Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 6 September 2016

Jadual Imunisasi bagi Bayi di Malaysia

assalamualaikum semua,

mesti pelik kan tetiba je aku melalut nak cerita pasal jadual imunisasi atau yang biasa kita panggil jadual vaksin untuk semua bayi yang lahir di Malaysia... sebenarnya sebab baru je lepas hantar adik hadi untuk vaksin terakhir untuk umur 24 bulan semalam... hehehe

kalau diikutkan semua bayi di Malaysia perlu menjalani vaksinasi untuk memberi perlindungan yang diperlukan oleh bayi sepanjang hayatnya dari penyakit cegahan vaksin... namun ada juga pihak yang tak mau mengambil suntikan vaksin sebagai pencegahan kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan... dalam hal ni aku tak mau ulas panjang kerana semua orang berhak buat keputusan terbaik untuk anak mereka... 

macam hadi semalam.. haha  ~ sumber google


untuk aku sendiri, anak-anak aku memang aku hantar untuk mengikuti program imunisasi atau vaksinasi ni sejak lahir lagi... aku percaya dengan dengan kita berusaha memberi vaksin semoga Allah jauhkan penyakit yang tidak diingini... dan sejak dari abg long kecik sampai la kali terakhir semalam untuk adik hadi memang jadi ruti kami berulang untuk ke klinik berdekatan dengan rumah untuk ambik vaksin mengikut jadual... alhamdulillah anak kami tak tunjuk sebarang reaksi negatif terhadap vaksin setakat ni...  

sebelum ni masa abg long dan abg ngah kecik sampai la ke kakak husna... jadual vaksin agak sedikit berbeza... kami perlu hantar anak untuk 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan, 5 bulan, 6 bulan, 1 tahun dan 1 tahun setengah.... tapi semalam kami dapat info lain bagi jadual vaksin yang baru... haa... benda ni yang aku nak kongsikan sebenarnya kat korang...


jadual imunisasi lama


kalau sebelum ni jadual imunisasi adalah macam jadual kat atas ni... jadual ni diteruskan sehinggalah bermula dari bulan Julai 2015 jadual mula bertukar pada yang bawah ni...

jadual vaksin malaysia
jadual imunisasi bayi malaysia baru
kalau korang perhatikan jadual ni nampak macam sama jadi aku cuba untuk tandakan yang mana satu yang telah ada perubahan... yang aku bulatkan dengan tanda love biru tu adalah dose tambahan dan ada pertukaran pada vaksin untuk umur 18 bulan yang dianjakkan ke umur 24 bulan...

* untuk Info 

Nota:
  • BCG adalah Basile Calmette-Guerin, Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis.
  • DTap adalah kombinasi Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis.
  • DT adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Difteria dan Tetanus.
  • Hib adalah Haemophilus Influenzae type B.
  • MMR adalah Measles (campak),Mumps (beguk) dan Rubella.
  • MR adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Measles (campak) dan Rubella.
  • JE adalah Japanese Encephalitis. Vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.
  • HPV adalah Human Papillomavirus. Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun. Dos 2 diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas Dos 1.

perubahan pada jadual baru



semoga dengan adanya jadual baru ni bagi manfaat pada semua ibu bapa di luar sana ok... semoga kita semua dapat menjaga anak-anak kita sebaiknya seperti yang diamanahkan... 




*info dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia

Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: