Logo KBBA

Jumaat, 15 Julai 2016

Resipi Simple Tuna Baguette

assalamualaikum semua,

hari ni makan sedap tengahari sebab tak puasa... huhu... kononnya aku ni nak berazam la puasa 6 Syawal penuh tahun ni... selalu asyik ada aje halangan... makanya aku dah cuba dari hari Selasa baru ni... sampai semalam dapat la 3 hari... tapi hari ni aku terpaksa la langgar azam aku ni sebab batuk aku dah semakin teruk... tadi masa nak bincang tajuk mini projek dengan pelajar praktikal pun aku rasa macam nak letak tepi kejap je batuk ni... payah woo... nak bercakap banyak tapi terberhenti-henti...

tapi dah namanya manusia ek... kalau sakit pun bukan dapat sekat mulut dari nak makan... makanya tengahari ni kita makan bekal sedap ko... ke barat sekejap kita hari ni... makanan western lagi tu... mujur mata tak jadi biru ke coklat ke kan... hahaha....

jadinya disebabkan aku dah rasa sedap resipi mudah ni apa kata aku kongsikan dengan korang.... meh terus baca meh... eh lupa ... sebelum tu... meh tengok gambar dulu bagi korang terliur.... 

simple recipe
chili tuna baguette



amacam.... ada rasa nak gigit screen hp atau nak gigit pc? huhu... jangan la baik korang beli je bahan-bahan dia... senang je buat dia wei...

Tuna Baguette


Bahan-bahan

Baguette atau roti perancis nama dia ( kat Giant ada jual RM2 dapat 2 batang)
Tuna dalam tin (aku guna Chili Tuna jenama Rex)
Butter atau marjerin (ikut suka la nak guna ke tak...aku tak guna...hehe)
Oregano (sama kes macam butter)
Lada Hitam (sama jugak macam butter)
Keju (kalau suka dan nak letak)

ni rupanya roti perancis ~ihsan google~


rex
chili tuna by rex -maaf la aku lupa snap gambar masa belum bukak.. ni dah jadi terbalik..


Cara-cara

1. Potong roti perancis tu serong-serong...
2. Kalau nak guna butter, boleh sapu butter dan letak oregano dan lada hitam..
3. Grill sekejap kalau korang suka macam bau terbakar sikit dan bagi butter tu serap sikit...
4. Lepas tu korang ambik tuna secukupnya ratakan atas roti perancis tu...
5. Dan boleh la nak letak keju pulak... 
6. Akhir sekali dah boleh hidang dan makan la....
*tapi aku skip semua step tu tau.... aku terus je potong roti dan sapu je tuna chili tu atas dia terus ngap... hehehe...

ni rupa yang dah potong ~ihsan google~


sebenarnya orang putih suka makan macam sandwich macam gambar kat bawah ni... tapi apa ada hal kan? bak abah aku cakap... kita yang buat dia... ikut kita la nak jadikan apa... janji boleh makan ye tak? hehehe... dan percayalah menu ni sangat sesuai untuk orang bujang atau orang yang suka dapur dia bersih-bersih je aka malas... heeee....

macam sedap je kan... ~ihsan google~



p/s takde sesiapa ke nak ajak aku beraya rumah dia ni? 
Cerita menarik lain

8 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nyum2

Pakej Katering berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

fuuuh. sedapnya. dulu ade orang kat KL tu, buat roti john pakai roti baguette ni. peeeh memang padu. skrg dah xde dah :(

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

:) :)

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah...roti john lagi la best kalau guna roti baguette ni...harus cuba ni..tq

Ainul Mustafa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedapnyer.. senang je ek. kena try ni

Mama Darwiish berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahhhh sedapnya, simple tapi sedap. must try. cili tu memang win :p

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sangat senang ainul... pejam mata pun jadik.. hehe..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kan... try la... takde cili hilang auranya...hahaha...