Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 16 Mei 2016

Siri Animasi Didi & Friends kini dalam bentuk DVD!

assalamualaikum semua,

korang tentu tau pasal siri animasi Didi & Friends kat Astro Ceria kan ? jangan kata la tak tau... anak-anak aku yang duduk rumah takde langgan Astro ni pun tau... lelagi adik hadi tu haa... bukan main bergoyang lagi menari bila dengar lagu Didi & Friends... tau benar dia...padahal cuma dapat peluang dengar bila balik kampung sebab rumah atuk dia ada Astro sebulan sekali je pun... budak-budak memang cepat sangat ingatan dia kan?

dan haaaa.... ni yang aku sangat teruja ni tau... selalunya anak-anak paksa kami semua bukak youtube sebab nak tengok video macam Didi & Friends ni tapi kali ni dah ada orang yang jual dalam bentuk DVD la pulak... yang tentunya boleh terus je pasang kat tv bila-bila masa je la yang korang nak... hahaha...menarik kan ? 






Fenomena Didi & Friends


Hora Horey!!! Pernah tonton Siri Animasi Lagu Kanak-Kanak Didi & Friends di Astro Ceria atau Youtube? Haaaa.. kalau ada anak kecil dibawah 6 tahun. Aku amat rekemen beri anak anda tonton Lagu Animasi ini, baby bawah setahun pun layan juga. Silap-silap mak bapak pun layan sekali. Memang layan betul. Semua lagu best. Sudah lebih 130 Juta Views di Youtube tau!


Tak Caya? Cuba Tengok Video dibawah.




Lagu Kalau Rasa Gembira



Lagu Chan Mali Chan



Lagu Lompat Si Katak Lompat


Haaa... layan tak? Ada banyak lagi lagu-lagu Didi & Friends anak korang boleh tonton di Youtube dan Astro Ceria. Gerenti layan punyalah...



Ada yang  nak beli DVD Original Didi & Friends? Kalau ada yang nak beli boleh terus beli online di website The Baby Store . Ada Volume 1 dan Volume 2. Stok amat terhad.






sambil bagi anak-anak tengok DVD Didi & Friends ni mak bapak boleh la buat aktiviti bersama anak-anak sekali ye... jangan la dibiar pulak anak tu tengok tv tanpa pengawasan ibubapa... itu aktiviti tak sihat... jadikan semuanya masa bersama anak itu sebagai masa yang sangat berkualiti bersama anak-anak anda... tak salah pun kalau ibu bapa ikut sama menari atau menyanyi bersama-sama anak-anak pun... ala dalam rumah korang sendiri pun kan... bukan ada orang lain tengok pun....ye tak ?  ;P


p/s hari ni hari guru... Selamat Hari Guru untuk semua Guru!







Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

Kakzakie Purvit berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Seriously kakak memang tak tahu.
Tapi lagu-lagu lama tu kakak tahulah cuma versi yg Didi tu kakak tak tahu. Budak-budak mesti seronok:)

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dah beli kak CD vol 1 hehehe...astro pun rekod juga..huhuhu

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehehe...kalau kakzakie yang taktau takpe...dimaafkan..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahaha...pantas...

Mummy Damia berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Saya nak ada stok lagi tk

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mummy damia, saya tak jual.. tapi boleh klik link kat atas tu ye...insyaAllah ada stok :)