Peluang menghadiri temuduga - Cerita Ita                                                             Peluang menghadiri temuduga Langkau ke kandungan utama

Peluang menghadiri temuduga

assalamualaikum semua,

hari ni hari pertama bekerja setelah bercuti lebih seminggu dengan anak-anak... inilah istimewanya Malaysia negaraku yang tercinta...orang lain yang sambut raya tapi orang lain pulak yang cuti sakan... hehehe...

sempat jugak kami menjamu selera dengan sate buatan adik... soto masakan mak... dan lain-lain lagi la... tak tertulis dah hidangan enak sepanjang berada di kampung... alhamdulillah masih diberi rezeki kesihatan yang baik untuk bersua mata dengan kedua orang tua... juga adik beradik dan keluarga tersayang...

dan kami di sini hari ini menyambung kehidupan seperti biasa... ada tragedi nak diceritakan... kemudian ye.. aku cerita esok la... hari ni nak cerita pasal pengalaman yang dialami pada hari Jumaat seminggu yang lepas... ingat tak lagi entri aku yang ni.. Perkhabaran besar ... ?

Khabar dari telefon


sebenarnya aku terima satu panggilan yang memang tidak disangka-sangka... panggilan telefon yang menyatakan aku dapat satu peluang untuk menghadiri sesi temuduga kenaikan pangkat.... tak terkata bila khabar itu disampaikan... kelu lidah tak terkata... kaki rasa mengeletar... hati tak keharuan... teruslah aku tak ubah macam orang yang sedang bercinta...makan tak lalu....tidur tak lena... mandi tak basah... aduhai...

sesi temuduganya dijadualkan pada hari Jumaat 5 Februari 2016... masih rasa tak percaya menyelubungi... ditambah dengan rasa berat beban yang tergalas..... bersama persoalan.... MAMPUKAH AKU?


aku terus menyampaikan khabar yang masih tak dapat dikategorikan lagi tu pada shah... tak tau nak gambarkan perasaan pada masa tu... sekelumit gembira pun tak dapat kurasakan... hati jadi risau... KE MANAKAH ARAHKU SELEPAS INI?

shah berikan semangat... pergi dulu katanya... yang lain kita fikirkan kemudian...  dan ayatnya selepas itu menggamit pilu di hati... "Kalau sayang dapat nanti... pergi la dulu dengan adik Hadi...".... terus hati berdoa... Ya Allah...Kau permudahkanlah kami... janganlah kau pisahkan kasih sayang antara kami sekeluarga....

Perjalanan ke destinasi

sebelum ke Putrajaya ni hati dah risau... pada mulanya kami merancang pulang ke kampung halaman di johor pada jumaat malam sabtu macam yang selalu kami buat setiap bulan... tapi bila difikirkan keadaan jalan yang agak sesak pada musim perayaan tahun baru cina nanti maka kami tukar keputusan... kami sekeluarga akan bergerak bersama ke Putrajaya dan terus ke kampung apabila semua urusan selesai...maka kata putus dicapai... anak-anak terpaksa dicutikan pada hari Jumaat untuk memudahkan urusan... maaf cikgu...

kami bertolak ke Putrajaya selepas jam 9.30 malam... itu pun selepas shah punch card... kami berhenti makan di Nasi Kukus My Mama Gambang ... alhamdulillah selepas menikmati nasi kukus yang sedap dan perut dah kenyang kami sambung perjalanan... maaf gambar tak dapat disertakan sebab hati dah gundah gulana...runsing sebab banyak lagi yang tak sempat dibaca...tapi serius sedap dan tak mengecewakan... korang patut cuba di mana-mana cawangan Nasi Kukus My Mama yang terdapat di sekitar Kuantan dan Pekan ni... harga set yang disediakan dari RM7.90 termasuk air...konsepnya ala restoran makanan segera... cepat dan berbaloi untuk seisi keluarga.... (cewwah sempat iklan tu...hehehe....)

kami tiba di RHR Hotel Uniten pada jam 2 pagi setelah beberapa kali berhenti sebab shah mengantuk...lebih runsing sebab langsung tak sempat nak baca apa-apa pun... huwaaa....

tapi sebab malas nak beratkan otak yang dah sedia berat... maka aku ambik langkah senang terus tidur je la....hehehe...


Temuduga bermula


hari dinanti dah tiba... tau apa yang aku buat di hotel pada jam 6 pagi sebelum temuduga bermula? menyelak suratkhabar hari itu ditemani cahaya suram dari lampu tandas... hahaha... baru gelabah nak ambik tau isu semasa... namun makin diselak makin banyak rasanya yang tak tau dan harus tau....maka pasrah la walau apa jua yang akan ditanya....

dan apabila tiba di hadapan bilik temuduga... sekumpulan sahabat sepejuangan sedang sibuk menelaah dan menyelak nota...buku... berbincang dan tidak kurang juga yang hanya berbual kosong... hehe... mungkin salah satu cara untuk mengurangkan rasa gugup dan gemuruh kot....

sesi aku dijadualkan pada jam 11.30 pagi... aduhai... jam terasa bergerak dengan begitu pantas... tapi sayangnya.. sesi aku terpaksa ditangguhkan selepas solat jumaat...

dan akhirnya aku menjalani sesi pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 4 petang... 1 jam penyeksaan emosi berlaku di situ... hahaha... stress ko... tak perlu la aku ulaskan apa yang berlaku dalam satu jam itu.... cukuplah kalau semuanya sudah berakhir.... alhamdulillah... yang penting mengutip pengalaman dalam setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita... berfikiran positif dan sentiasa bersedia untuk berubah... dan berjuanglah selagi nafas belum berhenti dan selagi hayat dikandung badan...



p/s hari ni ditemani anak syurga comel ke office... hehehe....

Ulasan

  1. Balasan
    1. tak tau lagi idzwa...menanti dengan penuh debaran...

      Padam
  2. mudah-mudahan semua urusan dipermudahkan je la ngah ... jangan risau sangat ... kang risau risau hadi dapat adek pulak kang . haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat