Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 1 Ogos 2016

Respon dari Drypers Malaysia

assalamualaikum semua,

ya Allah... lamanya tak menulis... dah jadi tak tau nak mula dari mana pulak ni... dan hari ni mula simpan azam balik.. nak update blog setiap hari... doakan ye... moga kuat semangat aku lepas ni...

sebenarnya kali ni nak cerita pasal respon yang diterima dari kes Kualiti Drypers makin teruk sebelum ni... alhamdulillah setelah orang kecoh-kecoh di page Drypers Malaysia sebelum ni tentang kualiti drypers sebelum ni makanya Drypers dah mula mengambil maklum dan mula bagi maklumbalas sepatutnya seperti yang diharapkan oleh pelanggan... dan Drypers jugak dah mengaku silap yang berlaku di pihak mereka sendiri... meh baca apa yang Drypers tulis di wall page mereka sebelum ni...

permohonan maaf dari Drypers
permohonan maaf dari Drypers


dan aku pun dengan rajinnya laju je la mengisi borang aduan yang telah diberikan melalui link yang ada dalam post Drypers hari tu... dah lama jugak rasanya aku isi.. rasanya dalam 19/7 rasanya... dan pagi ni aku dapat mesej berbunyi... 

Salam mesra Mommies & Daddies sekalian, terima kasih atas maklumbalas anda, Penghantaran pek Drypers Wee Wee Dry terbaharu dalam proses dan dijangka akan sampai ke alamat anda dalam masa 5 hari.

wah... terkejut pulak bila dapat mesej macam ni... walau pun dulu memang pernah komplen pasal drypers yang husna pakai dan ada allergik pun dilayan macam ni jugak tau... tapi terkejut la jugak sebab kali ni melibatkan jumlah yang agak besar jugak buat Dryper Malaysia ni... harapnya pengorbanan mereka ni berbaloi la hendaknya... ini baru betul menghargai pelanggan kan...?

dan yang menjadikan aku lagi terkejut ialah... pek yang dimaksudkan tu rupanya dah sampai tau... hahaha... gumbira rasa... dapat la cover kurangkan belanja duit lampin pakai buang adik hadi bulan ni... alhamdulillah.. rezeki...

bungkusan yang sampai tadi



dan dikepilkan sama adalah sampel Drypers Touch yang mahal sekali tu tau... huhu...memang rasa rezeki betul la....

ada Drypers Touch sekali tu... terharu..

bersama tu ada jugak surat permohonan maaf dari Dryper Malaysia dan permintaan untuk mencuba dan bagi maklumbalas dalam seminggu lagi... insyaAllah kami cuba ok.. terima kasih la bebanyak... 

dan disebabkan hati ada sikit gumbira sekarang ni... apa kata balik ni kita cuba buat kek... hehehe.. (impian je tu)

p/s sana-sini orang asyik la tunjuk durian je... stress tau... huwaaa...
Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Putera Helmei berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alhamdulillah masih ngam dgn drypers.. Anak saya dh tak blh.. Allergic sikit..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kami dah tukar sebelum ni sbb kualiti yang kurang, sebelum ni anak no 3 pun ada allergik tapi bila kami beritahu drypers dan ditukar pek baru alhamdulillah ok..

Haha berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cerita kelakar