Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 14 Julai 2016

rezeki di petang hari

assalamualaikum semua,

dah lebih pukul 5 tapi aku belum balik lagi ni... tunggu shah sampai.. hari ni shah jemput anak-anak dulu... lepas tu baru ambik aku sebab kami nak balik rumah mak shah kejap... dah jadi rutin je balik hari ke rumah mak shah ni sebenarnya... malam nanti kang berkejaran pulak balik semula ke rumah kami...

hari ni konon berangan nak cari kuih raya... jadi aku pun whatsapp la shah ajak gi Giant kejap waktu rehat tadi... hajat asal nak cari kuih raya la kot-kot ada baki lagi ke sebekas dua kan... nak buat ada-ada je kuih kat rumah untuk orang datang... (padahal tak tau ada yang nak datang tak ntah...haha...)

sekali aku pegi... memang takde satu kelibat bekas kuih raya pun... kecewa betul... macam terpaksa la pulak kena buat satu dua jenis gini gayanya ni... anak-anak pun dah sibuk tanya... kenapa rumah kita takde kuih raya banyak macam rumah atuk? alahai anak.... maaf la... bulan puasa tahun ni hujung minggu kita langsung tak lekat di rumah... macamana la nak ada kuih nak oiii... malam-malam balik keja pun mata ummi ni dah layu benor rasanya... tak daya nak hadap oven... maaf la nak...

tapi nama pun kuih raya kan? aci je buat dalam bulan raya ni kan? hehehe... makanya tadi aku beli 2 biji butter dengan harapan menggunung ada kekuatan supaya menjadi sejenis dua kuih raya untuk kudapan anak-anak... dan tadi aku beli gak susu ni... Farm Fresh... sibuk orang cerita sana sini sedap tapi tak pernah rasa lagi... dan harapan menggunung nak buat  buka puasa petang ni berkecai sebab aku lupa ambik dekat peti sejuk yang aku tumpang kat bilik kawan tadi... huhuhu... tengok-tengok bilik dah kunci.... nenanti la aku cerita rasa dia sedap ke tak ek....

kuantan
susu Farm Fresh 


pastu masa tumpang susu tadi ada lak terpandang buah mangga kat atas meja kawan ni... dia siap tanya ... nak ke? En Zul bawak tadi... wah... laju je aku jawab NAK!!! hahaha... gelojoh... mana taknya kan... dah bape hari ni aku gi ambik adik Hadi kat pengasuh dia ternampak-nampak je buang mangga orang kat pokok... setiap kali nampak tu jugak la aku agah... sedapnya mangga... tapi orang sebelah buat tak reti je nampaknya.... hmmmm... apakan daya....

mangga masak
buah mangga ~ sedapnya kalau buat air ni kan~


petang ni ada pasar malam kat Simpang Gambang... singgah beli murtabak je kang untuk berbuka... anak-anak mesti suka... air pulak nak ais blend coklat... peh.... tekak orang puasa... hahaha... tadi pun tengok kat Giant semua benda sedap....huhu... korang dah ganti puasa belum?

p/s jamuan raya awal-awal ni agak slow... rasanya orang banyak aim minggu2 terakhir syawal kot ek...? Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

yaya cendana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aik.rasanya da follow sini..np tak xfollow ek..xpe xpe da folow semula...hihi
jemput dtg & komen sini...tq :)

http://www.yayacendana.com/2016/07/dapat-baucer-rm5-untuk-pembelian.html

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

no problem la yaya... tq eh singgah n follow..