Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 13 Mei 2016

Doktor Haiwan Maut dipijak Gajah!

assalamualaikum semua,

pagi ni di pejabat dikhabarkan berita yang sangat mengejutkan... berita yang sangat tak mau aku dengar selalunya... berita mengenai rakan seangkatan yang ditimpa bencana ketika menjalankan tugas... seorang doktor haiwan atau doktor veterinar maut dipijak Gajah... ianya sangat menyedihkan walaupun aku tak kenal pun dengan siapa yang terlibat... tapi sangat menyentuh hati orang yang terlibat dalam bidang yang sama...apalagi bila baru sahaja menyambut Hari Veterinar Sedunia baru-baru ni.... 

tajuk berita doktor haiwan maut dipijak gajah ~Sinar Harian~



berita yang sangat mengejutkan sebenarnya... mesti akan ada pihak yang tertanya-tanya bagaimanakah prosedur keselamatan semasa bertugas terutamanya melibatkan haiwan liar seperti ini... dan juga tertanya-tanya dimanakah keperluan kecemasan seperti ubat bius dan sebagainya ketika berlaku perkara sebegini...


doktor haiwan
sumber berita dari Sinar Harian


pada pendapat aku tak tak berada di tempat kejadian tu dan jugak tak mahir dalam menjiwai sifat seekor gajah... ini yang dapat aku simpulkan... ada perkara yang berlaku terlalu pantas sampai kita tak sempat memikirkan segala akibat yang berlaku... ada jugak perkara yang menjadi rutin kita seharian tapi sebenarnya benda tu adalah satu rutin yang salah... dan jugak ada perkara yang telah ditulis yang sepatutnya diubah... inilah antara cabaran pekerjaan kami selain dari yang aku pernah tulis sebelum ini di Cabaran Sebagai Doktor Veterinar ...




bila terima berita macam ni terus terbayang nasib rakan-rakan yang berjuang untuk penyakit zoonosis (berjangkit dari haiwan ke manusia)... terbaru kes Rabies yang masih lagi dalam pemantauan...apapun yang berlaku semoga jadi pengajaran untuk semua... semoga Allah lindungi kita semua dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan... amin...

untuk Allahyarhamah Octavia Warahapsari, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah hendaknya...


sumber ~Sinar Harian~



p/s tetiba terkenang nasib kami yang selalu menjadi barisan hadapan bila ada penyakit berjangkit dari manusia ke haiwan namun masih belum layak menerima elaun kritikal... tidak kritikalkah pekerjaan kami ini? hmmmm..... 


Cerita menarik lain

8 Luahan Ikhlas:

Kakzakie Purvit berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Innalillah... sedihnya. Syahid sebab matinya ketika bertugas kerana Allah. Gajah tu jadi penyebabnya aje.

Eintan Nurfuzie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

btl tu doc.. ayat last tu setuju sgt.. elaun kritikal hanya de klu blaku outbreak saja..tu pon hanya sebahagian saja yg dpt.. sdgkn kt ni mcm askar dan polis juga.. barisan hadapan..

che mid berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Takziah kepada keluarga doktor itu. Kagum dan tumpang bangga dengan orang2 yang bekertugas dibarisan hadapan seperti doktor. Ramai yang tidak sedar kerja keras disebalik sesuatu perkara hingga akhirnya nyawa menjadi cagarannya.. Allahuakbar.

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

betul kakzakie... semuanya telah ditentukan olehNya..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

masih dirundingkan rasanya...harapnya urusan rundingan dipermudahkan..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

terima kasih che mid... betul sangat apa yg che mid kata tu...

Nooriah Abdullah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Innalilla hiwainna ilaihirajiuunn
sungguh trajis
salam kenal dari kaknoor ya

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam kenal jugak ye kak nor... :)