Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 16 Disember 2016

Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua,

aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu..


haa.. mana satu pilihan hati ?


memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa..

dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pulak nak hantar abg long ke tempat lain bagi suasana lain sikit buat dia..

kalau korang nak tau maksud nama tu pun lain-lain tau.. kalau tadika tu maknanya taman didikan kanak-kanak.. dan kalau tabika tu taman bimbingan kanak-kanak dan taska ialah taman asuhan kanak-kanak.. transit pulak tempat perpindahan sementara bagi anak-anak sekolah..

dan untuk umur pulak kalau taska ni biasanya dari umur baru lahir hingga la ke umur bawah 6 tahun biasanya.. kalau untuk tadika pulak ada yang terima dari seawal umur 4 tahun.. dan bagi tabika pulak biasanya tengok samada tabika swasta, tabika kemas atau tabika perpaduan.. kalau tabika swasta ni macam tadika jugak terima pelajar seawal 4 tahun.. kalau tabika kemas jugak sama seawal 4 tahun dah boleh hantar.. cuma tabika perpaduan je yang ada syarat mulai umur 5 tahun je boleh hantar.. 

sebenarnya aku pun baru je tau kewujudan tabika yang berbeza ni.. ni semua berpunca dari pemohonan kakak husna ke Pra Sekolah gagal baru-baru ni.. dan disebabkan pendaftaran bagi PASTI yang sekarang ni dia belajar dah penuh dan yang kami ni yang sememangnya tak buat permohonan ke sekolah yang lain terus buat keputusan nak tempatkan kakak husna di sekolah Tabika Perpaduan..

kalau korang nak tau ada 3 jenis sekolah yang di bawah kelolaan jabatan kerajaan kalau anak korang mencecah umur 6 tahun.. antaranya Pra sekolah yang disediakan di sekolah rendah di seluruh negara.. tapi sayangnya Pra Sekolah ni ada syarat kelayakan yang mesti dipenuhi baru la boleh mendapat tempat ke Pra Sekolah.. Pra Sekolah ni baru je dimulakan pada tahun 2001.. dan biasanya kumpulan sasaran adalah di kalangan kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun..

Pra sekolah diasaskan untuk memberi ruang pendidikan lebih baik bagi semua bagi persediaan sebelum ke tahun 1 tanpa mengira nilai pendapatan ibubapa.. tetapi ianya bergantung pada jawatankuasa pemilihan yang diketuai oleh Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Pra Sekolah, Guru Tahap 1 dan 2 dan juga seorang wakil dari komuniti.. permohonan dibuka biasanya pada bulan Ogos setiap tahun dan keputusan akan dimaklumkan melalui pos samaada berjaya ataupun tidak..

bagi Tabika KEMAS pulak ianya dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS*).. dan aku rasa kewujudan dia dah ada sejak zaman-berzaman yang dulu.. aku dan adik beradik pun belajar di Tabika Kemas kecik-kecik dulu.. kumpulan kanak-kanak sasaran adalah yang berumur dari 4 hingga 6 tahun.. setakat yang aku tau syarat permohonan untuk memasuki Tabika KEMAS ni cuma umur je.. syarat yang lain tak begitu ketat termasuk pendapatan ibubapa dan sebagainya.. dan pendaftaran dibuka sepanjang tahun kecuali pada waktu cuti sekolah..

pada pendapat aku walaupun memang betul Tabika KEMAS banyak melahirkan tokoh ternama pada masa ini tetapi yang kenyataan yang perlu kita terima ialah pendekatan konsep "Belajar sambil bermain" yang digunakan mungkin tak berapa sesuai bagi kanak-kanak di zaman era yang sangat mencabar sekarang ni.. ini berdasarkan pengalaman kami menghantar abg long ke Tabika KEMAS satu masa dulu ok.. kalau ada yang tak setuju harap dimaafkanlah kami..*ini merupakan pengalaman kami pada tahun 2012, mungkin sekarang dah banyak perubahan..

sebab  tu kali ni aku nak cuba pendekatan baru melalui pembelajaran di Tabika Perpaduan untuk kakak husna.. kalau nak tau Tabika Perpaduan ni dikendalikan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri.. Tabika Perpaduan pun dah diwujudkan sejak lama dulu sejak dari tahun 1976 lagi tau.. tapi maaf kalau aku cakap yang aku kurang pendedahan pasal tabika ni disebabkan mungkin kewujudannya hanya di sesetengah tempat je.. macam kawasan kami ni contohnya.. 

cuma ada satu je tabika perpaduan dan terletak agak jauh sedikit dari taman yang kami duduk.. tapi harus tau jugak yang tabika ni jugak ada syarat tertentu.. pendaftaran biasanya dibuka pada sehingga bulan Oktober setiap tahun dan keputusan akan dimaklumkan melalui pos samaada berjaya ataupun tidak.. mengikut laman web Jabatan Perpaduan Negara syaratnya ialah pendapatan ibubapa tidak melebihi RM1,500.00 sebulan tetapi kanak-kanak yang berumur 6 tahun adalah diutamakan.. dan ini antara sebab kakak husna diterima masuk..

ini serba sedikit info yang aku tau.. jika ada kesalahan di mana-mana tolong komen atau email untuk tambah atau betulkan info yang mana patut ye.. dan sebarang kesalahan dimohon kemaafan terlebih dahulu.. dan pesanan untuk ibubapa, selamat memilih tadika yang sesuai untuk anak anda ok..

*dikemaskini pada 12/1/2017 terima kasih pada komen pembaca ye.. maaf kurang peka pada shortform jabatan orang lain.
Cerita menarik lain

12 Luahan Ikhlas:

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Oleh kerana hakak dah tak de anak kecik yg nak kena masukkan tadika so tak delah berapa nak ambik kisah sangat Ta...

Tp bagus jugaklah tau bezanya tak delah nampak kosong sangat makcik ni hihi...

Shahida Dzulkafli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Baru tau..

Abam Kie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

3 org anak abam kie hantar ke tadika swasta je. meme mahal ckit sbb mrka berada dari jam 7 am hingga 5.30pm. tadika merangkap nurseri la tu. done follow back here...thanks!

saniah ibrahim berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

3 anak akak pernah belajar di tadika kemas....rasanya masa tu banyak belajar asas je ,jadi terpaksalah lebih mengajar mereka sendiri di rumah.2 di tadika agama Johor...Alhamdullilah tapi biasalah kena ajar sendiri jika nak anak cepat dari anak2'lain.

Amin Hakim berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Owh.. ingatkan semua sama je

Nor Azimah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Akk mengajar di tadika swasta. Done follow sini;)

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ada bezanya ye. Plan mcm nk anta Dhia ke KEMAS je. Huhuhu tak berapa bagus ye KEMAS.

Emarieys berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

anak ema dua-dua sekolah tadika perpaduan... yuran pun murah.

Eca Dwinky Asha berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pra-sekolah oke sbb boleh biasakan bdk2 dgn suasana bila dorg melangkah ke sekolah rendah.cuma pra-sekolah dia lebihkan kepada keluarga yg berpendapatan rendah rasanya.

Azzun889 berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam, hai, saya cikgu tabika kemas, nak buat pembetulan sedikit, Tabika KEMAS di bawah jabatan kemajuan masyarakat (KEMAS) di bawah kementerian kemajuan luar bandar (KKLW) dan tiada kaitan dengan jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) , ๐Ÿ˜„
Sukatan pelajaran bagi prasekolah seluruh malaysia, tak kira prasekolah, perpaduan atau KEMAS adalah diselaraskan mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh KPM(kementerian pelajaran Malaysia) jadi tidak timbul isu kaedah pembelajaran di sini kerana kami menggunakan kaedah yg sama.
Terima kasih, serba sedikit untuk Makluman ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

ONIEYSUE berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Pra sekolah pun dah lama ada, bukan nya baru ada tahun 2001. Adik saya sekarang umur 30tahun antara yg terawal masuk pra sekolah.

ONIEYSUE berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Pra sekolah pun dah lama ada, bukan nya baru ada tahun 2001. Adik saya sekarang umur 30tahun antara yg terawal masuk pra sekolah.