Logo KBBA

Jumaat, 25 November 2016

Doktor tak bagi makan dah ..

assalamualaikum semua,

kelmarin tetiba hati jadi sayu.. kisahnya sebab terbaca mesej dari whatsapp keluarga yang adik aku kirimkan.. pasal jiran sebelah rumah kami di kampung.. menurut adik , cik Wahab dah dimasukkan di hospital dan sekarang ni doktor dah puasakan dia..

Sumber ~google~


seorang demi seorang orang tua di kawasan tempat kami tinggal satu masa dulu dimasukkan ke hospital.. dan tak kurang jugak yang pergi meninggalkan kami dengan seribu satu kisah kenangan.. ada jugak yang pergi dengan kenangan yang sangat menyedihkan yang tentunya kami akan ingat sepanjang hayat kami..

dan kelmarin baru je adik aku bagitau pasal keadaan jiran kami ni.. katanya cik Wahab dah tak boleh makan.. doktor tak bagi makan dah.. Allah.. terasa berat dada bila dengar.. terus aku tanya lagi kenapa ? adik ipar aku bagitau maklumat dari isterinya yang cakap ususnya dah bocor dan dah tak boleh bagi makanan.. kalau makan jugak nanti makanan jadi asid dan lagi teruk ususnya.. 

ok orang perubatan jangan pelik pulak.. ayat diatas tu mungkin kefahaman yang diterima oleh waris pesakit.. tapi mungkin yang nak disampaikan tu ialah usus pesakit ni dah bocor dan kalau diberi makanan lagi akan menyebabkan asidyang memang terhasil dari dalam perut akan dihasilkan lebih lagi untuk penghadaman makanan jadinya akan menyebabkan kecederaan usus tu jadi lebih teruk..

contoh penghadaman manusia ~sumber~


berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. macam tu jugak la yang dirasai oleh keluarga cik wahab agaknya.. terutama bila dipuasakan begitu beliau meminta-minta makanan.. Allah.. tak terbayang.. rasa sayunya hati..

dan pagi ni bertambah sayu bila aku baca whatsapp kiriman adik di group family kami.. Cik Wahab dah meninggal dunia jam 11 malam tadi.. innalillahiwainnailaihirojiun.. semoga roh arwah dicucuri rahmat sesuai dengan permergiannya di malam Jumaat yang mulia... dan buat ahli keluarga arwah.. aku ucapkan takziah atas pemergiannya..

bertambah lagi sunyi kampung kami di saat ini.. sudah pulang lagi seorang.. 


Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Mmg sedih Ta..tp nak buat mcm mana, mati itu pasti. Kita pun akan sampai masanya nanti huhu...

Salam takziah utk keluarga arwah