Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 13 Julai 2016

Kualiti Drypers makin teruk? Pelanggan menggamuk di Facebook!

assalamualaikum semua,

dari kelmarin ada kawan dah sebut isu Drypers viral di facebook katanya... aku agak slow 2-3 minggu ni dengan facebook... jadi memang terlepas pandang... tapi bila fikirkan isu kualiti ni... aku rasa dah ramai yang mula merungut tentang kualiti Drypers sejak adanya Drypers banyak versi...

lampin pakai buang murah
boleh baca komen-komen orang yang marah di facebook


Drypers ada keluarkan 3 jenis lampin pakai buang yang setakat ni ada di pasaran... 

1. Drypers Classic
2. Drypers Wee Wee Dry
3. Drypers Touch

kalau ikutkan sebagai pengguna tegar Drypers ni memang aku perasan jugak memang ada perbezaan ketara dari produk ni masa memula jenama ni diperkenalkan dulu... aku guna Drypers sejak abg ngah lahir tahun 2010 selepas abg ngah alah bila guna satu jenama lampin pakai buang yang lain... lepas tu aku terus setia dengan Drypers yang aku rasa cukup bagus untuk anak-anak dan berbaloi dengan harganya... 

tapi sejak dua menjak ni.... kami mula rasa macam ada yang tak kena... sejak tahun lepas sebenarnya... bila Drypers mula keluarkan lampin pakai buang baru bernama Drypers Classic... asalnya katanya Drypers Classic ni dari satu jenama yang bermula dengan huruf D jugak... tapi maaf la aku memang lupa nama dia... hahaha.... konon asal pengeluaran produk ni nak bagi pilihan lebih murah untuk pengguna... tapi apa yang aku perasan harga Drypers kategori pertengahan pulak iaitu Drypers Wee Wee Dry yang mula naik... dari asal mula boleh dapat dengan harga tak sampai RM30 dia mula naik sampai jejak ke RM35-37... agak pelik di situ... 

tapi masa tu cuma harga la nampak ketara... dan lebih ketara kualiti Dryper Wee Wee Dry mula merundum teruk bila bermulanya Drypers mengeluarkan produk baru iaitu Drypers Touch... Drypers Touch ni adalah untuk kategori premium la aku rasa sebab ianya lebih mahal... beza dalam RM10 kot dengan harga Drypers Wee Wee Dry... bagi aku yang dah memang lama menggunakan Drypers ni memang perasan sangat la kualiti dia... pada aku Drypers Touch ni sebenarnya adalah versi Drypers Wee Wee Dry pada mula dia diperkenalkan dulu... ianya tebal dan lembut... dah dekat 6 tahun kami gunakan jenama yang sama tentu la rasa sangat perbezaannya... yang ada sekarang ni lebih nipis, lembik sangat dan kembung bila dah kena kencing sekali dua... macam takde beza pun dengan Drypers Classic tu haaa... ada banyak la post aku pasal Drypers sebelum ni.. Rezeki dari Drypers , Barang Redemption dah sampai, dan Aku menang contest...

harap sangat la pihak Drypers dapat perjelaskan isu ni... ramai sangat dah pengguna yang marah tu... eloklah dibuat jawapan bertulis berbanding dengan mesej automatik yang keluar di komen page Drypers Malaysia tu haaa.... blogger terkenal Ben Ashaari pun dah tulis pasal isu ni... dan aku tengok petang tadi dah takde pun maklum balas dari pihak Drypers lagi...


p/s kalau nak panggil kawan-kawan makan2 masa mana yang sesuai ye? hari keja ke hari cuti?
Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Aty_Fared berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

anak sulung saya pon pakai drypers dulu.. [sekarang dah free diapers] kire saya pakai jenama ni dari tahun 2012 sampai last year.. anak yang kedua ni..memula dulu pakai gak jenama ni..tapi selalu bocor..jadi saya pikir tak sesuai ngan anak kot.. huhu.. terus tak pakai dah sampai sekarang.. baru terpikir.. may be sebab kualiti lah tu kot..agak nya... tu yang asyik bocor jer tuh..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kan...org yang biasa guna mesti perasan..

Nur Fannun berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pakai pet-pet je la sng..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kat sini pet pet jauh mahal harganya dr drypers..

Rafidah ida berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ya btl tu....so sejak di ubah drypers we we dry ni...dgn yg nipis sekrang ni...sy terus tukar pempera ank kps huggies...sbb lgi bgus kualiti...wlau mhal ...lbih kurang hg drypers touch kn...