Logo KBBA

Sabtu, 29 Oktober 2016

Tabika Perpaduan akhirnya...

assalamualaikum semua,

dan banyak kali rasanya dibincangkan kisah sekolah dalam blog ni.. antaranya yang aku selalu cerita adalah pemilihan sekolah tadika untuk anak-anak.. apa yang aku kongsikan adalah pengalaman kami sendiri dalam membesarkan anak-anak kami yang empat orang ini.. walaupun dah masuk anak ketiga yang akan naik sekolah tadika pada tahun depan ni.. tapi aku memang akui.. saat memilih sekoalah yang dapat memberikan pendidikan yang baik untuk anak-anak ini memang sangat sukar.. terutama bila berkait dengan kemampuan kami dalam membayar yuran bulanan..


akhirnya ini mungkin destinasi kakak husna


dan masalah kali ni muncul kembali bila kami menguruskan sekolah tadika buat kakak husna.. ada aku terangkan kat entri sebelum ni kenapa aku nak tukarkan sekolah kakak husna dari yang lama.. dan kali ni selepas permohonan kakak ke Pra Sekolah tak berjaya jadi kami buat keputusan nak cuba memohon ke Tabika Perpaduan.. aku tak pasti namanya tabika atau tadika.. kalau ikutkan yang tertulis ni ia adalah tabika.. iaitu taman bimbingan kanak-kanak..

disebabkan permohonan ke Tabika Perpaduan dibuka sehingga 31 Oktober 2016 je tahun ni.. aku terus berkejar ke tadika dan mintak borang permohonan selepas balik dari Pra sekolah untuk proses rayuan sebelum ni.. sebenarnya tadika ni selorong je dengan rumah pengasuh adik hadi.. jadi selama ni memang kami lalu lalang kat tadika ni tapi tak pernah tau yang tadika ni merupakan Tabika Perpaduan yang mana sangat lain dengan Tadika Kemas.. selama ni aku ingat sama ok.. rupanya ada bezanya antara Tabika Perpaduan dan Tadika Kemas... nanti aku kongsikan kat entri lain..

alhamdulillah.. nampaknya dipermudahkan urusan untuk kami pada hari tu.. hari khamis bertanya khabar dan mintak borang permohonan... dan hari jumaat borang selamat dihantar ke tangan cikgu yang bertugas di tadika.. dan akhirnya pada hari khamis 27 Oktober 2016 dapat panggilan dari cikgu dari tadika mengatakan mereka terima permohonan husna dan surat akan dihantar ke alamat yang diberi pada awal bulan 12.. alhamdulillah... syukur Ya Allah...

di sebalik kesusahan akhirnya Allah permudahkan jalan buat kami.. jadinya kalau tak dapat pun keputusan Pra Sekolah kakak nanti, kakak dah ada tempat nak tuju.. lega hati rasanya... hilang sekejap beban yang dirasa... 
Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

puteraduyong berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ermm... janji anak kita dpt pendedahan awal... cara bergaul tu penting... membaca n menulis boleh diajar.

Khairul Bariah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alhamdulillah, berjaya juga dapatkan sekolah utk kak husna. saya tak pernah hantar anak ke tabika perpaduan. nanti bolehlah dengar cerita dari Ita ^_^