Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 26 Februari 2016

Cara nak letak icon baru untuk butang LIKE di Facebook

assalamualaikum semua,

pagi ni masuk facebook je terus rasa nak senyum bila tengok kat status kawan-kawan... sebabnya dah ada icon baru kat butang like tu... hahaha... saya suka... saya suka..

memula tengok je status pelik jugak mana la diorang dapat icon haha sambil smiley tengah senyum...smiley tengah wow...siap ada tanda love bagai...aku siap klik banyak kali lak tu nak tau mana la diorang dapat sampai boleh tekan icon comel-comel ni... siap ada...hish ini tak boleh jadi... nak kena download sesuatu ke ni?

setelah puas aku godek-godek termasuklah dah klik like terunlike balik dan klik like semula... hehehe... sesiapa yang statusnya kena aku buat gitu tu sila jangan panik..risau jugak kalau sebab aku klik dan klik banyak kali tu kang korang tak boleh tidur malam lak kang kan... hehehe.... sebenarnya takde pun yang salah kat status korang tu.. cuma harap maklum... bila sindrom jakun menyerang ni... pepaham je la yek....

dan akhirnya aku dah jumpa bagaimana caranya.... macam ni ok... korang kena letak cursor mouse korang kat tanda like (cap jari jempol) tu lelama sikit... bila dah lama dok situ maka akan keluar la icon pujaan hati tu... macam gambar kat bawah ni....


smiley baru
nampak yang bawah tu.... comel kan? 





nampak tak betapa cute dan comelnya icon tu? maunya tak meroyan tengok bila ko tak reti letak? huhuhu.....

jadi selepas ni akan ada banyak icon selain butang like tu.... saya suka... saya suka....

yang paling best siap ada smiley marah... sedih... haha... wow dan love lagi tu...

yang jenis selalu menyampah kat status orang lepas ni korang takyah risau kot...mesti facebook akan upgrade dan letak icon annoying (menyampah) dan unlike (tak suka) pulak lepas ni....aku gerenti! hahaha...permintaan tinggi wooo....

lepas ni lagi best nak tengok update facebook kan... pandainya diorang ni jerat kita... huhuhu...


p/s pagi bagi penghulu segala hari ni diselubungi mendung di kuantan... gelap suram... jangan hati pun ikut suram ok... Cerita menarik lain