Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 22 Januari 2016

Panggilan yang sesuai

assalamualaikum semua,

tadi masa tengah bermain whatsapp dengan kawan-kawan yang masih setia dari zaman sekolah sampai la sekarang ni terbukak cerita pulak pasal panggilan yang pernah kami terima...

dan aku terus teringat peristiwa yang kiranya aku dah masukkan dalam kotak memori "perkara yang tidak dapat dilupakan" cewaaah... macam la benda dahsyat sangat bunyinya tu kan?

sebenarnya peristiwa ni berlaku masa shah kena denggi hari tu... tak baca lagi? oh boleh baca kat sini.. Shah kena denggi... disebabkan dah jadi rutin menghantar shah ke klinik dan hospital untuk ujian darah maka aku macam biasa hari sabtu tu pergi la menghantar dengan anak-anak lagi berderet...dengan bawak orang sakit... tapi masa tu aku rasa penampilan aku ok lagi la... tak la sememeh sangat pun... baju blouse dengan seluar dan tudung instant dua muka aku masa tu...

bila dah lalu pendaftaran bagai dan  macam biasa kena pergi ambik darah dan hantar ke makmal dalam klinik tu jugak untuk pemeriksaan... ok kiranya abis la cerita setakat tu kan? tapi nak cerita kat korang ni perkara yang menyebabkan aku tak boleh lupa ni ha...

lepas shah ambik darah, aku dengan baik hati dan penuh mithalinya sebagai seorang isteri ni pergi la tolong menghantar ke makmal yang berdekatan... aku tinggalkan la darah dan kad shah kat kaunter tu.. lepas tu kami menunggu...

tak lama selepas tu nama shah dipanggil... aku pun terus ke kaunter dengan menggelek adik hadi masa tu... sesampai di kaunter... aku tanya panggil Ahmad Shahir kan tadi.. ko tau apa pekerja makmal tu jawab?

"Ya... MAKCIK yang hantar borang ni tadi kan?"

haaa... ambik....sekali makcik ko sebut... aku macam tergamam ok... sampai shah tanya kenapa.. hahaha... nampak tak tak dapat menerima ketuaan diri sendiri... tapi aku cakap balik kat shah... "dia panggil ita makcik bang".... huhuhu... muka aku masa tu takde perasaan dah kot... kalau kena korang macamana?

aku rasa umur staff tu dalam lingkungan 20an kot... sebab dia dah kerja kan...dalam makmal lagi tu... pasal adik comel cute aku yang dah 22 ni pun masih tengah belajar...

tapi cuma pada aku la kan... lebih sopan kalau ko jenis kerja kat kaunter terbuka macam tu memanggil orang dengan panggilan yang lebih sesuai... aku sendiri kalau ada yang datang ke pejabat ni aku panggil encik..tuan atau puan...lebih menghormati bunyinya kan...

maaf la kalau luahan ni menyinggung sesiapa... tapi... seriously aku tak boleh lupa ok.... hahaha... makcik... hahaha....


p/s cerita di atas berkaitan dengan orang yang hidup je ye... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: