Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 22 November 2016

Meluangkan masa bersama anak

assalamualaikum semua,

kalau dah jadi ibu bapa yang bekerja dan pada masa yang sama jugak ada anak-anak yang sedang membesar yang sangat-sangat memerlukan perhatian tentunya masa bersama anak jadi satu perkara yang perlu sangat diambik perhatian.. bukan semestinya kena guna permainan anak-anak atau sesuatu alat yang khusus pun...


tengoklah muka anak-anak tersenyum ni.. takde dapat dibayar harganya..



tengok siapa yang terkinja lebih tu ? huhu...



terutama bila anak dah pandai menilai kasih sayang dari kedua orang tuanya... macam aku dengan shah la.. kami sibuk bekerja.. ada masa terluang pun kadang-kadang sibuk dengan meniaga.. jadi tak nafikan la yang anak-anak akan rasa terabai sedikit sebanyak..

lagi la bila si anak dah mula bersuara.. selalunya abg long la.. ayat dia tu buat hati rasa sayu je.. macam kita dah abaikan masa bersama dengan diorang... abg long biasanya akan guna ayat macam ni..

"ummi.. lama dah kita tak pergi ke tempat bermain tu kan..." (dia rujuk kepada Petrosmart Kuantan )

bila dah dengar ada bunyi macam tu badan jadi lemah betul.. kesian pun ada.. ye la.. memang takde masa nak pergi pun.. hujung minggu kalau ada kat rumah pun ada je aktiviti kena buat selain kemas rumah..


ada la jugak aku luangkan masa bermain kerangan di pantai


jadinya disebabkan tak sampai hati selalunya aku akan isi masa lapang diorang dengan aktiviti bermain bersama.. tak kisah la permainan apa pun.. janji sama-sama.. macam hujung minggu baru ni.. sebelum kejadian yang menimpa abg ngah terjadi tu sebenarnya aku tengah bermain dengan anak-anak..

aku bermain permainan bungkus diorang dengan selimut... hahaha.. memasing berebut nak ummi bedungkan macam masa diorang bayi lagi... yang paling suka abg long dengan abg ngah la.. hehehe.. kakak husna takut.. langsung tak mau cuba.. dia ni memang lain sikit.. kalau ada je melibatkan kena bungkus.. kena selubung memang langsung tak mau la.. adik hadi pulak memula dia takut.. mungkin sebab selalu kalau nak bagi ubat kami akan bungkus dia ala-ala bedung budak kecik tu.. tu dia macam takut kot.. sekali bila dah dibedungkan.. dan abg-abg sorong adik sana sini dia jadi seronok la pulak... meh kita layan gambar anak-anak bergembira...


macam ni la aku bungkus.. hehe..

adik hadi pulak.. comel kan ?
abg ngah cuma sempat diambik gambar sebagai entiti je.. masa abg ngah.. adik hadi dah konker camera.. huhu faham-faham je la..

bila dah bungkus.. diorang tolak adik macam ni.. hahaha.. patut rakam video tau.. rugi..



selepas bermain ni la aku suruh berhenti.. tapi mana la tau kejadian lain pulak nak menyusul.. moralnya kena luangkan jugak masa bersama anak-anak dan sentiasa pantau apa yang diorang buat... teringat zaman dulu-dulu.. abah mak tak mampu pun nak belikan anak-anak permainan sangat pun tapi diorang tak pernah pun melarang anak-anak jadi kreatif.. buat kereta dari kayu.. main permainan macam-macam dengan semua yang berada di keliling kita je pun.. yang pentingnya kepuasan bermain untuk anak-anak tu yang diutamakan!
Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Unni Anje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sorang dapat main ngn budak2 ni

Amin Hakim berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kelakar tengok anak kak ita kena bungkus.. ehehe

Uncle Zuan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alhamdulillah, quality time

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Anak anak ni mmg nak perhatiankan Ita.... Macam Ita memanglah sebok , nak buat macam mana dah katanya bekerja. Tak perlah.... mana ada masa terluang tu, gunalah sebaiknya. Main bungkus bungkus pun dah best bagi mereka kan....