Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 15 Julai 2016

Penentuan Arah Kiblat terakhir bagi tahun 2016

assalamualaikum semua,

salam jumaat buat semua.... sekejap je dah abis seminggu kan? dah jumpa Jumaat semula dah... rasanya baru je sibuk-sibuk nak beraya aritu... lepas tu baru je sambut raya ke 3, jumaat lepas.... tetiba dah jumaat balik... cepat betul masa berlalu... dan hari ni merupakan salah satu Jumaat istimewa juga kiranya... nak tau sebab apa? meh baca lagi....

semalam bila tinjau facebook ternampak Falak Online update gambar dekat facebook dia... terus lelaju klik dan simpan... pasal penentuan arah kiblat terakhir untuk tahun 2016 ni... yang pertama adalah pada bulan Mei tahun ni jugak.... sebenarnya katanya memang dah ditetapkan pada 28 Mei dan 16 Julai setiap tahun tapi disebabkan tahun ni tahun lompat maka ianya dicepatkan sehari dari biasa... dan penentuan untuk tahun ni adalah pada 15 Julai 2016 iaitu hari ini... dan masanya adalah pada pukul 5.28 petang...

ihsan dari Facebook Falak online


ada cara tertentu digunakan untuk menentukan arah kiblat ni sebenarnya... aku kongsikan dari entri yang aku pernah buat dulu pasal ni...Penentuan Arah Kiblat mengikut Istiwa' Matahari di atas Kaabah

Cara menentukan arah kiblat :1. Pacakkan satu tiang lurus di tanah rata.2. Letakkan satu tali dengan pemberat di hujungnya untuk memastikan tiang itu benar-benar lurus.3. Perhatikan bayang-bayang yang terhasil pada jam 5.28 petang.4. Arah kiblat ditentukan dengan melihat arah bayang-bayang. Jika arah bayang-bayang di sebelah belakang anda, maka arah kiblat adalah setentang dengannya iaitu arah depan anda.
dan waktu tu rasanya ramai dah ada di rumah dengan anak-anak kan? haaa... elok sangat la sambil ajar anak-anak menentukan arah kiblat supaya mereka tau buat pulak di masa depan nanti... kalau tak tau jugak pesan je suruh google  Blog Cerita Ita cari penentuan arah kiblat... hehehe...

p/s semoga dapat beri manfaat pada keseluruhan umat Islam di Malaysia.. insyaAllah...
Cerita menarik lain