Logo KBBA

Jumaat, 15 April 2016

Cabaran sebagai Doktor Veterinar

assalamualaikum semua,

bestnya dapat menulis tengahari ni.. kami baru balik dari menjalankan bengkel untuk unit virologi semalam...alhamdulillah segalanya berjalan dengan sangat lancar walaupun masih ada kekurangan yang kami perlu baiki..itu semua adalah antara cabaran dalam pekerjaan... walau kerjaya apa pun semuanya ada cabaran yang tersendiri..

aku pernah ceritakan sebelum ni pasal entri Kerjaya dan Kehidupan sebagai Doktor Veterinar dan hari ni aku nak kongsikan cabaran yang kami sebagai doktor veterinar di Malaysia hadapi melalui pendapat dan pandangan kerjaya ini di mata aku sendiri... tidak mewakili mana-mana pihak pun.. ini adalah pendapat peribadi..jika ada sahabat-sahabat yang di dalam bidang yang sama ingin menegur atau memperbetulkan dipersilakan email atau memberi komen supaya aku dapat membetulkannya..

haiwan - google



antaranya cabaran yang kami lalui adalah...

1. Cuba memahami pelbagai bahasa tubuh


cabaran ini tentu sahaja memahami bahasa tubuh oleh pesakit (haiwan yang dirawat) yang sudah semestinya tidak dapat nak difahamkan melalui pertuturan.. kami perlu bijak membaca dari simptom (tanda-tanda sakit) yang ditunjukkan dan cuba menganalisanya dengan betul serta mengaitkan dengan apa yang mungkin menyebabkannya berlaku.. ini mungkin lebih mudah kalau kami faham bahasa haiwan... hehehe.. yang mana memang tak mungkin la kan.. kami bukan Dr Dolittle.. bukan juga Nabi Sulaiman A.S... Nabi Allah yang dikurniakan mukjizat istimewa boleh memahami bahasa haiwan... dan akhirnya kami cuma boleh bergantung pada pengetahuan yang ada pada tuan punya haiwan.. dengan harapan maklumat yang diberi amat sempurna dan tepat...jadi sila la sayangi haiwan peliharaan anda serta tau rutinnya..

2. Perlu mengetahui maklumat lebih dari satu spesis pada satu masa dan kadangkalanya spesis di luar kotak


ketika kami belajar di universiti dulu... kami diajar semuanya tentang perkara asas termasuklah anatomi, fisologi, histologi, patologi dan lain-lain lagi perkara asas... pembelajaran asas kami meliputi pelbagai spesis yang juga asas termasuk haiwan ruminan besar (lembu dan kerbau), haiwan ruminan kecil (kambing dan bebiri), haiwan bukan ruminan (babi), haiwan-haiwan lain termasuk kuda, ayam , kucing dan anjing. dan tidak pernah pun secara langsung  pun mempelajari haiwan-haiwan zoo seperti  ular, beruang, gajah dan lain-lain. tetapi berbeza apabila kami didedahkan di alam perkerjaan...segalanya menjadi unik kerana kami perlu tahu.. hehehe... ada kecelaruan di situ... mungkin...aku kata mungkin bagi sesiapa yang lebih berminat mereka akan mendalami lebih mendalam mengenai haiwan ini tapi tak semua... jadi janganlah dipukulrata yang kami semua amat pakar dalam semua bidang...amat tidak adil di situ..

3. Kadangkala perlu menjadi bomoh atau tok nujum


yang ini aku la yang saja buat andaian... kadangkala kami dihidangkan dengan kes yang tanpa latarbelakang yang cukup untuk membuat diagnosa pun... bila ditanya apa tanda yang ditunjukkan haiwan peliharaan dan dijawab berak cair..tapi bila ditanya warna najis dan berapa lama berlaku pun tak dapat nak berikan maklumat yang tepat atau sekurang-kurangnya membantu untuk mencari punca... dan lebih malang lagi bila diletakkan situasi seperti... letakkan haiwan yang sakit dan terus meminta ubat untuk menyembuhkan... mungkin ada di hati kami terdetik yang kami doktor tapi bukan tok bomoh atau ahli nujum yang boleh meramalkan apa sakitnya tanpa apapun ujian dilakukan...tapi apakan daya jika itu saja cara yang ada untuk menyelamatkan nyawa yang ada..

4. Berdepan dengan kemajuan teknologi


pada zaman ni banyak maklumat boleh diperolehi dengan mudah melalui internet... jadinya segalanya menjadi pantas.. adakalanya ianya membawa kesan negatif.. ada maklumat salah yang akan disampaikan... ada maklumat yang kurang tepat disampaikan... dan kemudiannya diterimapakai dan diamalkan oleh tuan punya haiwan peliharaan tanpa merujuk orang yang pakar dalam bidangnya... ini termasuklah mengenai rawatan haiwan yang sakit...bila keadaan menjadi kritikal biasanya barulah akan dirujuk kepada peramal veterinar untuk bantuan... tolonglah jika anda sayangkan haiwan peliharaan anda sila jangan membuat rawatan melulu tanpa berjumpa dan berbincang dengan doktor veterinar..

5. Masalah Bogus Vet


Masalah Bogus yang ini adalah merupakan cabaran semua doktor di dunia.. tak kira dalam bidang veterinar atau perubatan manusia... Bogus Vet adalah merujuk kepada orang yang melakukan rawatan kepada haiwan tanpa menggunakan sijil kedoktoran yang sah di segi undang-undang...kemunculan doktor veterinar "palsu" ini amat menyukarkan pengamal veterinar yang mempunyai sijil yang sah..mungkin ada yang dilakukan oleh mereka tanpa sedar dan ada yang memang sengaja menjalankan aktiviti ini dengan sedar... mereka juga boleh dikenakan tindakan undang-undang jika disabitkan kesalahan...

6. Kekurangan ubat


Masalah yang agak serius pada masa ini adalah kekurangan ubat penenang yang digunakan oleh semua doktor veterinar bagi prosedur pembedahan..iaitu ketamine ada diterangkan di dalam PETITION ini sekarang ni...


ini adalah cabaran yang dihadapi oleh doktor veterinar di malaysia yang aku boleh ringkaskan... mungkin akan ada penambahan atau perubahan dari masa ke masa...

p/s inilah aku tak berapa suka bila cerita pasal kerjaya.. tulisan aku akan jadi serius... mesti korang baca macam baca paper kan? hahaha...maaf la...


Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Eintan Nurfuzie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

betul doc.. diakui ada yang xde kelulusan. kami di barisan vet ass ni hanya menjalankan tanggungjawab yg diperturunkan oleh pengarah negeri. tapi kami tdak boleh menghalang smua itu. Sebab tu blog cik en banyak menerangkan mengenai tips dan pencegahan penyakit.. better mencegah dari merawatkan. Dan paling letih ada cus yg tidak tahu history kucing.. terpaksa la jadi ahli nujum tu.
ada dengar yg vet perak dah xguna ketamil dah doc.. tp x pasti kenapa..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

betul cik en..dapat tau kekurangan ni darikawan2 vet swasta la.. bila ketamine disalahgunakan untuk buat dadah untuk mengkhayalkan ianya telah dimasukkan ke dalam kategori dadah berjadual..itu yang menjadikannya sukar utk diperolehi dalam pasaran..

Eintan Nurfuzie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yup.. tp ketami paling safe rasanya.. lps ni kami pakai zeolotil.. tapi rasa was was.. sbb daerah cik en xde doc.. klu klinik mmg cik en yang jadi pakar bius tak bertauliah.. bl nk guna zeolotil kena menuntut btul2.. takut gak lain dos lain jadinya.. lagi2 yg mmg xde basic ni. harap petition tu boleh beri sedikit harapan kan..

YB Shehan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wow.. menarik info ni..