Logo KBBA

Khamis, 29 Disember 2016

Daftar sudah Tabika Perpaduan dan Kafa

assalamualaikum semua,

semalam dah selamat kami daftarkan kakak husna ke Tabika Perpaduan.. alhamdulillah kakak pun nampak bersemangat sangat nak sekolah kat sekolah baru.. aku cuma harapkan yang terbaik je untuk anak-anak.. semoga kakak dapat belajar sesuatu di sekolah baru..


kakak husna mencuba seragam baru.. cantik !



untuk sekolah baru ni, yurannya agak rendah berbanding dengan yuran kemasukkan ke Tadika PASTI sebelum ni.. kena faham jugak kenapa yang sana lebih mahal dan yang di sini lebih murah.. kalau ikutkan pemahaman aku ada jugak tadika PASTI yang bayarannya lebih murah.. dan ianya mengikut kadar setempat termasuklah bayaran sewa bangunan dan sebagainya..

dan untuk kakak semalam kesemua bayaran termasuk yuran, buku dan jugak sepasang baju seragam dan sepasang pakaian sukan adalah RM145.60.. tak termasuk bayaran tudung jika ibubapa nak beli.. tudung kena tambah lagi RM10.. dan seragam lain setiap pasang adalah RM25.. berbaloi kan ?

anak-anak yang lain pulak semalam terlebih teruja mengalahkan diorang yang nak bersekolah di Tabika Perpaduan.. hehe.. aku pun dah ambik nombor hp cikgu untuk sebarang keperluan di masa akan datang..

opss.. lupa pulak kalau korang yang nak daftarkan anak tu jangan lupa bawak surat beranak anak tau.. kami boleh pulak lupa semalam.. gambar pun baru je sibuk-sibuk pegi ambik tadi.. nampak sangat kurang bersedia kan ? aduhai.. kelam kabut sangat rasa hujung tahun 2016 yang sangat menguji ni..

lepas kami selesai di Tabika Perpaduan, kami ke Kafa Al-Fawwaz pulak uruskan pendaftaran abg long dan abg ngah.. abg long dah naik ke Tahun 4 tahun depan.. alhamdulillah.. abg ngah pulak baru je nak masuk Tahun 1 tahun depan.. dan aku baru perasan yang kami dah salah daftarkan abg ngah semalam.. sepatutnya abg ngah duduk kelas tahun 1 sesi pagi.. dan bersekolah rendah pada sesi petang.. aduhai.. punyalah sangat kelam kabut aku rasa.. sampai sesi pun boleh silap.. 

keseluruhan pendaftaran termasuk yuran bulan 1 semalam ialah RM323.00 tanpa buku teks untuk abg ngah tapi termasuk transit dan RM190.20 untuk abg long tanpa bayaran transit.. transit RM125 sebulan seorang.. untuk abg ngah kami kena cari buku teks abg long gunakan zaman dia sekolah dulu.. cuba la berjimat selagi boleh.. kalau nak beli yang baru satu set tu RM36++ jugak.. 

insyaAllah hari jumaat nak selesaikan pembelian buku di sekolah rendah untuk abg long dan abg ngah pulak.. yang tu pun dan buat penggiraan lebih kurang Rm100++ gak sorang tu..





Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

Shahida Dzulkafli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tabika perpaduan ye..
Kat sini tak jumpa lagi pula ke Sha tak perasan..