Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 15 September 2016

Lagi Barang Percuma dari Drypers!

assalamualaikum semua,

semalam ada satu bungkusan sampai... aku pelik jugak.. dah lama tak membeli online ni... terfikir barang apa pulak yang aku dapat kali ni... dalam rasa pelik tu aku cuba belek kat sampul dia tu... alamat dia tak berapa jelas... bukan tak jelas tulisannya cuma tak jelas siapa penghantarnya... seram jugak nak terima ntah dari sapa-sapa kan?



jadi aku cuba ingatkan balik... ooo... aku ada la request untuk tukar point dalam minggu lepas... tapi takkanlah cepat sangat sampai kan? tak sabar rasa nak bukak.. tapi sebelum bukak tu aku rasa-rasa dulu apa barangnya.... macam keras je kat dalam tu... rasa macam kayu... hahaha... terus aku dapat agak apa barang yang ada dalam tu... akhirnya barang yang ditunggu dah tiba....

nak tau apa barang yang aku dapat? eh bukan aku la sebenarnya... untuk bebudak ni sebenarnya... ni haa.. barang dia... bukan apa sangat pun... tapi ok la untuk anak main-main... mainan free kan...hehehe... terima kasih la Drypers...

hadiah percuma dari drypers


dan tengok je la muka bebudak yang berebut semalam ni... rasa gembira bila tengok anak-anak gembira... takde yang dapat tukar kebahagiaan tu dengan benda lain...

mesti kena ada 2 set

sihat je tengok diorang main kan? sekejap je ni..hahaha


dan mesti ada yang tanya kenapa aku tukar sampai 2 set benda alah gini je pun... sebabnya mengikut pengalaman aku la setakat ni anak-anak aku ni semua benda yang dibeli oleh adik beradik dia yang lain dia mesti nak kena ada jugak... macam tu jugak mainan... kalau tak dapat kali ni, lainkali pun mesti dia nak jugak... jadi sebelum benda tu terjadi dan akan ada peperangan kecil berlaku dengan adegan tarik menarik rambut nanti eloklah kiranya aku bersiap sedia dengan langkah awal macam ni kan...? beringat sebelum kena... ye kan... hehehe...

apapun di sebalik isu Drypers sebelum ni, aku masih gigih mengumpul point untuk tukar dengan barang-barang yang diberikan oleh Drypers tentunya dengan PERCUMA... bukan sekali ni je... ada beberapa kali dah... ada cerita kat SINI jugak dulu... best kan dengar barang FREE ni? sapa yang tak suka benda free kan... kalau beli ubat gigi ke sabun ke mesti nak cari gak pek yang bagi benda free... mak-mak sangat... hahaha... errr... sapa perangai macam aku? baik ngaku....  
Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: