Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 30 Ogos 2016

Kunjungan kami ke Road To Maha

assalamualaikum semua,

aritu aku dah ceritakan pasal Road to Maha sebelum ni kan... ada sejarah dan kunjungan pertama sebelum ni... dan kali ni aku nak cerita pulak hasil kunjungan rasmi dengan anak-anak dan shah... haruslah akan ada lagi banyak gambar dan cerita nak cerita dengan korang kan....meh layan...



kami buat keputusan nak ke Road to Maha ni secara tiba-tiba sebenarnya... tiba-tiba sebab shah tiba-tiba je kata yang dia tak kerja hari Ahad baru ni... makanya otak aku ligat la cari idea mana boleh pergi dengan anak-anak... hahaha... nasib la ye bang.... dan cadangan aku adalah pameran Road to Maha Zon Timur yang sedang berlangsung masa tu... banyak benda menarik nak tunjuk dan nak bagi anak cuba...

jadi dengan semangatnya selepas kami hantar abg long ke kelas teakwando pagi tu kami bergegas ke Pasar Besar Kuantan... tujuan adalah nak cari lauk untuk keperluan seminggu dua ni... beli kat pasar lebih murah... semuanya la... udang, ikan, ketam... dan kadang-kadang boleh dapat ikan yang agak special dari tempat lain... lepas tu kami berkejar semula ambik abg long dari kelas... dan balik rumah hantar segala barang basah supaya tak busuk nanti....

dan dalam jam 10.30 pagi kami dah selamat gerak dari rumah... perjalanan kalau dari rumah kami ke Taman Agroteknologi MARDI, Cherating ni ambik masa dalam sejam perjalanan jugak... bergantung la korang nak ikut jalan apa... kalau ikut jalan pantai mau lebih lagi... kami ambik keputusan lalu bypass... dengan penuh harapan boleh sampai cepat....tapi....

tiba-tiba....shah elok la berbual dengan isteri dia yang terlebih ramah ni macam biasa kan... aku pun cerita la masa balik dari MARDI aritu aku ikut highway... itupun dari Jabor ke Kuantan je... kena la bayar tol dalam RM1.70... pastu boleh pulak shah salah faham terus ikut highway masa pergi... ambik... kami dok atas jalan je la...hahaha... kami keluar kat tol Cheneh... kena tol dalam RM3.40 kot... pastu patah balik gi Cherating... sudah... jadi keja pulak dah.... dan setelah melalui dugaan akhirnya kami sampai ke tapak pameran Road To Maha pada jam 12 lebih dah..... huhuhu...jauhnya Kuantan.... orang ikut pantai pun dah sampai dulu kot....

dan sampai je cubaan nak cari parking pulak... nah... senang je sebab MARDI tu besar gila rupanya... diorang dah sediakan tempat parking yang cantik dan elok...siap ada sediakan tram lagi dari situ... korang tengok je la muka anak-anak aku yang teruja dapat naik tram.... siap awal-awal memasing tanya bila nampak tau... ummi..boleh naik tak? ummi....kena bayar tak naik tu?....hahaha... soalan kedua tu wujud pasal selalu part kena bayar tentu ummi tak bagi... hahaha... bertabah la anak....

bersungguh abg ngah tunggu tram berhenti...

sibuk diorang berdua mintak duduk depan

adik cuak tapi suka...


dan mulalah penjelajahan kami... sampai memasing longlai dah balik tu tau.... semua bantai tidur je... hehehe... jom aku bawak tour apa yang diorang tengok....

luas kan kawasan dia?

memula sekali haruslah ummi dia bawak kat area tempat kerja ummi ni haaa... LAMAN VETERINAR....
dan anak-anak sibuk tak tentu arah nak pergi mana satu dulu... nak main arnab ke.... nak tengok lembu ke... nak naik kuda ke... atau nak naik rodeo.... haruslah jawapan dia rodeo dulu kan.... hahaha... ini aje yang diulang-ulang sampai taknak gerak tempat lain tau... aduhai anak....

masa ni muka abg ngah dah cuak dah

abg long dah bape kali naik dah ni


aku ada share video live diorang kat facebook masa naik ni.... tapi ada satu benda aku nak share... nampak hero kecik aku yang duduk belah depan tu? abg ngah.... dia menangis sibuk nak turun lepas ni ok... TAKUT.... hati tisu sangat abg ngah ni.... alahai nak... ummi pun rasa nak leleh bila awak datang peluk ummi tau....huhuhu....

ada satu perkara aku nak share masa kat sini.... aku jumpa keluarga angkat yang dah lama gila tak jumpa tau... last jumpa masa aku dah tunang dengan shah dulu... tahun 2005... dah hampir 11 tahun tak jumpa... tapi dengan anaknya ni memang lama gila... terima kasih Pak Ya dan anaknya Nurul sudi jumpa aku... terima kasih ye Pak Ya ingat ita lagi... Nurul pun terima kasih ye... nurul cantik sangat sekarang ni... rindu korang sebenarnya... masa jumpa tu tak tau nak gambarkan macamana... gembiranya rasa.... sebab tu tuju sini dulu dari tempat lain....

boleh tersama pulak dengan baju Pak Ya...


dan ini pulak aktiviti lain anak-anak masa kat sana.... aku pukalkan aje la ye... jenuh korang nak baca ni... diorang sibuk sauk ikan... tak dapat pun tapi abg ikan tu baik hati bagi free sorang 5 ekor... tapi hari ni semua dah SELAMAT..... 










ni ikan masa hari pertama



masa diorang datang ikan tinggal banyak ni je...






gembira betul dapat ikan

ada jugak gambar nak sibuk bergambar dengan lembu terlepek...ni lembu paling besar kat sini tau... 700kg berat dia tu...huhuhu....


elak tanduk tu sikit nak....



dan ada jugak abg long masuk kat tempat lebah tau...berani betul anak aku sorang ni.... dapat satu paket madu... abg ngah nak madu tu tapi suruh abg long masuk lagi dan dapatkan madu untuk dia...bijak tak? hahaha....









abg long dengan sarang lebah



UPIN dan IPIN


 paling penting anak-anak sangat gembira hari tu... diorang dapat jugak bergambar dengan maskot upin ipin kegemaran diorang... kali ni teruja betul anak-anak... alhamdulillah tercapai misi nak beriadah dan gembirakan anak-anak akhirnya.... jom balik!





p/s rasa macam teringin nak bawak diorang gi MAHA 2016 je nanti... tapi mesti nanti lagi lepak gila tu....

Ahad, 28 Ogos 2016

Road to MAHA Zon Timur


Assalamualaikum semua,

semoga semua orang sihat pagi ni hendaknya... aku nak cerita pasal Road to Maha Zon Timur yang aku berpeluang pergi pada hari pertama perasmiannya Jumaat baru ni...  sebenarnya aku pergi atas sebab jadi eskot untuk bos aku je yang dijemput hadir untuk majlis perasmian tu... 



disebabkan hari tu hari Jumaat, jadi kami bergerak dari pejabat selepas solat Jumaat... Sampai je sana dah lebih kurang jam 3 lebih dan perasmian dah bermula... jalan dah mula sesak dengan kenderaan yang mula berkunjung ke Road to Maha Zon Timur ni... orang sanggup berjalan dari tempat letak kereta yang agak jauh dan kaki jauh dari pintu masuk semata-mata nak berkunjung ke pameran yang julung kali diadakan ini...



sebenarnya ada kenderaan disediakan iaitu tram untuk pengangkutan pengunjung ke tapak pameran... itupun kalau korang meletak kereta di kawasan yang memang disediakan khas buat pengunjung...tak pasti pulak aku macamana penyelarasan tram ni... yang pastinya kami hari tu pemandi turunkan kami betul-betul di hadapan pintu masuk... almaklum datang dengan bos kan?..hehehe...

apa yang menarik ada di Road to Maha Zon Timur ni? haaa...meh aku cite... memula lepas abis perasmian tu aku sibuk selfie depan booth Kementerian Pertanian Malaysia (MOA)... 



Lepas tu aku merayap kat booth Jabatan Perikanan... ada banyak jugak benda dan aktiviti menarik dalam booth ni... antaranya macam gambar kat bawah ni...

oh lupa nak kongsikan harga durian yang ada di pameran ni... harganya macam korang tengok kat bawah ni ye...

harga musang king

harga durian klon

harga durian kampun ~abang tu sibuk gak nak nyelit...hahaha



ada jugak buah dokong dan manggis RM5 sekilo...aku beli jugaklah manggis sekilo...sekelip mata je anak makan...haha...

datang kali kedua dah abis dah... :'(


dan lepas tu aku pun bergerak ke gerai lain yang ada situ...macam gerai nenas ni... eh gerai pulak...khemah la...hehehe... khemah untuk madu kelulut pun ada tau...

cantik kan nenas tu?

lebah terbesar di dunia... haha...


dan lepas tu aku menjelajah pulak kawasan jabatan aku bekerja sekarang ni... Jabatan Veterinar Malaysia... ok korang...kakak kawasan dah sampai ni...hehehe... di laman veterinar ni korang boleh dapat macam-macam produk oleh usahawan bimbingan jabatan macam kuih baulu, daging salai, puyuh dan ada jugak susu segar dan kambing bakar... 

model tak berbayar... 

antara aktiviti di Laman Veterinar


dari segi aktivitinya pulak ada bermacam aktiviti yang boleh korang dan keluarga  buat... ada aktiviti tunggang kuda, ada taman arnab, ada lembu liar jugak untuk korang tunggang... tapi bukan yang hidup dan real punya cuma yang dummy je...hehehe..jadiklah kan...

ada jugak pameran haiwan ternakan macam kambing dan lembu dari baka yang jarang sangat nak dapat kita jumpa... kat pameran macam ni la peluang dapat tengok baka rare macam ni...

maaf model menahan panas... huhuhu...


ok acara masih berlangsung sampai hari ni tau...nanti aku kongsikan lagi apa yang menarik kemudian ye...payah menaip sambil memangku hadi yang tidur dan dalam kereta yang bergerak ni... gigihnya seorang blogger ni kan....huhuhu...

p/s kami sebenarnya dalam perjalanan ke Road to Maha ni...kali ni aku gi dengan family pulak... line tak ok pulak ni..nanti aku update gambar..


Khamis, 25 Ogos 2016

Di sebalik kisah sup daging dan telur dadar

assalamualaikum semua,

ini lauk semalam...

lauk untuk makan malam



ada cerita di sebalik lauk ni...


kelmarin masa makan malam aku tak larat nak masak sebab baru balik dari Shah Alam... makanya shah tolong belikan nasi lemak dan lauk...


tapi tiba-tiba tengah makan abg long cakap, "ummi... esok boleh tak ummi masak telur yang macam kita makan hari tu?"


apa lagi yang boleh aku jawab?
"ye la nak...esok ummi masak ye..." jawab aku dengan rasa amat bersalah...


dan hari semalam aku masak lauk sup daging dan telur dadar yang abg long inginkan... nak tau apa reaksi anak-anak?

berulang kali anak-anak puji sedapnya masakan aku... rasa sangat terharu dan dihargai... walaupun anak tak tau sebenarnya aku dah kehabisan rempah sup di dapur dan akhirnya aku kisar sendiri rempah untuk sup ini yang aku juga berasa sangat kagum dengan usaha aku... hahaha...
nanti aku

itulah antara tanda kasih sayang seorang ibu dan isteri... hati sendiri terasa sangat puas melihat anak dan suami makan hasil tangan sendiri...

bukan susah pun nak gembirakan orang tersayang tapi kita selalu lupa kan?

p/s rasa jeles pulak dengan orang yang boleh naik heli...untunglah duduk jauh...huhuhu...



Sejarah MAHA, Road To MAHA Pahang dan Peraduan Selfie

assalamualaikum semua,

kali ni aku nak kongsikan pasal sejarah MAHA dan pertandingan yang berlangsung sempena MAHA 2016 tahun ni... ada yang perasan tak pasal pertandingan ni? ianya adalah pertandingan 'selfie' yang dianjurkan sempena program MAHA yang akan dianjurkan setiap dua tahun seperti sebelum ni...

MAHA 2016

Sejarah MAHA

apa dia program MAHA ni sebenarnya?  

MAHA atau nama penuhnya adalah Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show... MAHA bermula pada tahun 1922 lagi yang berasal dari nama persatuan Malayan Agri-Horticulture Association (MAHA) yang ditubuhkan pada bulan Oktober tahun yang sama... Tujuan utama penubuhan MAHA ini adalah untuk memberi tumpuan kepada sektor pertanian dalam menjana ekonomi negara dan menganjurkan pameran-pameran pertanian... MAHA pertama yang diadakan adalah pada 30 Jun hingga 2 Julai 1923 bertempat di Padang Kelab Lumba Kuda Selangor...

Pertunjukan MAHA ke-18 telah dilancarkan pada 2 Ogos 1947 di "Coronation Park" yang terletak di Kuala Lumpur pada ketika itu dipanggil "Coronation Park" oleh Gabenor Sir Edward Gent... dan kawasannya adalah di mana Stadium Merdeka terletak pada masa sekarang... ianya merupakan pameran pertanian terbesar selepas peperangan tamat dengan keluasan 8 ekar yang menempatkan 40 buah gerai pameran, menerima 75 000 pengunjung serta berlangsung sehingga 3 hari...

Kemudian pada tahun 1972, kerajaan telah mengisytiharkan pertunjukan MAHA digantikan dengan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) pada setiap tahun... dan HPPNK telah bermula pada tahun 1975 dengan semua ciri-ciri pameran untuk MAHA dikekalkan...

Pertunjukan MAHA kemudiannya diwujudkan kembali pada tahun 1999 dan namanya diubah kepada pameran Malaysian Agriculture, Horticulture, and Agrotourism (MAHA)... dan bermula pada tahun 2002, pertunjukkan diadakan 2 tahun sekali serta HPPNK disambut bersama dengan pameran antarabangsa MAHA...

dan bermula pada tahun 2008... Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) telah dijadikan lokasi tetap bagi acara ini setiap 2 tahun sekali... dan pada tahun ini akan berlangsung pertunjukan MAHA yang bertemakan "Our Food Our Future" di tempat yang sama...




kalau bagi aku pulak...pengalaman berkunjung ke pameran MAHA belum pernah lagi dirasai sepanjang MAHA bertukar ke destinasi sekarang ini... sebelum tu ada jugak aku sertai pameran MAHA ni samada sebagai urusetia kecil dan jugak pengunjung... dan menariknya  sempena pameran MAHA pada tahun ni akan diadakan pertandingan untuk 'selfie' atau 'wefie' bagi sesiapa je yang sudi memuatnaik gambar yang diambil ketika program 'Road to MAHA 2016' atau program 'MAHA 2016'...

pertandingan selfie @ wefie sempena MAHA 2016

dan yang lebih menariknya untuk warga PAHANG dan sekitarnya ialah pada hujung minggu ni ada program Road To MAHA 2016 bagi Negeri Pahang yang akan berlangsung di MARDI Cherating dari 26 Ogos hingga 28 Ogos 2016... jom la datang beramai-ramai... jangan lupa selfie dan hantar penyertaan tau...


p/s banyak betul benda nak cerita sampai tak tau nak tulis yang mana satu dulu...huhuhu

Rabu, 24 Ogos 2016

Pencapaian Malaysia di Olympic Rio 2016

assalamualaikum semua,

dah berakhir pun sukan jabatan kami di Shah Alam pada hari Isnin baru ni... tapi nanti la aku ceritakan dalam entri lain... entri kali ni nak memahat kenangan pada sukan dunia yang baru je berakhir pada Ahad 21 Ogos 2016 yang lepas... Sukan Olimpik 2016 kali ni pastinya meninggalkan berjuta kenangan sama seperti sukan-sukan olimpik sebelumnya di sepanjang penganjurannya di Brazil dari 5 Ogos 2016 sehingga berakhir pada 21 Ogos 2016 yang lalu...

Olympic Rio 2016


bagi aku sendiri yang merupakan seorang yang biasa dan bukanlah seorang peminat sukan yang tegar... sukan seperti ini sebenarnya memberikan kita semangat yang luar biasa... semangat kecintaan pada negara yang patut ditanam sampai bila-bila... walau di mana pun kita berada... semangat yang ditunjukkan oleh setiap atlet yang mewakili negara masing-masing jelas terserlah... masing-masing berusaha gigih untuk memastikan lagu kebangsaan negara mereka untuk berkumandang di arena sukan terkemuka ini...

sudah menjadi adat permainan... ada yang menang dan ada yang kalah... di sebaliknya juga ada kisah yang tersendiri... yang menang tersenyum puas... tapi yang kalah tentunya berazam akan terus bangkit untuk menang di kesempatan yang lain... semangat ini yang perlu kita kutip untuk terus berjuang dalam hidup biar apa jua halangan yang mendatang...

gambar di bawah ni merupakan pencapaian Malaysia dalam kedudukan keseluruhan negara yang bertanding... dan negara Malaysia menghantar 32 atlet untuk menyertai kejohanan ini... keseluruhan lebih 11 000 atlet dari 207 buah negara yang menyertai kejohanan ini secara keseluruhannya... melibatkan 28 jenis acara sukan dan diadakan di sekitar 33 tempat kejohanan yang berbeza...



dari segi pencapaian pingat yang diperolehi Malaysia... aku bukanlah orang sesuai yang patut membuat analisa... tapi harapan sebagai rakyat Malaysia akan terus mendoakan semoga suatu masa nanti akan adanya anak Malaysia yang berjaya membawa pulang sebutir emas berharga dari kejohanan ini... dan pada Olimpik 2016 sesungguhnya atlet Malaysia menunjukkan kebolehan untuk bersaing dengan negara yang tentunya lebih besar pencapaian mereka... bukan sahaja jauh besar saiz badannya dari atlet kita.... malahan jauh jugak pengalaman dan pencapaian yang mereka ada...



buat semua atlet Malaysia yang menyertai Olimpik Rio 2016... tahniah atas usaha yang anda semua tunjukkan... jangan mengalah dan teruslah berusaha... kami sentiasa di belakang menyokongmu...

rekod pencapaian Malaysia di Sukan Olimpik sehingga Olimpik Rio 2016 ~ harian metro
kat atas ni ada analisa yang dibuat oleh Harian Metro mengenai pencapaian negara Malaysia dalam Sukan Olimpik sehingga Olympic Rio 2016... nampak pencapaian memberangsangkan dari peningkatan pingat yang dimenangi sehinggalah ke acara yang dimenangi...

buat mereka yang masih pandang rendah pada atlet ini... sedarlah... ini bukan sukan sekolah-sekolah tau... ini sukan dunia... jadi untuk masuk saringan pun perlukan pencapaian yang bukan calang-calang... apa pun yang berlaku... semoga Malaysia terus berjaya menghasilkan atlet yang gemilang dalam bidangnya...


p/s semangat balik dari sukan ni lain macam... orang kata atlet negara tak sungguh2 main pun aku pulak yang sensitif... hahaha....

Rabu, 17 Ogos 2016

Batu Seremban

assalamualaikum semua,

hari ni aku nak share pasal permainan tradisi ni... sebenarnya aku agak teruja nak kongsikan yang aku akan sertai sukan jabatan dalam permainan batu seremban ni... karang mesti ada yang nak tanya kenapa mesti batu seremban? kenapa bukan badminton ke? bola jaring ke? atau apa-apa yang lain yang lagi memerlukan fizikal kan? sebelum aku jawab aku tunjuk dulu gambar batu seremban yang cantik ni haaa...

batu seremban -google

gambar ihsan google


sebenarnya... kalau korang dah mula cakap macam apa yang aku tulis kat atas tadi... makanya korang tergolong dah dalam orang yang sebenarnya tak berapa tau apa sebenarnya permainan batu seremban ni.... tau tak korang sebenarnya permainan batu seremban ni sebenarnya adalah permainan yang menguji mental dan fizikal korang tau ... lagi hebat dari permainan catur... kalau catur korang cuma perlukan otak yang pandai mengatur gerak langkah manakala dalam batu seremban korang bukan sahaja perlu bijak mengatur langkah... korang perlu jugak bijak mengawal emosi supaya tidak menganggu geraklangkah...

mesti korang pelik kan....macamana la aku boleh terjoin pulak dengan sukan jenis macam ni agaknya... memula asalnya aku join sebab nak cukupkan korum kumpulan yang ada untuk pasukan layak bertanding... cuba-cuba la masuk dalam ujian saringan... alhamdulillah terpilih walaupun main agak ke laut jugak.... serius tau aku main memang macam laut ada pasang surutnya... huhuhu... 

namun di atas bimbingan pengurus pasukan yang sangat tak jemu melatih dan memberi semangat aku rasa semangat tu datang sendiri tapi bila memikir gemuruhnya bila di depan orang ramai nanti terus macam ada rasa nak tarik diri la pulak... hahaha... ada dua jenis batu yang aku tunjukkan kat atas tu kan? yang kami guna yang gambar memula tu... susah ko nak timbang kat tangan comel aku ni haa... asyik berterabur je...



tepi longkang pun jadik ko... hahaha...


apa pun terjadi kami akan cuba yang terbaik... lebih tertekan lagi memandangkan piala pusingan bagi juara ditaja oleh Pengarah DVS Pahang la pulak... tentulah dia nak piala tu balik ke Negeri Pahang dulu kan.... huhuhu... stress...

untuk info korang sukan ni bermula dari 19-23 Ogos ni di Shah Alam... blogger Eintan Nurfuzie pun ada sama tau... orang-orang hebat ni... mengeletar lutut kita awak.... psssstttt tolong doakan kami ek....


p/s hp saya rosak...whatsapp tak available ye... huwaaa..hp ganti  ni kamera pun tak boleh guna...