Logo KBBA

Isnin, 17 Oktober 2016

Cara memasang Alat Penjimat Gas DIY

assalamualaikum semua,

maaf la tertangguh je nak kongsikan macamana caranya alat penjimat gas yang murah dipasang.. kalau nak tau alat apa yang aku ceritakan ni meh baca entry ni ALAT PENJIMAT GAS yang ada aku ceritakan sebelum ni..


alat penjimat gas


dan kali ni aku nak kongsikan macamana alat ni nak dipasang.. aku demo guna dapur memasak rumah aku je la ye korang... kalau ada gambaran yang tak sedap di mata korang untuk tengok tu korang abaikan je la ye...

Cara memasang alat jimat gas 

Langkah pertama : 

memula korang kena tengok macamana gambaran dapur aku dan jugak tungku yang ada kat dapur aku ni.. aku dah try kat rumah mak aku yang dapur jenis lain dari yang kaca macam kami guna ni.. tak boleh nak masuk tau alat jimat gas ni.. 



dapur kat rumah mak aku yang jenis macam kat bawah ni... 

sumber dari google


Langkah kedua : 

Korang kena cabut tungku yang ada kat atas tempat membakar atau tempat api keluar tu..

tungku kat bahagian luar dah dicabut


Langkah ketiga : 

korang letak je alat jimat gas tu kat atas alat pembakar tu.. yang aku punya tempat membakar tu ada macam bonjol kat tengah-tengah dia jadi aku cuma letak je la alat tu kat atas bonjol tengah tu.. sedang elok je dia duduk kat situ.. faham tak? kalau tak faham korang tengok gambar kat atas yang tunjuk tempat pembakar tu..

aku dah letak alat tu atas bonjolan tang kat tengah

bagi korang tengok gambar dengan flash.. 


Langkah keempat :

korang letak je balik tungku yang kat luar dia tu... tarra... dah siap.. haha.. dah boleh guna dah pun tau...

letak balik tungku luar tu


Langkah kelima :

mari cuba petik api dan tengok macamana dia berfungsi.. gambar pertama kat bawah ni aku tunjuk masa api kuat.. lepas tu gambar kedua selepasnya aku tunjuk pulak api dah diperlahankan dan alat penjimat gas tu sedang membakar jaringan yang ada pada dia dan mengekalkan bahang kepanasan yang ada..


ni masa api kuat



lepas tu aku dah perlahankan apinya... nampak tak jaringan yang membakar tu?


perasan tak api macam tak rata kat dapur aku ni? haa.. ni la jugak salah satu sebab aku guna alat jimat gas ni.. untuk bagi api tu sekata.. dapur ni dah lama jadi lubang-lubang tu memang dah banyak sumbat.. nak diservis tak terbuat-buat jugak sampai ke hari ni.. jadi dengan adanya alat jimat gas ni takdelah ketara sangat api yang tak sekata tu...

nak tau harga ada aku ceritakan kat entri ni.. Alat Penjimat gas..

Cerita menarik lain

12 Luahan Ikhlas:

Saidila Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

menarik nih ...nak carik gak lahhh

BudakVanilla berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

menarik. baru tau wujud jugak benda camnie. memang boleh jimat gas kat dapur tu ye?

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sila la... murah je tu...

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ya... snagat jimat tau... ni tong gas kami dari bulan 7 aritu tau..

Jane Chua berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Thanks for sharing. I boleh jimat gas dengan cara itu.

Khairul Bariah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

teruja sangat dgn benda ni tau Ita. semalam saya ronda2 DIY nak cari benda ni tp tak ada pulak kat tempat saya. Kalau tgk kan dapur Ita tu, dah sebijik sejibun, sama dah. Hai...bilalah nak ada kat tmpt saya ni!

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ya sangat jimat.. try la cari..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alahai kesiannya KB.. takut laku sangat kot.. cuba cari kat DIY lain la pulak

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam kenal Ita.....
Pertama kali ni jumpa alat penjimat gas macam ni....Wujud rupanya ye. Tahan lama ke dawai dawai tu Ita....mcm halus je nampaknya takut lelama dia lobos hihi....

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam kenal mak.. ok je.. yg ni kami dah guna dekat 4 bulan tau..

Kakzakie Purvit berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Menarik jugalah. Logik akal betullah panas dia lebih dek kerana alat yg dipasang. Kakak nak tengoklah..

nuyui a.k.a miss YUI berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bru tau produk ni kak.