Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 11 Ogos 2016

Persijilan ISO 17025 dan cabaran

assalamualaikum semua, 

alhamdulillah dah masuk hari kedua dan dah selesai perjalanan proses audit bagi penyambungan sijil ISO 17025 bagi makmal tempat kami bertugas ni... untuk sesiapa yang belum tau apa itu ISO 17025, meh aku nak terangkan sikit...

sijil
sijil ISO 17025


ISO 17025 atau nama penuhnya ISO/IEC 17025:2005 ni sebenarnya satu pengikhtirafan melalui persijilan bagi badan yang telah memenuhi keperluan atau kriteria tertentu serta menunjukkan kepakaran dalam menjalankan ujian atau kalibrasi.... haaa... formal betul ayat aku kan... hehehe... tapi itulah dia ISO 17025...

kronologi persijilan ISO 17025 di makmal kami di sebenarnya bermula sudah agak lama... dari awal tahun 2000 rasanya... idea untuk memastikan semua makmal dalam jabatan berjaya memiliki pengikhtirafan ni pun aku tak pasti siapa yang mulakan... yang pastinya pada masa tu Makmal Veterinar Petaling Jaya dah mula mengorak langkah dan berjaya mendapat persijilan yang pertama bagi makmal veterinar... sesuatu yang amat dibanggakan pada masa tu...

dan di Makmal Veterinar Kawasan Kuantan pulak kerja-kerja perlaksanaan mula diperkemaskan di bawah pimpinan seorang pengarah kami yang berkaliber... dan sangat bekerja keras memastikan ianya berjaya... Dr Kamaliah Ghazali bersama-sama pengurus kualiti ketika itu, Dr Rohaya Harun... mereka akhirnya berjaya merealisasikan kesemua dokumen untuk dimajukan kepada Jabatan Standard Malaysia bagi permulaan segalanya....

dan aku sendiri mula mengambil tanggungjawab hanya sebagai ketua seksyen pada permulaan proses... pada masa tu aku masih jadi ketua seksyen bakteriologi... dan bermula pada tahun 2010, berlaku tragedi yang tidak disangka-sangka yang mana pengurus kualiti sedia ada ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang ketika itu... aku tiba-tiba dilantik menjadi pengurus kualiti dalam sekelip mata... rasa nak terduduk pun ada... berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul... 

dengan ilmu yang amat cetek, aku gagahkan jugak memikul tanggungjawab yang tak terjangka... dan pada tahun yang sama jugak merupakan tahun penilaian dari Jabatan Standard Malaysia... gigil lutut jangan cakap la... Tuhan je yang tau... mana pernah aku ada pengalaman berhadapan situasi macam ni.... nak taknak kena kuatkan hati dan ambik sebagai pengalaman dan cabaran dalam kerjaya....

tambah diuji lagi pada tahun tu sebenarnya aku tengah sarat mengandungkan abg ngah... bulan april audit dijalankan dan abg ngah lahir bulan mei... awal sepuluh hari dari tarikh jangkaan... ada aku ceritakan di Kelahiran... tapi serius tahun 2010 memang tahun yang sangat-sangat mencabar bagi aku... namun alhamdulillah... tahun tu banyak mengajar aku erti berdiri atas kaki sendiri dan belajar untuk lebih bertoleransi dengan orang dan tentunya belajar untuk memahami erti bekerjasama dalam satu pasukan... bukan itu saja banyak lagi perkara yang kau akan belajar bila terpaksa menghadapi segalanya sendiri... 

aku akui tanpa kekuatan pasukan yang sama-sama bergerak untuk membantu ketika itu memang segalanya mustahil... terima kasih kepada semua staf terutama Fatiah yang banyak membantu sebagai document controller... juga staf-staf di seksyen bakteriologi, parasitologi dan virologi... Khadijah... Kak Gayah... En Wan... En Kamarudddin... tak lupa jugak staf sokongan di seksyen lain... Kak Min... En Sahak... En Asri... En Sudin... En Badawi.... Solihah... En Nasa... En Halimi... dan semua la ketika itu yang mungkin tak tersebut namannya... tanpa kalian siapalah aku ketika itu... terima kasih banyak-banyak atas semua sokongan dan maaf jika ada ayat yang tak mungkin tak sedap didengar dari mula aku masa tu.... maklumlah kan.... bila terpaksa memegang jawatan pengurus kualiti dan pada masa yang sama tiada timbalan... jugak pada masa yang sama jugak terpaksa menggalas dua lagi jawatan sebagai ketua seksyen pada masa tu... seksyen virologi dan juga bakteriologi... 

kebetulan pulak waktu audit tahun 2010 tu pengarah kami terpaksa menghadiri bengkel di Korea ketika itu... aku pulak yang terima berita dia kena pergi bengkel macam rasa nak terus ambik cuti bersalin... aduhai dugaan betul... kena turun naik tangga dalam keadaan sarat mengandung 38 minggu .... ko rasa? huhuhu... tapi macam tak serik nampaknya... setahun kemudian perkara yang sama berulang ada sesi audit pada bulan ogos dan kakak husna lahir pada bulan disember.... hehehe... betul tak serik ek?

alhamdulillah... tahun ni merupakan tahun ke 6 kami memiliki sijil kebanggaan ramai ni... syukur... dan dengan perjalanan audit yang agak lancar dua hari lepas dan jumlah noncompliance yang agak sikit dan mudah untuk kami jawab... syukur Ya Allah... semoga perjalanan akan datang akan lebih mudah... insyaAllah... amin... terima kasih jugak untuk semua yang menjayakannya selama dua hari ni... jasamu sentiasa dikenang... nanti kita repair mana yang tak ok ye...

setelah 6 tahun... banyak yang kami perlu perbaiki dan belajar... dan banyak jugak perkara yang kami perlu tambah... setiap hari adalah hari untuk menambah ilmu... dan syukur lagi Allah kelilingkan kami dengan semua orang yang sangat membantu... membantu untuk kami berkembang menjadi makmal yang lebih baik.... selalu terpahat di fikiran aku... makmal yang terbaik dan makmal yang tersenarai dalam senarai Makmal OIE bukanlah makmal yang mempunyai kemudahan yang sangat hebat tapi kepakaran merekalah yang menentukan mereka adalah yang terbaik....


p/s rawatan abah dah selesai untuk minggu ni... alhamdulillah abah boleh balik bercuti sekejap... bersambung rawatan ke minggu depan... tolong doakan abah jugak ye kawan-kawan... terima kasih :)

Cerita menarik lain