Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 30 November 2016

Keychain Lori MILO percuma ! Mana nak dapat ?

assalamualaikum semua,

teruja aku nak kongsikan dengan korang ni tau.. pasal nak dapatkan keychain lori MILO yang percuma ni tau.. memana yang dah tengok instagram aku mesti perasan yang aku ada upload gambar pasal keychain ni siang tadi kan ? ok memana yang tak perasan boleh je klik SINI untuk follow instagram aku dan tengok gambar tu... ok kalau korang tak ada instagram pun takpe.. meh aku tepek gambar keychain lori MILO yang mengujakan tu.. comel jugak tau.. 


percuma
Keychain Lori MILO percuma


haa.. dah tengok gambar mesti nak tau berapa besar benda alah comel ni kan ? meh aku tunjuk.. ada jugak aku ambik gambar kat tangan.. dalam plastik lagi kau.. huhu..




dan aku nak kongsikan pulak macamana boleh dapat lori comel ni ok.. memula aku ternampak banner macam kat bawah ni masa aku pegi teman shah ke hospital aritu.. untuk rutin biasa dia la ..dan kali ni dia kena buat ultrasound.. 


beli 2 cawan free 1 Keychain


masa nak pegi tu dah ternampak banner dan nak ambik gambar.. blogger kan.. hahaha.. tapi shah kata nenanti la.. balik kang bukan tak lalu pun sini.. jadi sebagai isteri yang solehah.. hamba pun menurut kata suami walau di hati meronta-ronta nak suruh dia pergi sendiri dulu supaya aku boleh ambik gambar.. dahsyat ek.. hehe.. maaf la bang...

dan balik tu cecepat suruh dia pusing ikut jalan masuk yang memula tadi.. sebabnya jalan lain tak lalu kafe tu.. dan sebenarnya lokasi banner tu adalah berhadapan kafe Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan ni aje.. dan lokasi kafe tu betul - betul bersebelahan dengan kaunter kemasukan dan keluar dari wad untuk HTAA , berdekatan jugak dengan Farmasi Makmur di HTAA..

dan cara nak dapatkan keychain tu sama macam yang diberitahu dalam banner tu.. korang kena beli 2 cawan milo untuk dapatkan satu keychain yang comel sama macam ni.. ada dua versi tau...

aku paling suka yang ni.. klasik kan ?


yang ni agak popular jugak dulu

setakat ni yang aku perasan di Kuantan ni cuma dua tempat yang aku nampak.. tempat lain aku tak pasti sebab belum abis jelajah.. satu lagi tempat korang boleh dapatkan di Kuantan ni ialah di Kiosk jual air minuman dan makanan ringan di sebelah dengan Pasaraya Darul Makmur di Inderamahkota..

setakat ni 2 tempat ni je la yang aku tau.. aku dah cuba hubungi Nestle Malaysia untuk tau lokasi mana lagi boleh dapat promosi macam ni terutama untuk kawan-kawan yang berada di kawasan luar dari Kuantan kan ? kalau ada maklumat lanjut aku akan update ok..

kami tengah teruja nak kumpul banyak-banyak ni.. maklum la aku ada anak 4 kan.. kalau dapat 2 biji ni pun dah ada yang bergaduh masam muka bagai..belum lagi siap ada yang dah pegi rosakkan tayar yang lagi sebijik tu pulak.. harus esok kita beli lagi ni kang...

jom kumpul keychain percuma yang comel ni! ada sesiapa nak kirim aku belikan ke? atau buat giveaway hadiah comel ni ke kan.. macam best je tu... amacam ?




Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Noriza Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bestnya tengok keychain tu, teringat masa lampau, lori macam tu lah masa zaman sekolah dulu

Nao Mei berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ala...tak.ada lagi kat sarawak nie..hihi

Unni Anje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

RINDU LORI TU TIME SKLH BERATUR DPT MILO FREE.. TP KAT SABAH TAK ADA LAGI NI

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Yelah Ta....comel jugak keychain tu...Budak budak lelaki selalu suka benda benda gini ni.

Fatin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Comel keychain milo ni! Nak jugaaak