Logo KBBA

Sabtu, 14 Mei 2016

Virus Zika kini di Singapura!

assalamualaikum semua,

tadi pagi baru lepas terbaca pasal Virus Zika di facebook Astro Awani... terkejut aku sebab kali ni kes Virus Zika ni dikesan di negara jiran kita yang paling dekat iaitu Singapura...

ini merupakan kes pertama di Singapura dan khabarnya melibatkan warga tempatan yang baru balik dari mengunjungi negara Brazil pada awal bulan Mei ni... sekarang pesakit telah diasingkan dan menerima rawatan katanya...

virus zika di Singapura


pada tahun lepas dunia dikejutkan dengan kehadiran virus yang menjadikan kanak-kanak yang dilahirkan berkepala lebih kecil dari normal... dan kes di Singapura ni mencatatkan kes kedua di Asia Tenggara... tapi sebenarnya beberapa negara Asia yang lain jugak ada pernah mencatatkan kes positif bagi Virus Zika ni macam negara Jepun, Korea Selatan dan Filipina...

tapi alhamdulillah mengikut pemantauan sentiasa dari Kementerian Kesihatan Malaysia , negara Malaysia masih bebas dari Virus Zika.... Kementerian ada 2 makmal yang sentiasa bersedia untuk menguji sampel yang didiagnosis sebagai demam denggi tetapi keputusan negatif untuk demam denggi... makmal ini ialah Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)....

antara fakta yang kita perlu tau mengenai Virus Zika ni yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah seperti gambar di bawah...


fakta Virus Zika dari Kementerian Kesihatan Malaysia



Disertakan juga info lain mengenai tanda-tanda dijangkiti Virus Zika dan Cara rawatan dan pencegahannya... untuk perempuan mengandung dan kanak-kanak yang selalunya menjadi kumpulan yang tinggi risiko perlu mengambil langkah berjaga-jaga lebih sikit la... terutama kalau ibubapa yang nak buat aktiviti luar dengan anak-anak kecil...

Zika dan tanda penyakit

rawatan Zika



cara mencegah

bagi bidang veterinar...virus ni merupakan antara kebimbangan juga kerana ianya boleh menjangkiti spesis monyet, orang hutan dan yang sejenis dengannya...

semoga Allah pelihara dan melindungi kita dari wabak penyakit dan semua perkara yang tidak diingini...amin...

p/s hari ni ada hari keluarga makmal di Zoo Kemaman...kena ikut nasihat KKM..pakai seluar dan baju berlengan panjang untuk aktiviti luar...

Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

jika tiada rawatan dan ubat.. macammana dgn org yg dijangkiti tu Ita? Ada harapan pulih atau dia akan menyebarkan virus tu pd org lain bila nyamuk aedes gigit dia dan gigit pulak org lain.. mohon pencerahan... (budak bukan aliran sains bio.. soalan dia mmg kurang matang sikit.. hahaha)

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cara rawatannya setakat ni cuma boleh dirawat segala simptom yang ada je kan... supaya tak jadi lebih serius... dan pesakit dinasihatkan tak biarkan nyamuk gigit badan dia dalam masa minggu pertama dijangkit... sebab dalam tempoh ni virus masih aktif dalam darah dan boleh menjangkiti orang lain melalui gigitan nyamuk..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

takde istilah soalan kurang matang kak... sebab semua orang mempunyai kepakaran berbeza-beza.. lebih baik suka bertanya dari memandai-mandai buat tau kan...hehehe...