali tanpa minyak sampai betul-betul panas. kemudian bungkus dalam kain dan ikat serta tuam pada tempat yang sakit sampai panasnya hilang. buat ulang-ulang kali.

4. Sikat Payudara - ini memang sangat-sangat membantu.

5. Legakan puting tersumbat dengan melalukan berus gigi pada puting - ini memang sangat membantu jugak! (aku ada demo dengan video untuk kefahaman lebih)

video


6. Teruskan bagi anak menghisap - selagi tak ada nanah keluar dari puting susu

7. Berdoa dan terus berdoa semoga Allah sembuhkan kita dan permudahkan urusan penyusuan anak kita.


sekian perkongsian untuk hari ni... doakan aku rajin update blog lepas ni ek... hehehe


p/s minggu lepas kami gi tengok wayang free... nak tau macamana? nanti aku cite eh...

Isnin, 7 September 2015

Rezeki dari Drypers

assalamualaikum semua,

bulan lepas dapat rezeki dari Drypers...alhamdulillah...




dan ada budak yang terlebih sukanya.... awal-awal dah kata ini dia punya...hehehe...



siapa lagi kalau bukan si kakak husna yang comel....

cakkkkk!!!




yang sedihnya sesunggut ladybird tu dah hilang sebaik saja sampai rumah atuk wannya...huhuhu... baru seminggu...

aku usik dia kata nak pinjam beg..tau apa yang dia jawab... tak boleh... ini beg orang perempuan kecik je...hehehe...


p/s tgh fikir nak ke mana lagi hujung minggu bersama anak-anak tanpa keluarkan belanja...huhuhu...di kala ekonomi meleset...

Hantar Cadangan Bajet 2016 anda

assalamualaikum semua,

bulan oktober akan muncul... bulan Oktober ni sinonim dengan bulan Pembentangan bajet sebenarnya... dan tahun ni akan datang adalah pembentangan bagi Bajet Tahun 2016 bagi Malaysia.. tak tau apa pulak kejutan untuk bajet kali ni kan?

korang ada cadangan bernas yang korang rasa patut untuk dilaksanakan pada pembentangan bajet 2016 akan datang ni?

kalau ada mari kita sumbangkan beramai-ramai melalui saluran yang betul...

caranya....

sila pergi ke laman web perdana menteri kita NAJIB RAZAK .... sila klik pada tulisan bold najib razak tu ye...

lepas tu korang akan diminta login masuk ke web...korang kena daftar masuk dulu...atau nak lagi senang login masuk menggunakan facebook je... itu lagi mudah..

lepas tu korang akan diminta menulis butir-butir peribadi serba sedikit dalam ruangan yang disediakan...

dan abis...

ok akan keluar ruangan macam ni untuk korang tuliskan cadangan yang nak dicadangkan...

kat bawah ni cadangan yang aku buat...sila abaikan kesilapan bahasa yang digunakan jika ada... kalau nak betulkan lebih baik komen di bawah...

cadangan bajet 2016



dan selepas korang klik cadangan dihantar akan keluar macam ni pulak...




maka cadangan korang telah selamat untuk diterima....

ok hantarkan cadangan anda sehingga 15 September 2015 ni ok... laman cadangan ini akan ditutup selepas tarikh tu... laman ni dah dibuka dari 1 September 2015...

ada yang nak tanya kenapa cadangan ni aku utarakan? ok... sebab aku dah melabur banyak pelaburan pada pam susu yang harganya agak boleh tahan dan bukannya murah... ini adalah insentif yang sangat bagus untuk menggalakkan penyusuan susu ibu lebih berjaya...percayalah.... sapa sokong sila komen.....


p/s jerebu makin teruk ye sekarang ni... seram tengok langit....

Selamat Hari Lahir Yang Pertama Sayang...

assalamualaikum semua,

lama dah tak bersiaran...banyak cerita penting dah tak tertulis sebab dah terlampau banyak nak tulis...sepatutnya entry ni keluar hari Khamis lepas tapi disebabkan aku tak berapa sihat maka tertunda...

ucapan di atas tu ditujukan kepada budak comel ni sebenarnya...

baby comel
adik hadi haris dah 1 tahun! yeay!


dah cukup setahun usianya pada tanggal 3 September 2015 ...alhamdulillah... ini juga bermakna genap setahun aku berjaya menyusukan dia sepenuhnya... walau banyak dugaan dan ranjau duri..ecece...bahasa novel la pulak...

tiada sambutan istimewa pun buat adik Ahmad Hadi Haris...sebab ummi tak sihat...cuma ucapan dan doa buat adik hari semoga terus membesar dengan sihat...menjadi umat islam yang mampu memimpin diri sendiri dan orang sekelilingnya ke jalan Allah...amin...



p/s semalam hari yang menyedihkan...adik hadi terpaksa diajar minum susu formula.. :'(