Logo KBBA

Isnin, 31 Oktober 2016

Tunai Nazar kerana bola

assalamualaikum semua,

pagi ni aku tertarik dengan topik yang dibincangkan oleh Radio Sinar FM.. pasal kemenangan sempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 malam tadi.. aku tak tengok pun sebab bukan peminat sukan sangat tapi aku berminat jugak nak tau siapa yang menang biasanya.. dan malam tadi gelaran juara Piala Malaysia 2016 disandang oleh pasukan dari Kedah.. tahniah Kedah! suka warna jersi Kedah.. 


warga emas dari kedah


tapi yang menarik hati aku bukan la berita kemenangan tu sendiri tapi berita yang lebih mengejutkan iaitu seorang warga emas berusia 61 tahun pada tahun ni, Nasir Abas bernazar akan berlari dari Stadium Shah Alam hingga ke Stadium Alor Setar.. kalau tak salah aku jaraknya antara kedua stadium ni ialah 500km.. ok saya sangat kagum dengan pakcik tau.. saya nak lari 500 meter pun fikir banyak kali.. haha.. inikan pulak 500km.. dan pakcik ni dah mula berlari dari Stadium Shah Alam bermula jam 8 pagi tadi.. semoga Allah kuatkan fizikal dan mental pakcik untuk capai impian pakcik ok..

warga emas dari pahang


dan sebenarnya bukan pakcik Nasir ni sorang je warga emas yang mempunyai semangat begini tau.. sebelum ni ada jugak wakil dari negeri Pahang yang muncul dengan nazar yang sama.. Pakcik Abdul Majid Abdul Hamid, 57 tahun jugak bernazar berlari dari Masjid Negeri Kuantan ke Shah Alam  pada tahun 2013 sempena dengan kejayaan Pahang ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 dan akhirnya dapat ditaja peluang menunaikan umrah oleh kerajaan negeri...


warga emas dari kelantan


dan kemudian ada juga seorang warga emas berusia 65 tahun, Pakcik Zakaria Yusof dari Kelantan jugak membuat nazar yang lebih kurang sama ingin berlari dari Stadium Bukit Jalil ke Stadium Sultan Muhammad IV.. yan ni aku tak pasti dapat laksanakan atau tidak..

tapi yang pentingnya aku tengok semangat mereka ni sangat kuat berbanding dengan usia mereka ketika nak laksanakan nazar tu.. dan aku terfikir jugak.. sebenarnya ni adalah Nazar ke atau lebih pada Azam atau Impian? Atau ini lebih kepada kegilaan atau obsesi ye? ada yang boleh tolong jelaskan tak ye?
Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

nuyui a.k.a miss YUI berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mgkn juga nazar. mgkin juga sbb suka bola.. apa pun niat dia, hanya ALLAH lbh tahu kan kak. doakan pkck ni slmt smpai..

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

betul tue

Khairul Bariah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semangat betul pakcik ni ya..