Logo KBBA

Ahad, 7 Ogos 2016

Balik kampung dan dilema

assalamualaikum semua,

hari rabu lepas kami dapat berita pasal rawatan susulan abah di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru... yang ni aku taknak ulas lanjut pasal tuan punya badan belum bagi keizinan untuk kami bercerita dengan sesiapa pun... cuma harap sangat doa kalian agar semuanya berjalan lancar... cukuplah untuk kalian tau yang kesihatan abah agak sulit untuk diceritakan tetapi ianya serius... 

balik kampung

atau


kenduri?


bila kami tau je pasal rawatan abah hati dah mula berbelah bagi...sebabnya di awal perancangan akan ada jemputan kenduri kahwin di Terengganu pada hari Sabtu dan pada hari Isnin, shah dah janji nak hantar emak dia ambik borang di Pejabat Agama Islam di Pekan... aku terus tak berani nak suarakan hasrat nak balik jumpa abah sebelum rawatan dimulakan... antara rasa serba salah, rasa sayang... sampai tak tentu rasanya... bila along whatsapp dalam whatsapp family tu aku terus respon alhamdulillah... sebab tau rawatan abah dapat dipercepatkan... tapi dalam masa yang sama terus rasa bersalah tu muncul... 

kalau ikutkan kami kena bawak mak shah naik kereta kami untuk pergi dan balik hari je ke kenduri tu... ada sebuah lagi kereta dah ambik keputusan nak tidur di sana... kami sebenarnya aku sendiri agak tak selesa nak tidur di rumah orang masa menyusukan anak ni... orang yang menyusukan je rasa apa aku rasa... duduk di kalangan orang asing dan kemungkinan untuk ko tidur merata-rata tu ada dan kemudian ko menyusukan anak? hmmmm... fikirkan la sendiri...

dan bila plan berubah... aku terus whatsapp shah... shah tak balas... hmmm... dalam hati dah macam nak pecah... hati nak sangat jumpa abah... abiskan masa dengan abah sebelum rawatan... dan selepas hari rawatan tu untuk pantau keadaan abah.... tapi....

bila dah petang, aku tanya shah masa balik... shah kata balik la... risau jadi apa-apa... dan kami terpaksa batalkan semua plan dengan mak shah yang mana akan jejaskan ramai orang sebenarnya... nak buat macamana kan... ini persoalan nyawa... kalau korang apa penyelesaian yang akan korang ambik?

dan kami balik pada hari Jumaat malam Sabtu dengan bermacam halangan... akhirnya kami sampai rumah mak jam 4.30 pagi Sabtu... menduga betul... rawatan abah dijadualkan pada hari Ahad... dan Sabtu kena masuk wad... kalau ikut hati aku memang nak ikut hantar... tapi abah kata... "angah nak ikut ke? tak payah la... pagi tadi baru sampai penat pun tak abis lagi... biarlah along je yang hantar... angah datang esoklah..."

aku pun setuju... biarlah shah rehat sekejap... kami pergi hari Ahad sebelum abah buat rawatan... rupanya keadaan abah tak mengizinkan untuk rawatan selanjutnya... kena masukkan darah sampai 2 beg untuk stabilkan bacaan Hb (hemoglobin) dalam badan abah... apa-apa plan kena tengok keadaan abah lepas tu....

ok.... aku tak dapat sambung pasal rawatan abah... cukup setakat ini... cuma apa yang aku nak tekankan... dalam rumahtangga kita kadangkala yang menjadikannya bergolak bukannya suami atau isteri tu sendiri tetapi orang di sekelilingnya... dan sepanjang 10 tahun melayari rumahtangga sebagai seorang isteri aku masih dalam tempoh untuk belajar memahami... 

buat suamiku sayang... Abg... terima kasih atas pertimbangan baik dan tolak ansur yang selalu abg berikan buat ita... tak terbalas rasanya budi baik abg... terima kasih banyak-banyak bang... semoga Allah perkuatkan jodoh kita untuk menghadapi segala dugaan mendatang....


p/s rabu dan khamis ni ada audit dari DSM... lemah dah lutut.. selalu ujian datang bertimpa-timpa.. semoga ita terus kuat...
Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: