Cabaran sediakan bekal anak ke sekolah - Cerita Ita                                                             Cabaran sediakan bekal anak ke sekolah Langkau ke kandungan utama

Cabaran sediakan bekal anak ke sekolah

assalamualaikum semua,

haaa....ambik tajuk punya la panjang..... sepanjang cabarannya jugak tu....

alhamdulillah kita dah sampai hari terakhir dalam minggu ni...bermakna cabaran menyediakan bekal anak sekolah untuk minggu ni dah selesai.... fuh....tarik nafas lega sikit...

ok kita tunjuk dulu bekalan terakhir yang disediakan oleh aku sebagai ibu acah-acah mithali ni... hehehe...gigih aku buat semua ni... ini semua gara-gara Yohana Sabri la ni... huh... hehehe.. terima kasih  dik bagi inspirasi buat emak-emak yang malas macam akak ni...eh korang dah baca belum entri tu? kalau belum meh singgah sini Idea Bekal Makanan Untuk Anak oleh Yohana Sabri

panduan bekal
burger ala special


tapi mesti ada yang cakap kan...makanan segera macam tu boleh la... huhuhu.... bila ko dah ada anak 4 dan pada masa yang sama anak yang kecik kerap menangis nakkan perhatian... juga sambil membuat pau sebagai sampingan....rasanya ko kena fikir banyak kali untuk cakap... dan apa pun berlaku... aku berjaya di minggu pertama... yeay! syabas dan tahniah buat diri sendiri ita...

setakat ni abg long belum lagi bawak duit untuk berbelanja di sekolah kebangsaan... semalam pulak boleh tertinggal botol air dalam kereta masa nak keluar...sedar-sedar je botol ada dalam kereta dah tengahari pun... tak tau nak rasa macamana...bersalah sampai rasa nak nangis tau... berdoa semoga Abg Long pandai la mintak air dengan orang ke... atau pandai pinjam duit orang dulu ke... atau mengadu dengan sapa-sapa la yang prihatin di sekolah tu.... walau hakikatnya belum tentu terjadi....

balik semalam pun aku tanya dia pasal air tak bawak pagi tu.... tau apa dia jawab...

"saya mintak air dengan Rahmanulikhwan ummi... tapi sekali je la minum...sikit aje...."  .....alahai anak lagi buat ummi rasa bersalah.... tapi korang perasan tak... sedap kan nama kawan dia? huhuhu....tak tau la kalau aku salah eja....

tapi alhamdulillah...syukur dia boleh bertahan... risau sebab semalam panas gila...mujur tak jadi apa-apa yang tak diingini... nauzubillah...

ok... jom kita tengok senarai makanan yang berjaya dibekalkan kepada abg long dalam minggu ni....


Hari
Menu
 Isnin
 Nasi Lemak + telur mata
 Selasa
 Karipap
 Rabu
 Mee Goreng + telur mata
 Khamis
 Pau + Kentang goreng
 Jumaat
 Burger Ala Special


maaf ye... list je yang ada...sebabnya...kelibut pagi-pagi sampai nak ambik gambar pun tak sempat...

ok... ulasan pulak...

<< SERAM >>

Hari Isnin

bersemangat lebih hari ni jadi kita buat nasi lemak... selalunya bila aku masak nasi lemak mesti ganding dengan telur rebus tapi disebabkan tak sempat maka goreng je telur mata... dan nasi lemak kali ni kosong je... takde kacang takde ikan bilis...cuma ada sambal, timun , telur mata je.... ini kalau chef wan tengok tentu kata nasi lemak tak cukup syarat ni...hehehe...

eh ada gambar la... nasi lemak aku makan kat rumah pagi tu pasal tengah bercuti kan...lalala....

nasi lemak tak cukup syarat


Hari Selasa


hari ni semangat dah merundum sikit... ntah nape ntah... nak buat menu simple pulak cadangnya... dalam kepala ada menu keropok lekor cheese dengan karipap... tapi akhirnya abg long nak bawak karipap je..senang keja... hahaha...

jadinya aku cuma goreng karipap frozen yang dibawak oleh adik aku khas dari Terengganu kite...negeri cantik..budaya menarik... eh... terima kasih andak...nanti ko bawak banyak lagi eh... hehehe...

jadi cuma bawak 5 biji karipap dalam plastik je...

- takde gambar pasal tak cantik noo karipap dalam plastik tu...ceh alasan -

Hari Rabu


hari ni ntah kenapa menu malam tadi punya rancang nak buat sosej roll tetapi boleh pulak tetiba tukar jadi mee goreng... hehehe... 

dan hasilnya adalah mee goreng bodoh campak-campak... aku tambah telur mata sebab taknak bagi nampak kosong... tapi ntah nape dia makan tak abis... kata dia kenyang.... mungkin dia tak suka sangat... ok take note ita!

gambar ni aku pinjam bekal aku punya gambar hari tu je la ye....aci kan...menu sama apa....


mee goreng  + telur mata 

Hari Khamis


Hari ni tetiba abg long bagi cadangan bekal yang bisa buat ummi senyum sampai telinga... dia cuma nak pau... hahaha... sonang keja... bawak je pau baki dari pau yang hantar ke kedai sesubuh harinya.... 

tapi lepas tu aku menung... takkan pau aje... jadi disebabkan aku goreng jejari kentang pagi tu untuk sarapan semua orang makanya aku sumbat jugak kat lubang bekal dia yang sebelah lagi... 4 biji pau kacang + kelapa + kentang goreng....

- takde gambar pasal korang selalu dah tengok pau yang aku buat kan? -

Hari Jumaat


hari ni aku terlebih rajin kononnya nak buat benjo... eh...eh...bila dah masak telur bulat-bulat tu boleh pulak diorang tanya daging... makanya goreng la pulak daging burger ayam... jadi sudahnya aku tak tau nak namakan apa bekal dia pagi ni... tu yang aku letak burger ala special je tu... Burger Ayam + Telur Benjo + Cheese + Mayonis....


nampak gebu je kan.... 



alhamdulillah...cabaran seminggu selesai.... ada 43 minggu persekolahan.... doakan semangat aku kuat.... harap kesihatan aku jugak baik untuk laksanakan tugas macam ni...

sekarang ni gigih sedia menu untuk minggu depan pulak.... ita... berjuanglah!!!


p/s hujung minggu ni macam nak plan aktiviti dengan anak-anak.... main boomerang jom!





Ulasan

  1. Bagusnya... sy pun insyaAllah nak gak cuba buat bekal utk anak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba la qaseh...saya pun baru mula tahun ni sebab anak bersekolah sesi pagi..

      Padam
  2. Sedap2 menu akk. Mgu ni serba tak kena je. Smua menu sy simple sgt.

    Kami tetap bg rm3 utk sek keb dan rm2 utk sek agama kat dorang. Tp biasanya dorang x guna pun. Blk tu nmpk acha simpan dlm laci dan bebel kata dia takda tabung. Kesian gak.. Janji lama dah nk beli tapi x sempat2 nk belikan.

    Sek agama sy x buatkan bekal. Dorang beli je apa yg ada kat sana. Air mmg dh bw. Mee harga singgit je kat sek agama. Pernah juga thn lps bekal dorang tertinggal. Sbb tu sy ckp takpelah bg jelah duit takut kes jd cam thn lepas akk punya bekal tertinggal. Nk ikutkan rm3 tu x cukup pun beli makanan dan air. Air kat sana dh rm1 dan makanan pun dh berapa. Menu cam utk jual lat cikgu sek ank2 sy ni kak ita. Baik lah buat bekal utk dorang, dah lepas utk menu bekpes mak pak jugak .

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak main taram je tu dik... pastu mintak cadangan abg long jugak apa dia nak makan...

      duit mmg nak bg tapi dia yang tak nak.. mulai sekarang dari bg dia rm3 kami boleh tukar jd tabungkan rm1 utk 3 orang anak..

      Padam
    2. akak main taram je tu dik... pastu mintak cadangan abg long jugak apa dia nak makan...

      duit mmg nak bg tapi dia yang tak nak.. mulai sekarang dari bg dia rm3 kami boleh tukar jd tabungkan rm1 utk 3 orang anak..

      Padam
  3. alhamdulillah. berjaya di minggu pertama. tahniah..tahniah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat