Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 27 September 2016

Dapat beli Drypers Murah!

assalamualaikum semua,

sejak semalam semua kedai online berlumba-lumba membuat promosi jualan online.. sibuk hashtag #mycybersale 2016 di sana sini... dan aku pun tak lepaskan peluang jugak nak cari barang keperluan yang penting untuk anak-anak.. dan yang paling penting selalu aku tengok adalah promosi untuk Drypers dan Susu Dutch Lady la kan...

Drypers murah dari LAZADA


disebabkan tu aku laju je la klik web LAZADA untuk dapatkan harga promosi untuk Drypers dan susu Dutch Lady... kalau Drypers tu memang berbaloi sangat beli.. tapi kalau susu disebabkan ada bayaran penghantaran maknanya tak berbaloi sangat nak dibeli... dan akhirnya aku pun beli Drypers yang berharga RM89 je la untuk adik Hadi.. cukup la untuk cover sebulan lebih tu...huhu.. alhamdulillah.. rezeki jugak bila dapat barang murah ni... lagi rezeki kalau dpat yang percuma ye tak?

dan petang semalam aku dapat mesej dari LAZADA katanya barang aku dah berjaya dihantar melalui poslaju... dan aku jangkakan dapat la barang tu hari ni... poslaju la katanya kan?

nak tau apa jadi? barang aku masih tak sampai tau... dan paling menambah rasa tak best ialah aku iklan kat kawan-kawan pejabat ni dan ada kawan pejabat yang sama beli jugak selepas aku beli... boleh diorang pulak yang dapat dulu... ko rasa? sama tau guna poslaju jugak...

dan tadi aku pun check dekat sistem dia kat mana barang tu sekarang... cuba korang tengok ni... pelik kan? sampai kat Kuantan sampai 2 kali... adeh... apa la masalah diorang ni sebenarnya ntah... 

rekod poslaju yang lambat



tadi petang aku cuba la telefon Poslaju Kuantan tanya dia mana bungkusan aku pergi tau... diorang jawab mungkin barang aku di hantar ke Poslaju yang berdekatan... aku tanya mana... dia jawab mungkin Gambang... aduhai.. mengarut la kan... aku letak poskod 25100 tu... poskod bandar Kuantan tu... yang tersesat ke Gambang kenapa pulak? pastu staf tu kata esok je la baru boleh check sebab Poslaju Gambang tak update lagi ni... aku kata kalau dapat esok maknanya poslambat la namanya... bukan poslaju lagi... tau apa dia jawab? terpulang pada puan la... hmmm...maknanya esok je la kita tengok jawabnya... 
Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: