Logo KBBA

Sabtu, 2 April 2016

Domino Pizza beli satu percuma satu

assalamualaikum semua,

hari ni gigih menaip menggunakan hp bagi menghargai jasa baik orang yang telah sudi buat make over pada blog cerita ita ni...alhamdullillah rezeki...tu nanti aku buat entri khas..hehe..hari ni nak cerita pasal rezeki jugak tapi rezeki makan..hehe..semalam ada rezeki kami untuk berkongsi rezeki dengan anak-anak...kami makan domino pizza semalam!

model domino
model domino tak bergaji


alhamdulillah....dapat kupon promosi dari kawan yang sudi berkongsi dengan kami...terima kasih Cikgu Salawa...hehe..dah kupon dia tu untung tau...beli satu percuma lagi satu pizza...memang rugi la kalau tak cuba...

untuk semalam kami beli pizza bersaiz besar (large) satu dan percuma lagi satu pizza bersaiz besar (large)...cukup untuk kami sekeluarga..syukur...

ada dapat kupon lagi


kami pilih aloha chicken dengan doh tebal dia yang biasa.. anak-anak cakap pizza ninja turtles.. haha...

aloha chicken


pastu satu lagi kami pilih chicken pepperoni... yang ni dengan doh nipis (thin crust)..

pepperoni chicken... thin crust dia sangat sedap..recommended


alhamdulillah...dua-dua tak mengecewakan...

dah 2 pizza bersaiz besar cukup untuk kami sekeluarga...


bagi korang yang nak cuba jugak promosi yang sama boleh guna kod kupon yang sama.. cuma masukkan kod HOM 2 bayar RM36++ untuk 2 pizza bersaiz besar (Large) dan boleh guna kod HOM 1 dan bayar RM15++ untuk pizza bersaiz biasa (regular)...

macamana nak guna kupon? boleh masuk kat website Domino Pizza dan daftar masuk (login) dan pilih je kupon dan masukkan kemudian pilih cara yang korang nak samada penghantaran (delivery) atau ambil sendiri (take away).. aku terpaksa la gi ambik sebab alamat rumah kami di tanjung lumpur ni berada di luar radar...hukhuk...nyampah aku tau..streamyx dgn unifi pun lagi parah..terus takde kabel..ntah apa-apa alasan...padahal tak sampai 10km kot dari bandar...eh maaf termeluah rasa pulak..hahaha..

ok sesiapa yang berhajat nak cuba pizza pelbagai topping pun inilah masanya..domino buat promosi 4 jenis pizza personal dengan harga cuma RM21 je tau...kod dia aku tak ingat..gi cari kat laman web dia tu ye...jangan malas sangat..haha...ok la aku memain..aku bagi je la..kod dia SH 4 ok.. kalau nak boleh guna sampai abis bulan April ni tau...selamat berpizza dengan penjimatan berganda..haha..ambik ayat power keluar macam maharaja lawak semalam..eh..


p/s sedapnya duduk tepi pintu ditemani angin sepoi bahasa sambil membayang makanan...haha



Cerita menarik lain

8 Luahan Ikhlas:

YB Shehan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Terliur aihhhh

Fieza Sani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hi K.Ita..salam perkenalan..

Saya & asben pun selalu order Domino Pizza..sedap..kitaorg suka tukar topping dia..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

gi la beli..hehe..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yeay... kita geng!

gulew kapas berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mak sedapnya. dah lama sangat kot tak makan pizza :( hahahha entri mengiurkan

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kalau entri makanan tapi tak mengiurkan maknanya fail... kekeke...

LM berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah menarik kak ita promosi ni. Tq ye

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sebab menarik la kena kongsi dengan kawan2 dik.. :)