Logo KBBA

Khamis, 12 Mei 2016

Kisah Bermain Bowling dan Si Juara

assalamualaikum semua,

masih cuba untuk memenuhi janji nak cerita kisah bermain bowling hari Selasa baru ni... aku sebenarnya bukan pandai main sangat pun... tapi ada la jugak main sebelum ni... bukan la hobi wajib yang mesti buat ke kan.... cuma suka sukan bowling ni adalah sikit... tapi selalunya masa la yang menghalang... dan jugak status sebagai ibu beranak empat ni haaa...

mesti ada ibu-ibu yang nak marah bila aku cakap status aku sebagai penghalang aku menjadi pemain profesional... eh... jangan la marah dulu... ini aku cakap pasal aku ok... tak mencuit pun mana-mana pihak sikit pun... kalau pada aku ni la... memang sangat menghalang nak teruskan kegemaran bermain bowling ni kalau pergi sama dengan anak-anak... sebabnya anak-anak semua gemar sangat main bowling sebenarnya... jadi cuba korang bayang eh... kalau aku dengan shah sekeluarga dengan anak empat orang yang sama sibuk nak main... korang rasa sapa yang dapat baling bola je setiap kali? haaa.... mesti ada yang dapat jawab kan? kalau tak anak yang baling dengan bantuan ayah... mesti anak baling dengan bantuan ummi... jadi korang rasa sapa yang dapat main sudahnya? ... jadi itulah salah satu sebab kenapa aku masih tak jadi seorang pemain bowling profesional... hehehe...

Bowling
bowling di Premium Lanes Kuantan


tapi biasanya peluang untuk main dengan riang gembira dan memang pastinya hanya aku yang baling bola bowling tu adalah di saringan sukan untuk jabatan la kan... dan baru ni diadakan sesi saringan selama 2 hari di Premium Lanes di Kuantan ni... bersemangat aku nak join tau... tup-tup tiba hari Isnin aku boleh lupa la pulak... sedar-sedar ada kawan satu pejabat ni ajak bila masa diorang nak pegi tu je... mana la boleh kan...? nak jadi juara harus la ada persediaan mental dan fizikal kan? ini bukan aku yang kata tau Milo yang cakap hari-hari dalam iklan dia... 

jadinya aku cuma ambik peluang cuba di hari kedua la hari Selasa tu... dan dengan hajat tinggi menggunung (Gunung Belumut je pasal aku tau Gunung Everest memang aku tak boleh jejak la) agar aku tak selalu dapat bola longkang di hari tu... dan bermula la pemainan 3 games pada hari tu... 3 pusingan tau... mujur ada 3 pusingan... kalau tak markah aku lagi sedih... hahaha... eh... tapi jangan kata aku tak reti main ok... pusingan pertama baru nak kenal bola mana sesuai... pusingan kedua baru nak kenal cara balingan mana yang ok... dan pusingan terakhir ketiga tu baru la boleh score... hahaha... walau hakikatnya aku memang tak reti main...adalah aku cerita kisahnya kat SINI dulu...

dan inilah mata pengumpulan bagi pusingan atau game yang terakhir... 


korang rasa mata aku yang mana? cer teka... 


kalau aku tunjuk yang lagi 2 punya markah aku rasa korang mesti berendam airmata la nanti... ini bukan airmata sedih tau tapi airmata gembira... tu pasal aku ambik keputusan malas nak tunjuk dengan korang...huh!

dan sudahnya aku balik dah dengan rasa agak gembira kerana harapan aku supaya tak menjadi Juara Longkang sangat tu masih tercapai walau hakikatnya memang aku Juara Longkang pada hari tu... eh... diorang semua wakil Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pahang tau... korang rasa aku boleh tanding ke diorang... tau dah memang sikit pun tak boleh... bayang la memasing datang bawak bola sendiri... pastu kasut sendiri lagi tu... peh... memula je dah rasa down dah... korang tentu tak tau apa aku rasa... aku dah la pakai kasut subsidi... bola pun subsidi... cuma stokin je la aku punya sendiri... sebab tu pusingan pertama tu teruk gila aku main baling je... eh...eh salahkan persekitaran pulak... hahaha...

moral dari cerita ni kerapkan la main sukan yang korang minat walau dengan apa cara pun... sebab dengan latihan je boleh memahirkan diri....

p/s hari ni puasa tak tak sempat bangun sahur... harap bertahan la sampai ke petang... huhuhu.... 
Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

idzwa kamaruddin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alahaiii dah lama tak main boling!

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kan...akak pun sama tau!

mama darwisy berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Last main boling.. Xingat dah.. Lama sgt dah! Huhu. Skrg mau masuk longkang je belaka kot! Huhu

>>>>>Luka Kencing Manis Pulih Dalam Masa Tiga Hari!<<<<<

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

awal-awal saya pun ke longkang je...huhuhu...