Logo KBBA

Selasa, 19 Julai 2016

Menu mudah untuk Potluck berserta resepi

assalamualaikum semua,

tetiba hari ni asyik dengar perkataan 'potluck' je... ntah kenapa.... dalam group whatsApp orang cerita Potluck.... dalam facebook pun sama... minggu depan pun kalau tak ada aral akan ada majlis berkonsep potluck di tempat kerja aku ni haa... dan tetiba la jadi idea nak buat entri... haha.... 

sebenarnya potluck ni apa maksudnya? kalau ikutkan perkataan potluck ni berasal dari perkataan bahasa inggeris yang bermaksud satu perjumpaan di mana setiap seorang tetamu dalam perjumpaan ni menyumbang sejenis makanan setiap seorang... perkataan ni mula popular pada abad ke 16 lagi tau... menarik ek? tapi asalnya perkataan tu dimaksudkan untuk makanan yang disediakan untuk  tetamu yang pada asalnya tidak diundang atau tidak dijemput... kiranya rezeki untuk tetamu yang datang secara tiba-tiba la.... dalam inggerisnya "the luck of the pot"... tapi menjelang abad ke 19 menjadi popular pulak bagi tetamu membawa makanan sendiri dan akhirnya jadilah satu fenomena yang dikenali sebagai POTLUCK!

di Malaysia sendiri tak terkecuali budaya ni dah mula menular... di mana-mana ada je acara yang dianjurkan berkonsepkan potluck... aku sendiri dan hadir banyak majlis berkonsep potluck ni... antaranya potluck untuk reunion bersama kawan-kawan, potluck untuk berbuka puasa dan yang paling best dan selalu kami buat adalah potluck untuk jamuan hari raya... yang potluck untuk jamuan hari raya ni bukan untuk pejabat je... selalunya bila dah ada anak macam kami ni yang jadi masalah adalah nak fikirkan menu untuk buat potluck bagi jamuan di sekolah anak-anak... 

jadi untuk entri kali ni aku cuba senaraikan semua menu yang terlintas di kepala dan yang selalu dijadikan pilihan untuk semua termasuk ibubapa yang cari sedikit kelainan untuk menu potluck untuk anak-anak... potluck ni biasanya terdiri dari semua jenis makanan... dari makanan utama hingga ke makanan pencuci mulut...

Menu Mudah Untuk Potluck

1. Meggi goreng - mesti ada yang marah... menu ni masuk nombor satu... jangan marah ok... bebudak confirm la suka menu ni... nak resepi meh rujuk sini... Meggi Goreng




2. Lontong goreng - yang ni pun ada resepi kat Lontong goreng


3. Sandwich - ini menu paling mudah.. kalau korang letak macam dalam gambar ni je pun pasti abis licin...



4. Tuna Baguette - yang ni pun cantik... susun comel-comel kan... resepi ada kat Tuna Baguette



5. Roti John - haaa... yang ni ada kelainan kan? simple tapi gerenti sedap... Resipi Roti John



6. Fried Dumpling - kalau bawak ni gerenti tak menyesal.. abis licin.. resepi ada kat Resipi Fried Dumpling


7. Kek - yang ni memang bebudak suka... banyak jugak aku ada kongsikan resipi kek kat blog ni..



8. Brownies - haaa... yang ni lagi sedap dan senang... kalau nak boleh follow yang cara kak Azlita Aziz buat... senang sangat...


9. Bihun Goreng



10. Pasta Goreng


11. Kuih Muih


12. Aiskrim malaysia - yang ni best...  kalau rajin boleh buat kalau tak boleh beli je... kawan aku ada sorang yang buat.. boleh tengok facebook dia.. Rodzianah Bachok... gambar ni pun aku pinjam dari fb dia... macam best je kan....



13. Mee goreng - nak resepi sedap dan mudah boleh tengok SINI




14. Durian crepe - haaa yang ni untuk sesapa yang nakkan kelainan...



15. Pizza - menarik jugak ni untuk yang nak menu mudah dan gerenti abis



16. Buah-buahan 


17. Nugget 




18. Kerepek


19. Keropok


20. Mee bandung - sedap dan special kan? hehehe...


aku cuma dapat senaraikan 20 jenis je la setakat ni... karang korang lapar la pulak jadinya kan? kalau ada permintaan aku akan sambung entri ni ke 20 menu lagi... macamana? hahaha... bertabah la ye... kalau sesiapa yang nak cari menu potluck untuk jamuan raya atau nak pilih menu untuk rumah terbuka raya pulak boleh baca entri ni ye... Menu Popular Rumah Terbuka


p/s dah 2 hari ni ada tetamu yang sangat rajin kat rumah... siap pakej masak-masak dan kemas rumah dia bagi... mana nak dapat kan? hahaha... tenkiu la ye adik tersayang Azza Masturah... mlm ni nak gerak balik johor untuk prosedur abah esok.. tolong doakan abah kami ye semua... terima kasih...

Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

Afif Rayyan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Semuanya sedap2.. nyum2

Mia Liana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedap.. sedap..

pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #24. maaf mia baru sempat nak blogwalking.

blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/07/senarai-url-blog-24.html

pemenang diumumkan pada 1.35 petang 26 April 2016

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kan...cuma rajin ke tak je..hehe..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah...tq mia...jap gi terjah..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah...tq mia...jap gi terjah..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kan...cuma rajin ke tak je..hehe..