Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 11 Januari 2016

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing, Johor

assalamualaikum semua,

dah lama sebenarnya nak kongsikan pasal tempat best ni... tapi asyik la bila kami pegi je takde rezeki kedai ni bukak.. tapi kami memang dah sedia maklum yang keropok lekor dari kedai ni sedap... sedap gila la sampai kami bersungguh-sungguh nak pegi beli...

dan selepas diduga beberapa kali dengan bermacam ujian...antaranya.... kami sampai dah lewat sangat...kami tiba mersing dah malam... kami sampai kedai tak bukak walaupun hari siang lagi... huhuhu....

inilah yang dinamakan rezeki kan?

mesti korang pelik macamana aku boleh tau keropok kat kedai ni sedap sedangkan aku sendiri tak pernah berjaya beli lagi kan? hehehe... mesti la sebab aura keropok sedap tu memanggil-manggil... hahahah....sila jangan percaya yang tu...

sebenarnya aku tau kedai ni dari adik aku la yang selalu beli kat kedai ni... kira regular customer la gitu....siap dia pesan lagi kalau nak beli jangan beli yang harga rm2 satu...beli yang rm1 je sebatang tu... bukan sebab harga dia lebih murah tapi adik aku kata rasa dia lain... yang rm2 tu rasa ikan dia dah kaw sangat macam yang singgit tu.... dan aku tak tau sebab aku percaya bulat-bulat kat adik aku aku terus borong yang singgit... hehehe... tak kuasa la aku nak merisikokan diri...

ok.... memula kita perkenalkan kedainya dulu.... nama kedai ni ialah Kedai Keropok Amliza... aku rasa takde kaitan pun dengan Ambank... bukan jugak ditaja ambak kot...cuma mungkin nama tuan kedai dia ni... aku pun tak tau pasal tak tanya... masa beli tu aku ala-ala drive tru je sebab shah yang turun...hehehe...

ni gambar signboard dia....

mersing
keropok amliza

dan ni pulak gambar depan kedai dia... tapi korang bukan kena beli kat depan ni tau...kena pegi belah tepi dia...

haaa...nampak tak jumaat diorang cuti..





yang ni pulak gambar peta jalan dia kalau sesiapa yang berminat nak pegi...

yang biru tepi tu laut ok...


aku zoom sikit ye....

nampak yang merah tu?...haaa itu la dia..


dan apa punya sengal la aku boleh pulak tak ambik gambar keropok lekornya... aduhai...
tapi aku ada crop gambar dari google ni haa... memang dari kedai dia...

nampak sedap je ek...


tapi aku gerenti... lepas korang makan keropok lekor amliza ni mesti korang rasa nak datang mersing lagi la semata-mata nak beli keropok ni aje...

rasa dia macamana? aku jarang puji makanan atau kedai ok... tapi kalau sedap dan berbaloi aku memang bagitau jujur punya... dan keropok lekor amliza ni adalah dalam kategori rugi kalau tak cuba....

cuma pada pandangan aku sebagai pelanggan yang cuma sebenarnya lalu je mersing ni untuk ke destinasi seterusnya...aku rasa lebih elok kalau Keropok Lekor Amliza ni sediakan keropok yang siap digoreng untuk makan segera... itu lebih bagus bagi pelanggan yang nak merasai kesedapan keropok ni lagi....

kalau keropok keping dia atau lain-lain produk aku tak cuba jadi tak boleh bagi komen...korang boleh cuba kalau nak....takde paksaan...

kedai ni dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat...

nak contact...

Kedai Keropok Amliza
No 7, Jalan Abdullah, Mersing
No tel : 012-42106689


p/s lapar la pulak tengok gambar keropok ni....menu apa nak buat dinner ni eh? Cerita menarik lain

11 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wow bestnya

Farahain ZFA berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

oh , kalau singgah ke mersing boleh lah beli nanti .hehhee..

LM berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tq kak ita, nnt g sana blh cuba. Aritu kitorang hantam je kedai mana pun.

Haah kan? Klu ada yg dh goreng sedap blh mkn dlm kereta

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

singgah anum bebila..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

harus...masuk dlm list wajib pegi..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

akak dulu macam ko la dik.. abis semua kedai jelajah.. rugi x tau awal...

Nurul Amira berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Saya nak ke sana untuk kajian projek akhir saya, tapi saya tak dapat contact beliau. Ada tak no lain 😬

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

terima kasih sudi singgah...maaf ye...saya tak ambik no contact yang lain... mungkin boleh usahakan untuk terus ke kedai..

Tanpa Nama berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

jauhnya keropok 'berhijrah'dari terengganu ke johor ... Dikatakan dekat Mersing majoritinya asal usul orang terengganu . betul ker ?

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

keropok ada dimana-mana awak en tanpa nama.. dan bukan mersing saja yang berasal dari susur galur dari terengganu.. di kota tinggi juga..

Hanim Hashim berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lama dah tak pekena keropok lekor. Nampak sedap je ni! :)