Logo KBBA

Selasa, 17 Mei 2016

Hari Keluarga KSSM di Zoo Kemaman yang sangat meriah!

assalamualaikum semua,

hari tu masa aku buat entri pasal Virus Zika ada aku cakap pasal nak pergi ke Zoo Kemaman untuk hari keluarga kan ? alhamdulillah.... segalanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan... sebenarnya tajuk tu ada tulis Hari Keluarga KSSM kan ? nak tau apa dia KSSM tu ? haaa... meh ita cerita meh... namanya pun blog Cerita Ita kan.... hehehe... 

KSSM ni sebenarnya adalah singkatan kepada nama kelab kami di makmal yang sedang aku bertugas sekarang ni... nama penuh KSSM ni adalah Kelab Sukan dan Sosial Makmal... tak ramai pun ahlinya... ahli terdiri dari staf yang bekerja dalam makmal ni je... tak lebih pun 20 orang... tapi alhamdulillah kami berjaya menubuhkan kelab ni sejak lama dulu dan sudah pun berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia atau lebih dikenali sebagai ROS... dan Hari Keluarga ni merupakan salah satu aktiviti dalam kelab kami ni yang tujuannya mengeratkan lagi hubungan antara staf dalam organisasi kami yang kecik ni...

jalan masuk
di Pintu Masuk Zoo Kemaman


dan setelah sekian lama memilih tempat yang sesuai maka akhrinya Zoo Kemaman dipilih sebagai lokasi Hari Keluarga kali ni... berdasarkan faktor-faktor berikut...


Faktor pemilihan Zoo Kemaman

1. Daerah yang paling hampir dengan Kuantan
2. Ada tarikan haiwan zoo 
3. Ada penyediaan kolam renang
4. Ada taman permainan kanak-kanak yang luas
5. Staf zoo yang sangat mudah berurusan

sekarang meh kita cerita apa je aktiviti yang kami buat sepanjang hari keluarga kami yang sangat meriah ni... sebenarnya sebelum acara ni bermula... beberapa hari sebelum tu lagi kami dah mula mengumpulkan hadiah dari setiap staf yang dapat hadir ke acara ni... sebab kami dah tetapkan dalam mesyuarat sebelum tu setiap staf yang hadir diwajibkan memberi 2 hadiah setiap seorang.. anggaran yang ditetapkan adalah dari RM5 hingga ke RM10 bagi setiap hadiah... jadinya diharap tidaklah membebankan staf yang akan hadir... dan alhamdulillah rezeki kami agak murah ada jugak staf yang tak hadir sudi memberikan hadi sebagai sokongan mereka kepada kelab... syukur sangat dapat ahli yang sporting macam ni...tengok la hasil dari kerjasama ramai ni...

cabutan bertuah
longgokan hadiah cabutan bertuah

hadiah acara sukan
dan ada jugak hadiah yang kami peruntukkan untuk acara yang akan dipertandingkan pada hari tu... dan pastinya banyak kategori adalah acara untuk kanak-kanak la kan... biasalah hari keluarga pun memang kanak-kanak yang selalu buat meriah... dan ini merupakan salah satu aktiviti sihat sebuah keluarga bersama anak-anak... memang aura dia dah terasa-rasa la sebelum pergi lagi... dah bersemangat masing-masing... rasa tak sabar nak menunggu hari Sabtu... tengok je la muka mereka yang bekerja keras ni semua... masa rehat mereka di tengahari Jumaat tu dikorbankan untuk proses pengumpulan dan pembungkusan hadiah... terima kasih korang untuk usaha yang terbaik ni ! sayang semua !

inilah rakan-rakan yang sangat berdedikasi... haha..



dan perjalanan kami dimulakan dengan banyak drama pada pagi Sabtu tu dari rumah... tapi walau banyak cabaran dan siap sesat-sesat lagi tu... (hahaha... macam tak pernah datang je gayanya)... akhirnya kami sampai jua ke Negeri Terengganu... ok dah letih menaip ni... nanti aku sambung pulak part 2 dengan gambar yang lagi menarik ok... 

pintu masuk negeri Terengganu 


p/s hari ni last berpuasa... harap maaf ye entri kawan-kawan yang berunsurkan buffet ramadhan tu aku singgah esok lusa ye... lum ada kekuatan nak jengah di saat berpuasa ni... hehehe....


Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

AzzAMasturA berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cepat la ... nak tau gak ape yang meriah tu

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sabo...sabo...hehehe...

Aliza Sara berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahh bestnya nmpk hadiah cabutan bertuah. bnyk tuuuu