Logo KBBA

Khamis, 25 Ogos 2016

Sejarah MAHA, Road To MAHA Pahang dan Peraduan Selfie

assalamualaikum semua,

kali ni aku nak kongsikan pasal sejarah MAHA dan pertandingan yang berlangsung sempena MAHA 2016 tahun ni... ada yang perasan tak pasal pertandingan ni? ianya adalah pertandingan 'selfie' yang dianjurkan sempena program MAHA yang akan dianjurkan setiap dua tahun seperti sebelum ni...

MAHA 2016

Sejarah MAHA

apa dia program MAHA ni sebenarnya?  

MAHA atau nama penuhnya adalah Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show... MAHA bermula pada tahun 1922 lagi yang berasal dari nama persatuan Malayan Agri-Horticulture Association (MAHA) yang ditubuhkan pada bulan Oktober tahun yang sama... Tujuan utama penubuhan MAHA ini adalah untuk memberi tumpuan kepada sektor pertanian dalam menjana ekonomi negara dan menganjurkan pameran-pameran pertanian... MAHA pertama yang diadakan adalah pada 30 Jun hingga 2 Julai 1923 bertempat di Padang Kelab Lumba Kuda Selangor...

Pertunjukan MAHA ke-18 telah dilancarkan pada 2 Ogos 1947 di "Coronation Park" yang terletak di Kuala Lumpur pada ketika itu dipanggil "Coronation Park" oleh Gabenor Sir Edward Gent... dan kawasannya adalah di mana Stadium Merdeka terletak pada masa sekarang... ianya merupakan pameran pertanian terbesar selepas peperangan tamat dengan keluasan 8 ekar yang menempatkan 40 buah gerai pameran, menerima 75 000 pengunjung serta berlangsung sehingga 3 hari...

Kemudian pada tahun 1972, kerajaan telah mengisytiharkan pertunjukan MAHA digantikan dengan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) pada setiap tahun... dan HPPNK telah bermula pada tahun 1975 dengan semua ciri-ciri pameran untuk MAHA dikekalkan...

Pertunjukan MAHA kemudiannya diwujudkan kembali pada tahun 1999 dan namanya diubah kepada pameran Malaysian Agriculture, Horticulture, and Agrotourism (MAHA)... dan bermula pada tahun 2002, pertunjukkan diadakan 2 tahun sekali serta HPPNK disambut bersama dengan pameran antarabangsa MAHA...

dan bermula pada tahun 2008... Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) telah dijadikan lokasi tetap bagi acara ini setiap 2 tahun sekali... dan pada tahun ini akan berlangsung pertunjukan MAHA yang bertemakan "Our Food Our Future" di tempat yang sama...




kalau bagi aku pulak...pengalaman berkunjung ke pameran MAHA belum pernah lagi dirasai sepanjang MAHA bertukar ke destinasi sekarang ini... sebelum tu ada jugak aku sertai pameran MAHA ni samada sebagai urusetia kecil dan jugak pengunjung... dan menariknya  sempena pameran MAHA pada tahun ni akan diadakan pertandingan untuk 'selfie' atau 'wefie' bagi sesiapa je yang sudi memuatnaik gambar yang diambil ketika program 'Road to MAHA 2016' atau program 'MAHA 2016'...

pertandingan selfie @ wefie sempena MAHA 2016

dan yang lebih menariknya untuk warga PAHANG dan sekitarnya ialah pada hujung minggu ni ada program Road To MAHA 2016 bagi Negeri Pahang yang akan berlangsung di MARDI Cherating dari 26 Ogos hingga 28 Ogos 2016... jom la datang beramai-ramai... jangan lupa selfie dan hantar penyertaan tau...


p/s banyak betul benda nak cerita sampai tak tau nak tulis yang mana satu dulu...huhuhu
Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

Jueliza Jamani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam perkenalan dr saya..