Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 16 September 2016

Fenomena Awan Arcus di Kuantan

assalamualaikum semua,

kelmarin aku ada cerita pasal fenomena awan pelik yang muncul di Kuantan baru-baru ni kan? ada satu komen yang melintas masa aku cari info gambar untuk entri pasal awan tu baru ni... orang tu komen pasal awan arcus... serius aku memang tak pernah dengar... macam pelik bunyinya... terus aku cari info pasal awan ni... dan jawapannya...

awan arcus ~ gambar dari google

APA ITU AWAN ARCUS?


Awan arcus adalah formasi awan yang rendah dan melintang. Ada 2 jenis awan arcus ni sebenarnya.. Jenis berlandas atau dikenali sebagai Shelf Clouds yang biasanya dikaitkan dengan penghujung tepi satu ribut. dan satu jenis lagi ialah jenis bergulung atau dipanggil Roll Clouds yang biasanya dikaitkan dengan udara sejuk dari laut yang tidak hadir bersama ribut.

ni gambar dari airport kuantan

ni gambar dari atas jambatan tanjung lumpur

ni gambar di sungai isap.. awan tu atas pencawang elektrik di sg isap
di gambar dari bukit rangin kuantan

ni gambar dari berdekatan dengan pencawang Sg Isap... nampak jelas dari sini kan?


dan yang ada di Kuantan hari khamis lepas dipercayai awan arcus jenis berlandas (Shelf Clouds) kerana ada ribut datang bersekali yang melanda di sekitar bandar Kuantan ketika fenomena itu berlaku... bawah ni gambar yang dikongsikan oleh warga kuantan dalam facebook... katanya gerai di hadapan Maybank Kuantan...







dan yang paling mengejutkan fenomena ni disusuli pulak dengan kehadiran hujan air batu di kawasan berdekatan rumah mak mertua aku di Kg Batu 8 Lepar, Banjir, Kg. Sri Gemuruh , Pekan dan kawasan lain di sekitar kawasan ni malam Rabu baru ni... teruk jugak rumah mak dipukul ribut... abis tertanggal bumbung rumah...

gambar hujan air batu yang sepupu shah hantar

kerosakan pada bumbung rumah mak shah

kerosakan pada bumbung rumah mak shah ~bumbung rumah tengah


banjir dalam rumah mak shah semalam.. tak tau nak takung mana lagi dah..

alhamdulillah pihak yang bertanggungjawab dah datang tengok dan menghulurkan sumbangan untuk membantu keluarga kami... terima kasih diucapkan pada yang berkenaan...

أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ يُزۡجِى سَحَابً۬ا ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَيۡنَهُ ۥ ثُمَّ يَجۡعَلُهُ ۥ رُكَامً۬ا فَتَرَى ٱلۡوَدۡقَ يَخۡرُجُ مِنۡ خِلَـٰلِهِۦ وَيُنَزِّلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مِن جِبَالٍ۬ فِيہَا مِنۢ بَرَدٍ۬ فَيُصِيبُ بِهِۦ مَن يَشَآءُ وَيَصۡرِفُهُ ۥ عَن مَّن يَشَآءُ‌ۖ يَكَادُ سَنَا بَرۡقِهِۦ يَذۡهَبُ بِٱلۡأَبۡصَـٰرِ 
(43) Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.
maksud Ayat 43 Surah An Nur 

p/s hari ni kami bergerak ke johor jom semua! doakan kami selamat ye...

Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: