Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 5 Oktober 2016

Clarins dan Popcorn percuma!

Assalamualaikum semua,

hari ni aku nak cerita kisah barang percuma... haa.. suka tak? (aku rasa macam nada Eric dalam Deko Bersama Eric pulak.. haha ).. mestilah suka kan? ramai la orang suka barang percuma.. maunya tak suka orang nak bagi free kan ...aku pun suka la...haha.. kadang-kadang nak beli barang pun tengok dulu ada tak dapat apa-apa yang percuma.. ubat gigi la selalu ada promosi macam ni.. tak pun susu anak.. ada jugak kadang-kadang promosi percuma 100 gram.. jadiklah dari takde.. eh jangan kata tak suka ok.. barang percuma pun rezeki jugak tau.. jadi sila bersyukur.. dan jangan lupa senyum..hehe..


Clarins East Coast Mall


dan hari ni aku nak cerita yang aku dapat barang percuma kali ni dari Clarins... menarik kan? nak tau lagi menarik meh kita baca apa barangnya sebenarnya tu... aku dapat Double Serum dari Clarins.. ala sampel untuk tester je pun tapi teruja yang amat... haha.. sebabnya aku memang tak pernah guna memana serum pun sebelum ni.. harus la teruja kan?


double serum Clarins


dia bagi satu kotak comel macam kat atas ni haa... dalam dia ada paket-paket kecil yang comel yang khusus untuk penggunaan sehari... boleh pakai 2 kali.. pagi dan malam... aku dah mula cuba mulai hari Sabtu baru ni.. tapi ada jugak ngelat malam terlupa nak pakai... ada 2 bahagian pada setiap paket tau... sesuai la dengan namanya double serum kan? satu warna jernih dan satu lagi macam oren kemerahan gitu... aku sapu dua-dua ni setiap kali penggunaan...


double serum Clarins

kandungan double serum


sebenarnya aku dapat sampel serum percuma ni dari blog lain masa aku baca-baca blog orang... link tu terus disambung ke web Clarins Malaysia... nak redeem senang sangat.. cuma isi butir peribadi macam nama, nombor telefon, alamat email dan pilih tempat yang korang nak ambik sampel tu.. dan nanti diorang akan email pengesahan... lepas tu pergi kaunter dan tebus... gitu je.. senang sangat.. rugi kalau tak ambik... percuma je kan... meh isi detail korang kat SINI kalau nak...


popcorn percuma.. haha



kebetulan pulak masa aku ambik sampel ni di East Coast Mall tu ada la syarikat hartanah tengah buat roadtour dan promosi di ruang legar bawah tu... ada la rezeki lagi untuk anak-anak yang menunggu kat dalam kereta dengan shah... haha.. popcorn percuma la pulak! beratur kejap dan ambik... murah rezeki betul hari tu... terima kasih Clarins dan Sime Darby!

Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

idzwa kamaruddin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Clarin produk bagus.

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ye eh idzwa.. no wonder.. harganya pun boleh tahan..

Kakzakie Purvit berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Dpt free memang suka apa lagi produk baik tu Ita:)

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kan kakzakie...hehe

Lisa Nurulain berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lama tak makan popcorn

Nurulchumel berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hai kak ita! Salam perkenalan :)