Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 12 Oktober 2016

Apa susah? Telefon ayah kan ada..

assalamualaikum semua,


mungkin begini mendung di hati abg long..


ada satu kisah nak cerita... lama jugak dah kisah ni.. berlaku sebelum kami tau pasal kehilangan Meowth, kucing kami minggu lepas..ketika tu dalam perjalanan pulang ke rumah.. malam sebelumnya memang hujan lebat.. jadi banyak air bertakung di sepanjang bekas paya yang ditambak di kiri kanan jalan biasa kami lalui untuk sampai ke rumah dari transit anak-anak..
kebetulan masa tu adik Hadi meragam pasal berebut telefon jadi aku cuba tarik perhatian adik Hadi pada benda lain di kawasan sekitar.. 

Aku : eh adik.. cuba tengok kat luar tu.. banyaknya air..

adik Hadi memandang ke luar tingkap kereta.. nampaknya taktik aku berjaya.. anak-anak yang lain juga memandang ke luar setelah melihat adik Hadi leka memandang ke luar tingkap.. aku cuba memecah kesunyian dengan bercakap sesuatu..

Aku : cuba tengok riak air tu... ada nampak bergerak-gerak kan? itu tandanya ada ikan la tu...

berjaya jugak mencuri perhatian anak-anak sampai abg long berbunyi..

Abg long : Bestnya ummi.. ada ikan kan tu?

Aku : ye la biasanya memang ada ikan.. ikan ni Allah jadikan dia mudah je hidup kat mana-mana.. kadang-kadang benih dia tu ada je kat dalam tanah... bila hujan dan ada punca air, dia membiak la..

Abg long : kawan saya selalu cerita dia pergi memancing ummi.. saya pun nak memancing jugak..

aku diam sambil pandang muka Shah... dalam hati berkata. "kesian anak-anak zaman sekarang... tak bebas ke sana sini... kalau zaman dulu baya abg long tu dah bebas ke sana sini menikmati zaman kanak-kanak... Abg long menyambung lagi...

Abg long : saya pun nak memancing tapi ayah tak pernah bawak saya memancing... seronok kan ummi?

belum sempat aku jawab tiba-tiba abg ngah menyampuk..

Abg ngah : ala... kalau nak memancing dalam telefon ayah pun boleh.. apa susah? kan ayah kan?

aku pandang Shah dan Shah pandang aku semula... Shah senyum sumbing, hilang raut wajah dia nak rasa sedih dengar abg long cakap tadi... dan aku... pecah berderai ketawa dalam kereta... maaf la bang ita betul tak boleh tahan gelak.. abg ngah memang seorang budak yang tak dapat dibaca akal fikirannya... kadang-kadang rasa macam dia terlalu besar dari umurnya... sebenarnya abg ngah merujuk permainan memancing dalam telefon pintar ayahnya...tapi tak abis hanya di situ... abg long masih tak putus asa..

Abg long : ala saya bukan nak main game memancing.. saya nak memancing betul-betul .. kawan-kawan saya kata seronok ummi..

nada suara dia sedih tapi aku hanya diam.. tak berjanji nak janjikan apa-apa... walau aku tau itu bukan penamat yang baik.. dah kisah sedih tu berlarutan dengan kehilangan Meowth... sabar ye nak.. insyaAllah ummi tunaikan satu hari nanti.. doakan ummi dan ayah panjang umur nak tunaikan impian anak-anak...

Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Khairul Bariah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Assalamualaikum Ita, salam kenal juga. hari ini baru dapat membalas kunjungan ke sini.

hahaha, saya pun nak tergelak baca kata2 si abg ngah tu. ye lah, dia asyik memancing dlm hp ajer, tu yg terpancul ayat begitu ya.

kalau ada minat, ita dan suami bawalah anak2 memancing. kasihan juga saya dgn abg long tu! ^__^

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

insyaAllah.. tengah cari masa yg sesuai ni..

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hahaha.....bijak abg Ngah. Betul jugak tu. Budak zaman ni game dia semuanya dihujung jari dan di depan skrin. Rugi rasanya mengenangkan zaman kanak kanak diaorangkan....

Tapi masalahnya ayahnya suka ke memancing ni?

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ayah suka je tapi tak suka bawak anak-anak.. hehe..