Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 13 September 2016

Himpunan gambar awan pelik di Kuantan 8 September 2016

assalamualaikum semua,

sejak malam jumaat lepas heboh satu kuantan dan satu malaysia aku kira pasal fenomena awan pelik yang melanda Kuantan pada petang hari Khamis, 8 September 2016 yang lepas... kebetulan hari tu pulak merupakan hari lahir Shah... kami balik petang tu memang menghala ke Indera Sempurna dan Sungai Isap yang mana berlakunya fenomana yang dianggap pelik dan ganjil oleh ramai orang...


awan pelik di Kuantan

sebenarnya aku sendiri tak tau pasal awan pelik ni... sebabnya masa balik tu kami memang tempuh hujan dan angin yang agak kuat... dan kami cuma terkejar-kejar nak balik cepat sebab taknak rasa susah mengambil anak dalam hujan lebat... sampaikan kami tak sedar apa pun yang berlaku di atas kami masa tu... kalau la sesuatu tu berlaku dan dalam kami tak sedar... nauzubillahimindzalik... mintak dijauhkanlah... sentiasa berdoa diselamatkan dari apa jua bencana ketika kami berada di dalam dan di luar kenderaan... 

ada komen dari rakan-rakan sekerja... katanya pada mula awan pelik tu muncul... gambarannya amat cantik...  tak terluah cantiknya... "macam rupa pokok nak bercambah naik...cantik", kata seorang rakan...beliau pulang apda jam 4.30 petang di hari kejadian...

ada komen berbeza pulak dari kawan di kawasan kejiranan tempat kami tinggal ni... "menakutkan rupa awan petang tadi", ini komen seorang jiran yang melihat gambar yang dihantar jiran lain... dan katanya awan yang sama pernah muncul di Teluk Intan satu ketika dulu...

dan aku dengan gigihnya kemudian tu mengumpulkan semua gambar yang dikongsikan di whatsapp dan facebook rakan-rakan sekitar Kuantan ni... semoga ianya memberi manfaat dan sentiasa memberi kita peringatan yang baik dariNya...insyaAllah...

macam rupa tsunami pun ada kan?









katanya dari menara Tabung Haji Kuantan






ini paling cantik... tapi aku tak pastilah edit ke tak



dan di bawah ni adalah gambar yang dikongsikan di taman kejiranan tempat tinggal kami.... SubhanAllah...




Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: