Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 8 November 2016

Selamat berjaya dalam peperiksaan wahai Anak..

assalamualaikum semua,

minggu ni sibuk sana-sini orang bagi ucapan Selamat Menghadapi Peperiksaan buat yang mengambil Peperiksaan SPM iaitu Sijil Pelajaran Malaysia.. aku pun sama ucapkan selamat maju jaya buat adik shah yang sedang mengambil peperiksaan tu jugak sekarang ni.. semoga kalian semua dipermudahkan Allah untuk menjawab soalan dengan tenang.. 

surat pemberitahuan peperiksaan akhir tahun


dalam sibuk-sibuk orang lain nak periksa besar, anak aku pun tak ketinggalan jugak.. abg long sedang hadapi peperiksaan jugak sekarang ni.. sekarang ni mungkin abg long baru sudah menjawab soalan Matematik 1 dan sekejap lagi selepas rehat akan bersambung dengan Matematik 2 dan Bahasa Inggeris... semoga anak ummi dapat menjawab peperiksaan akhir tahun ni dengan hati yang tenang hendaknya.. 

semua orang tanya kenapa peperiksaan abg long lambat sangat ? semua orang dah mula cari buku teks.. yang mana hilang pun dah mula cari kat kedai untuk lengkapkan sebelum dipulangkan ke sekolah semula.. dan dah ada jugak ibubapa yang mula berjaga malam untuk mencari dan melengkapkan buku-buku teks anak-anak mereka.. 

ada sekolah dah siap ada keputusan pun dalam sistem SAPS dah pun.. dah boleh tengok keputusan anak masing-masing.. kalau nak tau macamana nak periksa keputusan online boleh baca kat Cara nak periksa keputusan peperiksaan sekolah rendah dan menengah secara online.. tapi jawapan aku tetap la aku tak tau.. sebabnya nak periksa ni pun cuma dapat jadual pada hari jumaat lepas je.. apapun semoga semuanya berjalan lancar je la...

dan minggu ni sebenarnya abg long ada 2 peperiksaan.. pagi di sekolah kebangsaan dan petang di sekolah kafa pulak.. jadinya setiap malam tak tau nak belajar mana dulu.. tu belum lagi nak pegang buku je berperang pulak dengan adik-adik yang sama sibuk.. aduhai.. kesian abg long.. 

ummi kagum dengan semangat abg long sebenarnya.. abg long tetap nak belajar walau apa pun terjadi.. jadinya nanti walau apapun keputusan yang keluar.. ummi insyaAllah boleh terima dengan baik.. yang penting abg long dah usaha ok!
Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: