Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 12 Oktober 2016

Jimat Gas memasak hanya dengan RM6.30

assalamualaikum semua,

Alat Menjimatkan Gas Memasak



hari ni aku nak kongsikan dengan korang satu alat yang aku memang tengah guna kat rumah sekarang ni untuk jimatkan gas memasak di rumah kami... asalnya dulu kami tengok je benda ni kat kedai... tak teringin pun nak guna.. tapi lepas kau baca kat mana entah ternampak pulak orang yang tunjuk gambar benda alah ni yang dikatakan boleh menjimatkan gas memasak.. jadi terniat jugak la nak cari...

dan kebetulan orang tu cakap senang je dia gi beli kat kedai DIY.. haa aku pun apalagi la dah kebetulan ada kedai DIY yang bukak berdekatan dengan tempat kerja aku sekarang ni.. laju je la cari.. bila tengok harga dia pun ok terus capai satu dan bayar... murah je cuma RM6.30 je tau... dan agak tahan lama...



sampai kat rumah, terus shah pasang kat dapur kami... sebab kami nak cuba je kan... maka beli satu je la.. senang je pasangnya tu cuma letak je siap.. senang kan? sebab senang la aku suka..

salah satu sebab kami nak cuba alat ni sebenarnya sebab gas memasak yang dijual pada masa aku beli tu amatlah mahalnya.. ada orang yang buat penghantaran ke rumah tapi harganya macam tak masuk akal kalau dibandingkan dengan yang dijual di kedai.. tapi di masa terdesak kadang-kadang terpaksa la beli jugak.. terutama bila pegi kedai je tanya gas memasak dan jawapan diterima ialah... GAS HABIS! panik kan?

sebab tu kami cari alternatif lain ni.. cuba la peralatan yang boleh digunakan untuk kurangkan penggunaan gas memasak kat rumah kami ni.. kalau ikutkan boleh je kurangkan penggunaan dia dengan jarang memasak tapi bila fikirkan kosa bertambah pulak dengan makan kat luar... huhuhu... terima kasih je la... 

kaedah dia mudah je sebenarnya... dia kan ada rupa macam jaringan tu kan? haa... jaringan tu akan terbakar dan memerangkap haba jadi sentiasa panas walau korang dah kecilkan api dapur masa memasak... jadi gas yang diperlukan sikit je la setiap kali memasak...

dan aku nak kongsi ni tau... pengalaman sendiri ni... gas kami masih bertahan sejak kali terakhir tu pada bulan julai aritu tau... jadi pegi la beli kalau korang jenis yang nak jimat macam aku jugak... ada je kat mana-mana DIY...
Cerita menarik lain

7 Luahan Ikhlas:

laila raihan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Baru tau ada benda mcm ni...lg parok klu abis gas tgh nk masak berbuka..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kan... selalu sgt kena..lg malang bila takde gas spare.. huhu

Khairul Bariah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

eh eh..ita. saya rasa sekarang jugak nak pergi mencari tau! teruja rasanya kalau boleh berjimat ni, kan...terima kasih ya, tolong war-warkan kisah ni. ^__^.

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehe...sila2... suka sangat dapat bantu orang lain..

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nantilah cuba riki riki kat DIY, mmg betul gas mahal sekarang ni Ita. Jatuh RM32 henggit tau.... Macam kat rumah ni mmg standby 2 gas, satu habis, satu lagi boleh guna

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cuba la cari ada je kot kata area sana.. baik cari cepat sebelum orang jumpa.. haha

Nina Mirza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nina pun ada pakai ni...Best!
Bawah periuk pun tak kotor sebab api nya perlu besar