Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 2 November 2016

Skill tegangkan cadar

Assalamualaikum semua,

Hari ni aku bersiaran dari Melaka.. ada kursus panjang kat sini.. tapi sunyi sepi pulak rasa bila suara anak-anak yang biasa riuh rendah.. mula dari malam tadi aku dah mula termenung panjang.. dah la duduk di asrama ni pulak.. dan kelmarin aku dah pasang cadar dan sarung bantal di asrama macam kat bawah ni..


tegang tak katil aku ni?...hihi


Haaa.. sebut pasal asrama ni teringat pulak kenangan zaman sekolah dulu-dulu.. dulu aku pernah sekolah asrama selama 5 tahun sebelum masuk ke universiti.. dan antara kenangan yang tak dapat lupakan ialah setiap kali ada spot check untuk check katil.. hahaha... korang yang duduk asrama ada kena macam aku tak dulu?

Biasanya warden la yang buat spot check.. apa sangat la yang diperiksa pun sebenarnya.. Cuma tengok cara kita tegangkan cadar tu elok ke tak.. katil berkemas ke tak.. tapi sebenarnya bila dah terbiasa buat hari-hari setiap bangun pagi sebelum ke sekolah tu korang akan rasakan tu salah satu rutin yang mesti buat walau takde orang nak spot check sangat pun..

Macam kami dulu la.. aku rasa itu la sahsiah yang nak dididik pada diri pelajar yang bersekolah di asrama.. disiplin harian yang mesti kita buat.. arahan mudah tapi kemudiannya memberi kesan yang amat nyata..

Korang faham tak apa aku nak sampaikan? Ok aku bagi contoh cadar ni.. awalnya kami buat sebab ada spot check dan mesti buat hari-hari sebab kita tak tau bila spot check akan dibuat.. sama jugak macam solat kan? Kita kena buat sebab kita tau malaikat akan catat walau  kita tak tau bila ianya dicatat.. dan akhirnya kita akan buat rutin tu menjadi rutin biasa yang mesti kita buat.. bila kita dah biasa buat, kita tetap akan buat walau kita tak tau bila penilaian untuknya akan dibuat...

Dan akhirnya setelah berumur 37 tahun aku baru dapat mesejnya dengan jelas..


Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: