Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 28 Disember 2016

Apa yang menarik di Menara Kuala Lumpur ?

assalamualaikum semua,

aritu aku ada cerita pasal lawatan singkat kami ke Menara Kuala Lumpur kan? ok kali ni nak sambung sikit apa je yang ada kat atas Menara Kuala Lumpur tu untuk pengunjung.. bukan saja tengok menara je tau.. macam-macam aktiviti boleh buat..

Menara Kuala Lumpur


Menara Kuala Lumpur

sinonimnya ramai yang tau menara ni adalah menara tertinggi di negara kita satu masa dulu.. memang jadi kebanggaan la kalau dapat berkunjung ke tempat ni.. pertama kali aku datang pada tahun 1997 rasanya bersama kawan-kawan matrik.. rindu momen tu..

dan sekarang dah banyak tarikan yang ada kat sini pun selain menara ni sendiri.. antaranya menara tinjau pun dah ada berbagai jenis.. ada sky deck, sky box dan menara tinjau yang biasa.. hebat! pelawat cuma perlu buat pilihan je nak yang mana satu atau pergi kesemuanya.. ada harga istimewa untuk pakej macam aku cerita dalam entri sebelum ni..


Durian Kafe pun ada sini tau


dan kalau rasa nak makan sambil melihat permandangan dari tempat yang sangat tinggi ni pun boleh.. ada restoran berputar yang disediakan di atas menara ni.. sambil makan sambil tengok permandangan sekitar yang berubah-ubah.. menarik kan? setakat ni aku cuma boleh baca je pengalaman rakan-rakan, ada yang memilih untuk raikan hari istimewa di restoran istimewa ni.. fuh.. best gila..

tapi kalau korang rasa jenis berjalan asyik tak cukup bajet macam aku ni.. jangan la risau masih banyak aktiviti yang boleh korang buat.. antaranya ada XD-theater, Aquarium, F1 Stimulator, Upside Down house atau rumah terbalik, Mini Zoo KL Tower, Canopy walk atau berjalan-jalan melihat permandangan sekitar.. kalau korang datang waktu malam.. sejam tengok permandangan pun rasa sangat singkat..

ada berbagai mesin menarik minat anak-anal di atas tu jugak.. antaranya mesin hasilkan jus oren segar dan mesin bentukkan syiling kenangan macam kat bawah ni.. nanti aku cerita lanjut lagi macamana mesin jus tu bergerak..menarik tau.. lelagi untuk orang kampung macam kami ni.. macam pelik beno..hahaha..


mesin jus oren segar

Mesin Cetak Syiling Kenangan



tak nafikan kebanyakan harga tiket di kebanyakan pusat tarikan pelancongan macam ni harganya agak membebankan bagi sesetengah orang.. tapi banyak lagi alternatif yang boleh kita buat untuk jadikan pengembaraan tu bermakna.. lagi-lagi la bila trip bersama anak-anak yang ramai kan.. 





jadi untuk kali ni untuk jimatkan belanja melepasi bajet di Menara Kuala Lumpur ni dinasihatkan korang bawak bekalan makanan dan minuman sendiri.. jangan la bawak nasi bagai.. cukuplah bawak bekal sandwich atau kuih muih dan air kotak atau air mineral atau air masak.. cukuplah buat hilang dahaga an lapar bila berjalan..







dan kalau korang rasa tak mampu nak bayar tiket yang mahal untuk ramai-ramai ahli keluarga boleh je buat macam aku datang dalam jam 9.45 gitu.. waktu semua benda dah tutup..haha.. jadi cuma tengok menara ari bawah je la.. jadilah.. itu pun anak-anak dah suka sangat.. modalnya cuma bayar parking RM5.53 je sekali masuk..hihi.. kalau siang bayaran ikut jam tau.. RM1 sejam kalau tak salah..maaf ye kalau salah.. jom ronda KL!
Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Emarieys berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tak pernah lagi jejak ke Menara KL ni.

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hihi... kelakolah pulak Ta, kita ni nak berjalan tapi bajet tak berapa nak banyak haha... Pernah jugak pergi sini dulu zaman anak kecik, lama sangat dah. Masa tu cuma dapat meninjau bandar KL je ler...mmg jimatlah masa tu Ta sebab apa pun yg kena bayar belum wujud haha..