Logo KBBA

Khamis, 29 Oktober 2015

Penjual Kuih Pau Gebu dan Susu Segar Kuantan

assalamualaikum semua,

lamanya tak tulis entry...terus beku bila tengok keyboard... tak tau nak mula dari mana....

alhamdulillah...pertamanya syukur pada Allah yang melimpahkan sedikit dari rezekiNya yang ada di muka bumi ni buat kami sekeluarga....semoga usaha kami kali ni berkekalan hendaknya...amin...

bermula dari hari Isnin yang lepas kami secara rasminya menjadi penjual kuih pau gebu di Kuantan ni... resepinya sangat senang ... boleh ikut resepi dari SINI ... insyaAllah dapat hasil yang sama...

kami bermula dengan kuih pau inti kacang merah... alhamdulillah... nampaknya hari pertama tidak mengecewakan walaupun ada yang tak abis dijual...syukur... hari kedua jugak begitu... tapi setiap yang bermula pasti ada gagal kan... tak bererti kena berhenti terus... dan hari ketiga kami mencuba lagi...alhamdulillah.. HABIS... syukur Ya Allah... rasa nak mengalir airmata pun ada... dan hari keempat orang dah tunggu tepi shah bila dia letak bekas kuih pau.... tiada yang lebih mengembirakan bila usaha nampaknya membuahkan hasil...

doakan kami terus kuat dan sihat....dan adik hadi berikan kerjasama yang sangat baik (hehehe)...

buat kawan-kawan... keluarga yang banyak beri semangat... terima kasih diucapkan buat kalian...

insyaAllah kami akan berada di Sekolah Kempadang, Kuantan pada hari Sabtu ni dari jam 8 pagi hingga 2 petang... antara menu yang akan dijual ialah tentunya kuih Pau Gebu dan Susu Segar Berperisa... doakan kan rezeki kami melimpah ruah ye...

jom singgah sesiapa yang berdekatan....

kita kasi iklan dulu.....

susu segar berperisa

lembut
pau gebu

p/s hari makin cerah...jerebu dah berkurang banyak...syukur lagi....

Jumaat, 23 Oktober 2015

Rabu, 21 Oktober 2015

Ahad, 18 Oktober 2015

Ubat-Ubatan untuk Merawat Kutu Rambut

assalamualaikum semua,

selepas mengalami masalah di entri ini PANIK WOO... maka aku buat sedikit pembacaan dan hasilnya aku dapat ini...

Pengenalan
  • Kutu adalah serangga parasit yang kecil, tanpa kepak yang menghisap darah.
  • Serangan kutu rambut adalah biasa. Kanak-kanak berusia 3-10 tahun di prasekolah atau pusat jagaan harian lebih terdedah kepada serangan ini. Ia mudah merebak, terutama di kalangan kanak-kanak sekolah, melalui sentuhan terus dan perkongsian barangan peribadi.
  • Kutu rambut akan mati jika terpisah dari kepala manusia selama lebih dari 2 hari.
Gejala & Tanda
  • Rasa gatal yang keterlaluan.
  • Kutu pada kulit kepala dan telur kutu pada pangkal rambut mudah dilihat pada bahagian tengkuk dan pada belakang telinga.
  • Ia dilihat sebagai bonjolan kecil berwarna merah pada kulit kepala, leher dan bahu.


dan mari kita tengok apa rawatan yang boleh kita buat...


Rawatan
  • Jika kanak-kanak yang dijangkiti berusia kurang dari 2 tahun, gunakan sikat untuk mengalihkan kutu dan telur kutu tetapi jangan gunakan ubat kutu.
  • Periksa semua ahli keluarga dan rawat mereka jika didapati terdapat kutu atau telur kutu.
  • Perapi rambut mungkin menutup atau melindungi kutu rambut, jadi perapi rambut tidak harus digunakan sebelum menyapu ubat pembasmi kutu.
  • Gunakan air panas untuk membasuh cadar dan pakaian yang telah digunakan oleh mereka yang dijangkiti kutu rambut sejak 2 hari lepas.
  • Semua perkara yang tidak boleh dibasuh seperti permainan yang dibuat dari kain harus diisi dalam beg plastik selama 2 minggu. Beg tersebut hanya boleh dibuka di luar rumah. Pilihan lain yang boleh dibuat ialah dengan melakukan cucian kering.
  • Sikat dan berus perlu dinyahkuman dalam air panas atau alkohol. Rendam selama 5 minit atau lebih di dalam air yang betul-betul panas.
  • Lantai dan perabut, terutama sekali sofa dan kawasan yang kerap digunakan oleh kanak-kanak harus dibersihkan dengan pencuci hampagas. Beg hampagas harus dibuang serta-merta selepas itu.
  • Jika kutu didapati pada kanak-kanak yang bersekolah, maklumkan pada jururawat sekolah atau guru supaya kutu dapat dihalang daripada merebak. Kanak-kanak dinasihatkan supaya jangan berkongsi topi, sikat dan lain-lain barangan peribadi di sekolah.
Rawatan untuk kutu rambut adalah seperti :
  1. Gamma benzene hexachloride (Syampu Lindane)
Dalam cecair berminyak
Bagaimana menggunakannya?
  • Basuh rambut anda dengan syampu biasa sekurang-kurangnya 1 jam sebelum menggunakan syampu lindane dan biarkan rambut kering.
  • Gunakan syampu lindane yang mencukupi untuk membuatkan rambut, kulit kepala dan rambut kecil dibelakang leher basah.
  • Biarkan syampu lindane pada rambut selama 4 minit.
  • Pada akhir 4 minit, gunakan sedikit air suam untuk mengeluarkan buih syampu. Jangan gunakan air panas.
  • Basuh rambut dan kulir kepala dengan air suam untuk menghilangkan syampu lindane.
  • Keringkan rambut dengan tuala yang bersih.
Kontraindikasi
  • Wanita mengandung dan bayi pramatang
  • Wanita yang menyusukan anak
  • Elakkan penggunaan ke atas pesakit yang mempunyai sejarah epilepsi (sawan)
  • Berat badan kurang
Langkah berjaga-jaga
  • Penggunaan serentak Lindane dan krim pembasmi kutu yang lain
  • Elakkan sentuhan langsung dengan mata dan lapisan mukosa
  • Jangan sapu pada kulit yang terlelas
  • Jangan sapu losyen selepas mandi air panas yang bersabun

  1. Malathion
Bagaimana menggunakannya?
  • Renjiskan losyen ke atas rambut kering.
  • Gosok dengan lembut sehingga kulit kepala berasa lembap.
  • Beri perhatian terhadap belakang kepala dan leher.
  • Biarkan losyen mengering sendiri ??? jangan gunakan syampu. Basuh rambut selepas 8-12 jam.
  • Bilas dan gunakan sikat berjejari halus untuk membuang kutu dan telur kutu yang mati.
  • Jika perlu, ulang penggunaan ubat kali kedua selepas 7-9 hari. Penggunaan semula losyen dalam tempoh kurang 1 minggu atau penggunaan melebihi 3 minggu berturut-turut harus dielakkan.
  • Secara am, rawatan seterusnya tidak diperlukan.
Risiko kesan sistemik berkaitan dengan penggunaan malathion dijangka sangat rendah
Malathion mudah terbakar. Jauhkan dari sumber panas seperti pengering rambut, alat elektrik pengerinting rambut dan rokok.
Langkah berjaga-jaga
  • Penggunaan serentak Malathion dan krim pembasmi kutu yang lain
  • Elakkan sentuhan langsung dengan mata
  • Jangan sapu pada kulit yang terluka atau telah dijangkiti kuman
  • Rawatan perubatan diperlukan untuk kanak-kanak di bawah 6 bulan


ada jugak disarankan untuk langkah penjagaan..

Pencegahan
  • Ahli keluarga digalakkan supaya selalu memeriksa kanak-kanak secara berkala kerana jangkitan semula boleh berlaku.
  • Basuh pakaian, cadar, sikat dan berus untuk mengelakkan jangkitan semula.
  • Rawatan pencegahan menggunakan ubat pembasmi kutu adalah tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan penyakit lain dan kegatalan yang berterusan.
  • Pendidikan kesihatan tentang kitaran hidup kutu, kebersihan diri dan perkara-perkara lain amat berguna.


aku rasa aku kena print info ni untuk bagi kat cikgu sekolah dan diedarkan pada penjaga lain kan? korang rasa caner?

semua info adalah dari Portal Rasmi My Health


p/s bestnya la bila kat kampung....

Sabtu, 17 Oktober 2015

Makan dalam dulang

assalamualaikum semua,

walaupun macam malas nak menulis tapi nak jugak tulis sesuatu....

sekarang ni di rumah kami menjalankan kempen "kurangkan pinggan"

nak tau macamana dilaksanakan... haaa...senang je... makan dalam dulang...

macam ni...masa ni lauk siakap goreng garing dengan sayur campur je...


dulang
makan nasi dalam dulang



teringat pulak zaman kecik-kecik...kalau kenduri banyak rumah hidang nasi ambeng stail macam ni... huhuhu... rindu... sekarang semua orang geli rasanya nak berkongsi macam dulu...

adakah sebab ukhwah kita makin renggang?


p/s lunch apa tadi?

Jumaat, 16 Oktober 2015

Panik wooo...

assalamualaikum semua,

dua tiga hari ni aku dilanda demam terkejut je....demam panik....adeh...

Kes Pertama : Kutu


sebabnya... hal pertama yang berlaku... ialah serangan kutu di kepala kakak husna sejak dua bulan lepas lagi... seram bila disebut dan difikirkan... yang lebih menyeramkan kutu tu turut menyerang kesemua ahli keluarga yang lain kecuali adik hadi...ye la kutu pun segan nak singgah bila tengok rambut adik hadi yang seciput tu agaknya...

dan kami pulak jadi rutin menyikat rambut kakak husna (dan kami) hari-hari...ini adalah salah satu rawatan dan mencegah masalah ni dari berlarutan... dan siap bagitau kat cikgu transit...bape kali ntah... naik letih...cikgu pulak kata sebab serangan berleluasa maka pembawa sebenar tidak dapat dipastikan lagi dah... adoi...
ini lagi la masalah... sudahnya cikgu terpaksa guna syampu kutu tu pada semua budak yang ada... adil..

tapi benda tu sekejap je la... dua tiga hari lepas tu ada balik..aku agak rumah budak pembawa ni memang kilang kutu agaknya... semua kepala orang dalam rumah dia ada.... aduhai... tapi betul tau sebab aku ingat dulu masa sekolah asrama dan aku kena serangan sampai abah aku kerat rambut kesayangan aku...sebabnya ada sorang akak ni boleh buat biasa je kutu berumahtangga atas kepala dia... kutu tu siap nampak merayap kat tudung lagi ko...adeh...serammm...

last kami sauk pagi tadi dapat 5 ekor anak kutu halus-halus dengan jayanya...aku nak pengsan ok..malam tadi 14 ekor...ajer..aku cerita ni pun kepala aku yang jadi gatal-gatal...hish alegik betul la...sebelum ni masa cuti jerebu tu ok la pulak...aku rasa budak pembawa tu tak datang sekolah kot...anak-anak aku masih kena gi transit sebab kami bekerja...

tolong la sesiapa bagi penyelesaian bagi kami ni...huhuhu...



Kes Kedua : Jadual Periksa Abg long


tetiba je di sana sini kawan-kawan sibuk pasal tarikh anak periksa kat sekolah anak masing-masing... ni group mak-mak dalam whatsapp punya pasal la ni... jadi disebabkan itu aku jadi panik..

hari-hari aku tanya abg long ada dapat jadual exam tak..sampai stress dibuatnya budak tu kot... sudahnya sampai macam malas nak jawab bila aku tanya...

dan bila tak puas hati tak dapat jawapan maka aku ambik tindakan call sekolah pada hari selasa 13 Oktober yang lepas...


berikut adalah dialog aku bersama kerani sekolah...


aku : hello..

kerani : hello sekolah ......

aku : maaf ye puan... saya ni ibu pada murid tahun 2 ___ sekolah ni...boleh tak saya tau bila peperiksaan akan mula ye? (nampak tak sangat formalnya aku atur ayat....susah ko nak dapat keyakinan nak call sekolah..ntah apa aku takut ntah)

kerani : ooo...periksa mula 15hb

aku : hah... 15hb ni... hari khamis ni la ye? ( hilang terus formal sebab terkujat)

kerani : aah 15hb...

aku : tapi kenapa anak saya masih tak dapat jadual periksa lagi ye puan? kalau boleh...boleh tak saya dapatkan jadual untuk tahun 2___ puan?

kerani : ooo...jadual tu saya tak tau..takde pada saya..GPK yang buat...

aku : takpe la kalau macam tu puan.. terima kasih ye (gugup sangat sampai lupa nak mintak cakap dengan GPK...adohai.. jangan tiru aku ok)



lepas telefon tu aku termenung dan panik ok... aduh... bila masa nak ulangkaji ni...tinggal sehari je cuti esok... terus otak berlegar-legar suruh whatsapp guru kelas dia... aku memang la ada simpan nombor hp guru kelas tapi aku faham gak nombor hp tu sangat peribadi.. kalau nak bertanya hal-hal macam ni aku macam segan je...risau sangat kalau aku ni menganggu privasi orang...

akhirnya aku hantar jugak pesanan melalui whatsapp ke guru kelas abg long pagi 14hb tu...dan aku sangat cemas tunggu jawapan dia...sekali dia jawab lega aku baca...



waalaikumusalam.. exam mula 20, 21, 22 Oktober 2015...Jadual tak diedarkan lagi pada murid tapi dah diberitahu kepada murid sewaktu perhimpunan dan di dalam kelas..harap maklum.. terima kasih..


lega aku ko....hahaha...

dan seperti yang ku jangka..abg long ni kalau ingatan yang melibatkan lisan memang payah la....selalu kena diikuti dengan ingatan bertulis....jawapan dia simple je.... SAYA MANA TAU.... adoiii la anak... sabar je la....betul buat ummi ko panik ok....

jom rehat....


p/s hari ni nak balik johor... beberapa masalah telah selesai tapi masih ada benda yang tak tercapai....impian menambahkan income...

Jumaat, 9 Oktober 2015

Rabu, 7 Oktober 2015

Isnin, 5 Oktober 2015

Nak jadik Ultraman Tiga!...erkkk...

assalamualaikum semua,

tadi pagi sempat hantar abg long ke hospital HTAA sekejap untu temujanji dia...sebenarnya temujanji dia bulan 8 tapi disebabkan masalah teknikal dan mak bapak pelupa nasiblah kena anjak tarikh lain...
alhamdulillah...perkembangan abg long makin ok.. kencing dan bersih seperti biasa dan tiada masalah lain... syukur Ya Allah...

dan doktor bagi tarikh lagi 6 bulan untuk ujian dan temujanji susulan..semoga yang itu pun ok jugak sebab kalau ok doktor kata boleh discharge terus...mengharap...

dan ada cerita best waktu jumpa doktor tadi...

nak dijadikan cerita disebabkan sekolah cuti hari ni disebabkan jerebu maka aku pun ajak je la dua adik dia lagi...abg ngah dan kakak husna ikut sekali...ok je la diorang tadi... abg ngah siap malu-malu bila kakak ajak main gelunsur..siap keluar ayat dia...takkan saya nak main lagi kan ummi... hehehe...dia rasa dah besar sangat dah kot...

tapi tak sampai 5 minit pun...sudahnya dia join sama dan terlebih over pulak dah....hahahah....dan masa jumpa doktor tadi macam biasa sambil periksa keadaan abg long doktor tu tanya-tanya la soalan senang-senang...

Doktor Selva : dah besar nanti nak jadi apa?


Abg long : heheheh...sambil sengih-sengih (dia memang pemalu)



Aku : jawablah doktor tanya tu...



Doktor Selva : hah..nak jadi apa?



Abg long : saya nak jadi angkasawan...



Doktor Selva : wah....hebat tu..



Aku : kena belajar pandai-pandai tapinya kan doktor...



Doktor Selva : Angguk-angguk...



Abg Ngah : Saya nak jadi ahli bomba.. (tetiba je dia jawab)



Kakak Husna : Aya nak adi otomen iga...



Doktor Selva : hah..nak jadi apa?



Aku : (sambil control gelak)..hah...kakak nak jadi Ultraman Tiga?



Kakak Husna : Aah (angguk dengan sangat yakin ok..)



sudahnya riuh bilik doktor dengan doktor dan kami semua gelak.... hahaha... gila ko anak perempuan tu.. tak terbayang aku...

masa nak keluar bilik tu pun doktor masih tergelak bila tengok muka kakak....

hahaha....kakak...kakak.....



p/s 20 hb ni pulak temujanji adik hadi... harap keputusan yang baik2 jugak....

Jumaat, 2 Oktober 2015

"Dia rogol-rogol saya..."

assalamualaikum semua,

alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada....

tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu?

kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau...
sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU....adoiiii la...

apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii....

nak tau lanjut? ok meh aku cite...

ceritanya gini....

semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam...

dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh bahu ummi kau ni nak... memang sebijik rupa bibik la kalau shah lepas tangan je... dengan baju kerja serebeh-serebeh... anak lak berderet-deret..hish... tak leh bayang la...ok sila jangan bayang ok...mujur la shah tak lepas tangan....hehehe...

ok...ok....kita sambung cerita...

lepas tu semalam entah angin apa ntah kakak husna tetiba taknak pegang tangan aku...dia kata nak abg long pegang...jadi secara automatiknya aku pun pegang je la tangan abg long... tetiba....

abg long : aduh...tangan saya ni sakit la ummi..cuba ummi tengok...luka tau...siap darah-darah tadi tau....

aku : (tengok sekali imbas sambil nak jalan...sambil pikir anak aku ni berlakon kot kan)...hmmmm...luka kena apa pulak ni?

abg long : ada kawan saya tadi ...(dia sebut nama... aidil ke irfan ke aiman ntah ek semalam..nanti aku confirm balik ) dia nak rogol-rogol saya...

wah.....kalau korang la jadi aku apa reaksi?

aku tentulah terperanjat beruk ok... mana la pulak belajor perkataan bebukan ni....

ok sambung reaksi aku pulak...

aku : apa? hish... siapa yang cakap rogol-rogol ni? abg long tau tak apa rogol tu?

abg long : saya tak cakap la ummi... kawan saya (again..dia sebut nama) yang cakap...dia nak rogol-rogol saya...

aku : abis kawan abg long tau ke apa rogol tu?

abg long : entah..tak tau kot...saya cakap la saya bukan permpuan kan ummi...?

aku : aah... dia buat macamana abg long?

abg long : dia gosok-gosok dia punya k*n*k (XXX) dia kat saya la ummi...saya tengah diri tiba-tiba dia gosok-gosok macam ni.. (siap gaya ok)...

*aku kena tambah sebelum orang salah faham..takde adegan bukak zip ye..yang kena tangan tu zip tertutup...mungkin kena kepala zip..

aku  : aduhai..abis tu abg long tak marah dia ke?

abg long : saya dah tolak dia ummi... tu yang luka tangan saya kena zip seluar dia tu...

aku : abis tu abg long tak marah ke? 

abg long : dah ummi dia cakap saya bodoh...babi pulak...

aku : Allah... abis tak cakap dengan cikgu transit ke?

abg long : dah ummi...

aku : abis cikgu cakap apa?

abg long : tak cakap apa pun...(sedih je muka dia ko...aku rasa cikgu tak perasan kot dia mengadu...)


reaksi aku yang lain... terus aku cakap kat dia...lainkali orang buat macam tu abg long tumbuk je muka dia....hahaha...jahat tak aku sebagai mak?

cabaran betul budak-budak zaman sekarang ni...ini anak yang nak bukak mulut dan cerita...kalau anak-anak yang senyap?.....hari-hari doa supaya Allah jaga kami serta keluarga kami dimana sahaja kami berada...amin..

so kalau korang buat apa pulak?

*buat pengetahuan korang aku pernah cakap apa itu rogol bila abg long tanya kat rumah masa tengah tengok drama gerak khas...aku jawab rogol tu kerja orang lelaki jahat pada orang perempuan...jadi aku agak dia ingat kot...



p/s berangan nak open order untuk brownies kedut mini pack la.....agak2 ada yang berminat tak ye? ehem...mood meniaga datang lagi....