Logo KBBA

Rabu, 23 November 2016

Blogger Dashboard berwajah baru!

assalamualaikum semua,

terkejut bila tetiba je bukak blogger dashboard hari ni.. sebabnya dah bertukar la.. dah berwajah baru ! takde dah yang jenis berkotak-kotak macam dulu tu haa... menarik nampaknya.. lebih segar mata bila tengok blogger dashboard yang baru ni.. lebih semangat nak menulis gitu.. huhu...


blogger dashboard berwajah baru


korang tengok je la gambar yang aku tunjuk ni.. dulu-dulu kalau kita klik kat blogger tu dia keluar rupa lain sikit kan... dan perkataan dia pun lain sikit tak salah aku.. dan font dia guna pun macam lagi menarik.. nampak kemas je bila mata tengok.. isk.. macam jatuh cinta la gitu.. haha.. ini pendapat aku la ye.. orang lain aku tak pasti la pulak..

tapi apa yang aku suka tu memula je tau.. lepas tu jadi panik.. alamak.. mana list blog yang aku follow selama ni ? mana nak cari ni ? maunya tak panik kan ? bukan aku hafal pun link blog tu semua.. mana nak hafal sebab kebanyakannya nama blog yang panjangberjela.com jadinya aku letak list dan scroll je la bila ada masa untuk baca kan..

lepas tu aku tarik nafas cuba bertenang.. rilek ita.. kejap la mesti jumpa cara nak cari bloglist tu.. dan tarra.. akhirnya dah jumpa..



nampak tanda seru tu.? haa tu la reading list menggantikan bloglist



mudah je rupanya.. boleh klik yang macam kat gambar atas ni haa.. klik kat reading list tu je.. keluar la dia.. menarik kan ? kiranya untuk orang yang mementingkan kekemasan macam yang ada OCD memang sangat sesuai la guna blogspot sekarang ni.. sangat kemas dan teratur..

entri baru di blogspot


dan lepas tu bila aku cuba nak taip entri blog pulak.. muka terus ada senyum.. cantik dan kemas pulak mata aku memandang.. nampak tak tulisan comel Cerita Ita kaler biru kat tepi di bawah lambang B dan blogger tu.. cantik kan ? macam best je nak klik.. 

nak tau apa fungsi nama blog tu ? haa..  dulu-dulu ada kotak yang tulis View blog kan ? haaa.. sekarang dah takde tapi yang nama blog kaler biru ni tak pun menggantikan fungsi view blog tu dan tak akan link ke blog kalau korang klik tapi dia akan bawa korang semula ke blogger dashboard home.. comel pulak bila tengok..

jadi blogger dashboard baru dah cantik kan... makanya jom tulis satu entri !
Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Tanpa Nama berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kisah kita sama tercari2 following... Hahahahaaha..

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lebih kemas

Nadia Nurul berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ya..dah bertukar wajah blog kita kan

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tulah..... perasan jugak dah lain rupa bentuknya. Baru tadi perasan View blog rupanya ada kat tepi kiri... Selama ni duk cari tak jumpa haha