Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 29 Mac 2016

Nukilan Raja Shamri yang patut dijadikan panduan

assalamualaikum semua,

lamanya tak menulis...diduga anak sakit berturut-turut... apakan daya ... ujian kami anak-anak selalu sakit... kami kena redha semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga...

diuji bermakna Allah nak kita dekat dengan Dia...

diuji bermakna Allah sayang...

diuji bermakna masa ada lagi nilai kehidupan yang perlu kita syukuri...


dan hari ini terbaca nukilan seorang tokoh tersohor... aku kenali beliau ketika kejadian banjir besar di Kelantan satu ketika dulu.... sebelum itu memang jujur aku kata aku jarang ambil tau pasal pakar-pakar motivasi di luar sana... jarang la pakar yang berjaya menunjukkan yang beliau betul-betul bangun dari kesusahan zaman lampau... berlainan dengan YM Raja Shamri Raja Husin... seorang yang pernah digelar wira tak didendang satu ketika dulu...
sedikit biodata tentang diri YM Raja Shamri... (disalin dari facebook Raja Shamri)


Dilahirkan di Pasir Puteh Kelantan, YM Raja Shamri mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Pasir Puteh sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Machang (SMSM) diperingkat menengah. Setahun sahaja di SMSM beliau terpaksa pulang ke sekolah harian biasa kerana mengalami kesukaran untuk bergerak di sebabkan kecacatan kaki yang dialaminya semenjak dilahirkan lagi.

Berkat ketekunan dan semangat yang tinggi beliau kemudiannya ditawarkan ke Maktab Rendah Sains MARA Kota Bharu setelah mendapat kejayaan yang cemerlang didalam peperiksaan SRP di Sekolah Menengah Gaal Pasir Puteh. Setelah menamatkan pelajaran di MRSM beliau ditawarkan pula ke Kolej Yayasan Pelajaran MARA dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Northern Arizona University USA mengikuti kursus jazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.

Sekembalinya beliau dari luar negara, beliau telah berkhidmat bersama beberapa syarikat swasta di Kuala Lumpur dan di sebabkan rasa tandus dan cinta kepada ilmu pengetahuan yang semakin bergelojak, beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi MARA mengikuti kursus dibidang Pengangkutan pula.

Setelah menimba pengalaman berkhidmat di pelbagai sektor kerajaan dan swasta, YM Raja Shamri akhirnya menubuhkan Golden Minds Consultant sebuah syarikat perunding latihan dan motivasi di Kuala Lumpur.


dan aku sangat kagum dengan semangatnya... seperti apa yang tertulis di dalam nukilannya yang ditulis pada 27 Mac 2016..

kisah hidup raja shamri


raja shamri raja husin
klik gambar untuk ilustrasi yang lebih besar dan jelas


semoga Allah terus merahmati beliau dan segala usaha beliau...amin...

p/s hujan rahmat membasahi bumi kuantan semalam dari pagi hingga malam... Alhamdulillah.. terima kasih Allah... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: