Logo KBBA

Khamis, 29 September 2016

Sesuai ke menonton filem ni untuk kanak-kanak?

assalamualaikum semua,

hari ni aku nak kongsikan sesuatu dengan semua pembaca Cerita Ita.. tentang bagaimana kita nak tentukan samaada filem yang kita nak tonton di mana-mana pawagam atau di televisyen tu sesuai untuk kanak-kanak atau pun tidak... bukan sahaja di tv atau di panggung wayang... korang boleh jugak pastikan semua benda termasuk buku, vcd atau video, youtube, blog, filem, application atau aplikasi yang korang donwload untuk anak-anak tu sesuai atau tidak untuk kanak-kanak... ini merupakan satu langkah yang sangat penting untuk ibubapa tau... 

filem untuk kanak-kanak
menonton filem sesuai untuk kanak-kanak?


kalau aku memang dah lama la aku praktiskan benda ni... sejak dari awal aku nak cuba bawak anak-anak kami ke wayang terutama anak-anak yang berumur di bawah 6 tahun... sangat-sangat kritikal penapisan yang aku buat ni... dan sekarang aku nak kongsikan pulak dengan korang semua...

COMMONSENSE





korang pernah dengar tak pasal Commonsense? kalau ada yang pernah dengar tu syukur alhamdulillah... maknanya korang memang sangat mengambilberat tentang pembesaran anak-anak ke arah yang lebih positif... tapi kalau yang tak pernah dengar atau baru ni la dengar jangan risau tau... belum terlambat lagi nak tau sebenarnya... hidup kita memang selamanya dalam proses pembelajaran... sama ada kita nak atau tidak... meh kita baca lanjut Commonsense yang aku cerita ni apa sebenarnya...

sebenarnya Commonsense ni adalah sebuah laman web yang dibangunkan khas untuk membantu ibubapa yang perlu melakukan pemantau pada setiap perkara dan benda yang kita berikan pada anak-anak kita... terutamanya dengan adanya kemajuan teknologi yang amat mudah diperolehi di sana sini... susah nak bendung apa yang anak tengok dan terima hari-hari tanpa ada penapisan dan pemantauan dari ibubapa... dan pada aku Commonsense ni sangat la membantu...
muka utama laman commonsense



apa yang ada pada commonsense ni adalah adanya review tentang filem, buku, rancangan tv, applikasi, laman web serta permainan yang sesuai bagi kanak-kanak... 


semua kategori yang dibuat pemantauan di Commonsense

dan yang aku suka dia bukan saja berkongsi apa yang sesuai atau tidak... laman ni jugak berkongsi setiap elemen yang penting bagi ibubapa untuk buat penilaian... macam aku buat sebelum tengok Movie Storks sebelum ni... aku akan tengok dulu sama ada sesuai atau tidak... antara elemen atau ciri-ciri penting yang aku cari atau tengok adalah unsur sex tu ada tak dalam filem tu... dan jugak ada tak filem tu ajar unsur-unsur negatif pada kanak-kanak... haaa... macam ulasan sebelum ni kat dalam entry Filem Storks... dan macam kat bawah ni... ulasan untuk 2 filem berbeza.. The Magnificent Seven dan Pete' Dragon... 


the magnificient seven review


the magnificient seven

Pete's Dragon (2016) review



Pete's Dragon


senarai filem untuk rujukan biasanya aku tengok pada filem yang hangat ditayangkan di pawagam pada waktu tu... macam minggu ni cerita yang hot adalah macam senarai dalam gambar  di bawah ni... 

disebabkan cuma ada Golden Screen Cinemas je kat Kuantan ni.. ni je la aku cari



dan setiap kali kita nak tonton wayang dan ada melibatkan kanak-kanak terutama anak kecil macam anak kami ni tentunya kami akan pilih cerita yang ada ditandakan dengan unsur ini... Great for families!


lulus!


sesungguhnya pada aku ianya sangat-sangat membantu... bukan tu je ada jugak disediakan panduan untuk ibubapa melalui blog yang ada dalam link web ni... sangat-sangat bagus penulisannya.. tak rugi kalau membaca pun...

cuma satu je aku rasakan kekurangan pada laman web Commonsense ni ialah mereka cuma buat review semua benda yang ada di kawasan mereka sahaja atau lebih tepat lagi yang dikeluarkan di negara mereka je... atau lebih tepat yang berkisar di Amerika je la... sebabnya aku ada jugak cuba cari review tentang Filem Train to Busan.. nak tau jugak filem Train to Busan ni sesuai ke untuk kanak-kanak kan? dan bila aku cuba cari... ini hasilnya...  tiada dalam data carian... huhu...

Train to Busan ~ tiada dalam carian.. huhu



mungkin pada pendapat aku adalah lebih baik jika laman web seperti ni ada di dalam negara kita... dan dibangunkan oleh anak tempatan kita... jauh bagus kan? haaa... untuk korang yang pakar pasal komputer dan IT inilah masanya untuk korang cari income lebih... aku bagi jalan je la...

dan untuk ibubapa lain yang ada pemikiran yang sama macam aku eloklah korang check apa yang anak-anak korang baca, tengok dan main untuk tau betul ke semua tu sesuai untuk kanak-kanak di 

COMMONSENSE 

Cerita menarik lain

12 Luahan Ikhlas:

Jamil Hashim berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

https://belogs.blogspot.my/ singgah dari Segmen Nak URL Blog #26

Maria Firdz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nice info.. kena guna juga sebab mmg kaki movie.. dan anak2 suka tengok movie..

Mia Liana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kena ambik berat juga hal2 macam ni...

pssttt.. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #26

Senarai peserta telah di update di http://www.mialiana.com/2016/10/senarai-url-blog-26.html

- Mia Liana -

Cikgu Norazimah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Good info, br tau akan website ni, biasanya cn mmg akan tapis dulu apa yg sesuai utk anak2 cn

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam kenal.. jamil :)

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ya.. bagus sgt web ni untuk rujukan...

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tq mia sudi drop by jugak..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tq CN.. ibubapa yg prihatin akan cari yg terbaik untuk anak-anak..

Kakzakie Purvit berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sepatutnya memang ibubapa kena cakna hal-hal begini
Apa lagi sekarang macam-macam website ujud. Google aje dpt access.

Saidila Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

oooo bagus gak nih...biasanya tunggu review jer dari kawan2 pasal filem yang anak2 nak tengok....kalau ok dan sesuai takder unsur tak elok walaupun kartun baru boleh bagi anak layan....kalau tak memang kena guide....

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dah lama tak guna perkataan cakna tu kak..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yup... tapi kali ni boleh check dulu kat commonsense ye dila