Logo KBBA

Sabtu, 21 Mei 2016

Info Zoo Kemaman yang mesti tau !

assalamualaikum semua,

disebabkan kemaruk demam Hari Keluarga di Zoo Kemaman masih belum abis lagi... dari Part 1 bersambung ke Part 2 dan sekarang kita cerita pasal Zoo Kemaman pulak ye... aku berhajat nak kongsikan apa yang ada di Zoo Kemaman ni sebenarnya... meh kita cerita serba sedikit info...

di hadapan Zoo Kemaman 


kalau nak tanya aku macamana nak pergi sebenarnya hari tu kami pun sesat... kuikui... dan dah sampai kat tengah bandar Chukai tu dah panik dah... mana nak hala... sebenarnya senang je tapi tah macamana boleh terlajak ke lain ntah... kalau ikut kenderaan pejabat masa buat kerja di Zoo Kemaman aritu kami ambik simpang betul-betul bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai... kalau korang dari bandar kira sekolah ni belah kiri korang dan korang terus ambik simpang kiri... lepas tu terus je... tapi aku nasihatkan korang guna je la waze atau google maps... macam aku aritu terpaksa guna GPS...hehehe...


bila dah sampai tu parking Zoo ni terletak berhadapan dengan pintu masuk tau... jadi korang jangan nak gatal-gatal parking tepi jalan pulak... sila mematuhi arahan ok...

gambar pintu masuk dari tempat parking

dan bila masuk je terus ke kaunter dia di pintu masuk tu... cuma boleh berjalan kaki je ye... tak boleh bawak kenderaan masuk ke sini... nah ni aku bagi harga tiket Zoo Kemaman sehingga tarikh kami pergi tu 14 Mei 2016 ok...

dewasa RM10 kanak-kanak RM7





dan ada sedikit peringatan supaya korang yang dah masuk tak la merasa sangat kekesalan atas meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk tengok segala haiwan zoo yang ada dalam Zoo Kemaman ni... dan jangan pulak la gi marah-marah staf yang bertugas tu... diorang dah tulis sesiap binatang yang tentu dah takde kat dalam tu... jadi jangan buat-buat tanya pulak ye... 

peringatan BACA DULU sebelum bayar tiket


dari pintu masuk korang boleh memilih untuk jalan kaki atau menaiki tram yang sememangnya free macam aku cerita kat Part 2 tu... lepas tu boleh la tengok ikan besar, ular, buaya, harimau dan pelbagai jenis burung kat dalam tu... pada aku oklah kalau setakat nak puaskan hati anak-anak kalau untuk warga Pantai Timur ni... lagipun bukan banyak pilihan Zoo yang ada kat pantai timur pun kan?


lupa pulak nak cakap selain kawasan zoo yang luas yang boleh korang tengok ada jugak kawasan permainan kanak-kanak (yang ni percuma) dan jugak kolam renang yang dikenakan bayaran berasingan...










meh kita layan gambar gembira anak-anak bersama haiwan zoo jom....










p/s minggu depan minggu meninggalkan yang tersayang dan minggu cuti... adakah blog jugak akan bercuti?


Cerita menarik lain

7 Luahan Ikhlas:

Puan Wawa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahh, besar juga zoo kemaman. tak penah sampai lagi..")

eita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dekat je dengan umah ni..tapi tu lah sekali puntak pernah masuk..huhuhuh

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lama akak tak pergi mana2 zoo pun sejak anak dah besar ni

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Besar...akan datang pasti lagi besar! Hehe..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Pergi la ieta ambik pengalaman..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Gi la berdua lak kak...honeymoon tengok haiwan zoo.. Hehe...

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Gi la berdua lak kak...honeymoon tengok haiwan zoo.. Hehe...