Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 23 Mac 2016

Gerhana Bulan Penumbra Pada Malam Ini

assalamualaikum semua,

nak kongsikan salah satu minat aku sebenarnya ni tau... aku suka sangat tengok bulan dan matahari... boleh katakan minat gila la... sampaikan matahari cantik pun sibuk nak ambik gambar..bulan cantik pun sibuk nak ambik gambar...

yang kejadian baru ni gerhana matahari tu pun sibuk-sibuk jugak nak ambik gambar walaupun cuma pakai kamera telefon bimbit yang tak canggih mana... alhamdulillah berpeluang melihat kejadian Allah yang cantik ni setiap hari... sebab tu bila jerebu melanda negara dulu aku rindu sangat kat cahaya matahari... macam aku tulis kat ENTRY NI....bukan matahari je aku suka... bulan dan awan pun sama... cuma gambar bulan ni payah la sikit selalu tak dapat nak ambik dengan kamera telefon yang comel ni.. selalu pulak bila kejadian gerhana berlaku kamera besar tu kami tertinggal kat rumah.. sedih...

pasal info gerhana bulan penumbra ni pulak sebenarnya aku baca info dari FalakOnline... tapi sedih tak terkata bila nak tulis entry ni je blog tu dah cecah limit bandwidthnya... huhuhu... apakan daya...

tapi aku sharekan jugak la gambar rupa gerhana bulan penumbra yang dikongsikan  oleh Falakonline ni...
supaya bila kita tengok bulang malam kang kita tau apa yang berubah... kalau boleh bukak website dia lagi bagus... boleh nampak dengan jelas diterangkan kedudukan bulan tu sendiri...nanti kalau diorang dah baiki masalah tu boleh try klik semula ok...

meh kita tengok gambar dulu...

FalakOnline
gerhana bulan penumbra ihsan FalakOnline


tapi yang penting aku nak share link lain... link untuk korang tengok dengan tepat pukul berapa gerhana bulan penumbra ni akan berlaku kat tempat korang ok...

macam aku buat untuk daerah Kuantan kejap tadi... bila masukkan daerah kat link tu akan keluar la butir terperinci bulan akan muncul pukul berapa dan pukul berapa akan berlaku bulan penuh... rasanya kalau tengokkan pada cuaca sehingga petang ni macam ada peluang nak tengok dengan jelas selepas maghrib malam ni....

ini detail yang diberikan oleh link yang diberitahu oleh FalakOnline jugak ni...


bulan terbit dan bulan penuh di Kuantan



jadinya berpandukan panduan bulan terbit dan penuh ni kita boleh tengok keadaan perubahan bulan dari jam 7.14 petang sehingga jam 8.00 malam ni di daerah kuantan...kalau rajin la nak tunggu dari mula sampai abis... kalau tak rajin macam aku baik lepas korang solat maghrib tu cuba la jeling-jeling ke luar... cuba la snap-snap jugak kalau ada camera canggih ye... aku takde... so dapat tengok je la dan simpan dalam kotak memori...

dan kalau korang nak tau daerah korang berlaku pukul berapa klik link MOONRISE ni dan masukkan nama tempat korang dalam kotak sebelah search yang ada gambar bulan sabit comel tu...

dan...ada lagi tau kalau korang terlebih rajin lagi... meh tolong sahabat kita ni buat kajiselidik..Al Fadhil Ustaz Mohamad Faizal Jani dari Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak inginkan korang yang rajin untuk tengok kedaan bulan di tempat korang dan isikan kajiselidik yang sedang dijalankan oleh beliau ni... korang boleh klik PAUTAN INI untuk tengok borang dan apa yang kena tengok sebelum gerhana bulan penumbra berlaku pada malam ni Rabu..23 Mac 2016... lepas tu boleh tolong isikan dan hantar sehingga hari Jumaat ni 25 Mac 2016 ok...

penerangan pasal gerhana dan solat sunat gerhana bulan ada diterangkan pada POST ini oleh FalakOnline... diharap dapat membantu sesiapa yang berminat untuk tau...

harap cuaca kekal cerah sampai ke malam...


p/s teringinnya nak ke #SBB2016 kalau la ada kesempatan dan rezeki...











Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: